Ighalo Berjaya Memecahkan Rekod 95 Tahun Manchester United

Odion Ighalo telah berjaya untuk mencatatkan namanya dalam catatan sejarah Manchester United dengan menjadi pemain pertama selepas 95 tahun berhasil menjaringkan gol dari empat pemulaannya.

Gol volley cantik dan memukau yang beliau lakukan ketika menentang Norwich City telah menjadikannya pemain pertama sejak Jimmy Hanson lakukan pada tahun 1925 untuk menjaringkan gol dalam empat permulaannya bersama setan merah.

Pemain kebangsaan Nigeria itu menandatangani perjanjian secara pinjaman bersama United pada hari terakhir jendela perpindahan Januari lalu.

Dengan apa yang sudah dipamerkan, ternyata keputusan berisiko yang diambil oleh United untuk membawanya ke Old Trafford berbaloi-baloi.

Setan merah ketika itu sangat terdesak untuk mendapatkan pemain di posisi penyerang selepas usaha mereka untuk mendapatkan Josh King dari Bournemouth gagal.

Setelah gagal mendapatkan King, dan waktu semakin suntuk untuk United, maka mereka membuat keputusan untuk menandatangani Ighalo secara pinjaman.

Beliau sebelum ini beraksi di Chinese Super League bersama pasukan Shanghai Shenhua, dan sebelumnya lagi pada tahun 2017 beliau pernah beraksi di England.

Ighalo pernah beraksi bersama Watford dan telah berjaya untuk menjaringkan satu gol dari 18 penampilan di premier league.

Pemain berusia 31 tahun itu masih belum diturunkan sebagai kesebelasan utama dalam saingan premier league tetapi beliau sudah memulakan empat perlawanan dalam saingan FA Cup dan Europa League.

Dari empat penampilan beliau, Odion Ighalo sudah berjaya menjaringkan lima gol untuk setan merah. Lima jaringan tersebutlah yang membawanya kepada memecahkan rekod 95 tahun itu.

Jaringan pertamanya terhasil ketika bertemu Club Brugge pada Februari lalu dalam pentas Europa League sebelum kesemua saingan bola sepak digantung.

Beliau kemudian berjaya mencipta dua jaringan yang menarik ketika membantu United menewaskan Derby Country dalam saingan Piala FA.

Sebelum saingan Europa League digantung, Odion Ighalo turut berjaya menjaringkan gol untuk United ketika bertemu LASK.

Kelima-lima jaringan dari Ighalo boleh dikatakan jaringan yang sangat cantik dan kemas serta padu. Ketika gol awalnya, Ighalo menjaringkan gol cantik bergandingan dengan Fernandes.

Ighalo mengawal bola hantaran cantik dari Bruno Fernandes, menggelecek pemain lawan dan berjaya melepaskan rembatan kencang menggunakan kaki kirinya ketika itu.

Sabtu lalu beliau sekali lagi menjaringkan gol yang cantik dengan penuh bergaya, Ighalo antara pemain yang mampu menjaringkan gol dalam apa jua situasi.

Ole Gunnar Solskjaer menyifatkan bahawa Odion Ighalo merupakan striker yang terbukti hebat, dengan menyatakan:

“Sangat bagus bila ada pilihan untuk ditukar ganti. Saya ada banyak pilihan.”

Jelas Solskjaer kepada BBC Sport.

“Anthony Martial masuk dan melakukan kerjanya dengan bagus, tetapi Odion memberi saya lebih kesempatan untuk rotation.”

“Ighalo membuktikan beliau penjaring sebenar dan memainkan peranan dalam semua gol.”

“Dia seorang yang sangat hebat, dia juga seorang yang bagus dibilik persalinan.”

“Odion tahu bagaimana kami menghargainya baik dalam mahupun luar padang. Dia seorang penjaring, seorang poacher, dia kuat, kami boleh bermain dengan bermacam cara dengan adanya dia.”

BACA:  Ole Gunnar Solskjaer Berharap Dapat Guna Khidmat Ighalo Hingga Musim Ini Tamat