Ighalo Mahu Kekal Bersama Man United

Odion Ighalo berharap perjanjian pinjaman beliau bersama Manchester United boleh disambung sehingga musim Liga Perdana Inggeris boleh ditamatkan.

Penyerang Nigeria berusia 30 tahun itu menyertai United dari Shanghai Shenhua di Liga Super China {CSL) pada Januari dan mempunyai kontrak sehingga 31 Mei.

Kebanyakkan pengurus EPL mahu saingan bermula secepat mungkin pada Jun. Tetapi jika CSL meneruskan untuk menyambungkan semula pada Jun, maka Ighalo berkemungkinan harus kembali ke China.

“Saya mahu menamatkan saingan pada musim ini jika ianya mungkin,” kata Ighalo kepada BBC.

“Saya berada dalam prestasi dan keadaan terbaik, menjaringkan dan kini terpaksa berhenti bermain beberapa bulan. Saya telah memberikan segala-galanya, dan saya berharap kita dapat kembali bermain bola sepak secepat mungkin.

“Pasukan [Man Utd] juga sedang berada dalam momentum yang baik sebelum penularan wabak bermula. Pada masa sekarang saya masih lagi berstatus pinjaman, dan apa yang berlaku telah memendekkan tempoh saya di sini.”

Difahamkan United yakin kontrak Ighalo boleh disambung sehingga saingan pada musim ini selesai.

Sehingga saingan direhatkan, penyerang antarabangsa Nigeria itu telah menjaringkan empat gol dari lapan perlawanan untuk United, termasuk satu gol di sainga Europa league.

Manchester United membelasah LASK 5-0 dalam perlawanan tersebut, dan Ighalo menjaringkan gol cantik dari luar kotak penalti.

“Pihak kelab, diri saya sendiri, dan setiap pemain bola sepak telah melalui banyak kesukaran kerana kami tidak boleh melakukan apa yang kami suka, dan apa yang kami sering lakukan.

“Buat masa ini kita harus bercakap [cari cara] untuk kembali beraksi, sebelum mulai bercakap hal kontrak,” tambah Ighalo.

“Saya cuma mahi semua orang untuk selamat dan kemudian barulah kita melihat apa masa depan telah sediakan.”

Manchester United kini berada di tangga ke-5, tiga mata di belakang Chelsea yang menduduki tangga ke-4 dan slot terakhir ke Champions League.

Kelab-kelab EPL akan mengadakan satu perjumpaan pada Isnin depan untuk berbincang kemungkinan saingan disambung semula.

BACA:  Ole Gunnar Solskjaer Berharap Dapat Guna Khidmat Ighalo Hingga Musim Ini Tamat