Iniesta: Sukar Untuk Barcelona Membina Generasi Emas Seperti Era Kami

Lionel Messi, Xavi, Andres Iniesta, Carles Puyol dan Gerard Pique senarai pemain yang cukup sinonim dengan generasi emas Barcelona.

Pasukan Barcelona yang menguasai pentas bola sepak sejak akhir 2000 hingga pertengahan 2010 merupakan salah satu generasi terhebat dalam sejarah penubuhan kelab.

Selain dari mengumpul pelbagai jenis kejuaraan, mereka turut akan dikenang sebagai pasukan yang mempunyai gaya permainan luar biasa hebat.

Barcelona ketika itu mempunyai taktikal yang kemas dan sangat menghiburkan para peminat yang menyaksikan aksi dari mereka.

Johan Cruyff telah lama menanamkan gaya permainan Barca yang terkenal dengan mengamalkan cara menyerap asakan lawan melalui tekanan yang kuat dan penguasaan bola.

Kemudian bawah pengurusan Pep Guardiola, Barcelona mengamalkan gaya permainan ‘Tiki Taka’ yang menjadi sangat terkenal pada ketika itu.

Gaya permainan ‘Tiki Taka’ mengamalkan sistem hantaran pendek dan pergerakkan bebas serta menguasai penguasaan bola.

Gandingan Xavi, Iniesta dan Sergio Busquets di tengah dengan bermain hantaran pendek sering menjadi ancaman kepada lawan dan mereka jelas menguasai bahagian tengah dengan sempurna.

Ditambah pula dengan adanya pemain di hadapan seperti Messi, Samuel Eto’o dan Thierry Henry, mereka sukar untuk dihalang.

Gandingan itu lah yang menjadikan pasukan Barcelona sebagai yang paling digeruni lawan pada ketika itu.

Guardiola juga mengamalkan Sistem yang mana pemain centre-backs beliau akan lebih selesa untuk bergerak ke atas dari bawah.

Beliau juga menggunakan full-backs sebagai jentera serangan untuk pasukan yang mana kalau dilihat pemain seperti Dani Alves, beliau lebih banyak beraksi di posisi sayap kanan berbanding posisi asalnya back kanan.

Walaupun Messi sering menjadi perhatian dalam pasukan, namun tidak dinafikan Iniesta sebenarnya watak penting dalam sistem Pep dan beliau adalah nadi penggerak Messi.

Pemain tengah Sepanyol itu menyertai skuad utama Barcelona pada tahun 2002 dari Barca’s La Masia youth academy.

Beliau telah mempamerkan aksi hebat bersama pasukan dan telah memenangi 35 piala kejuaraan untuk Barcelona.

Sembilan gelaran La Liga dan empat kejuaraan Liga Juara-juara Eropah adalah pencapaian yang berjaya di capai oleh pemain terbaik sepanjang zaman itu.

Selain berjaya di peringkat kelab, Iniesta juga mempamerkan aksi terbaik ketika beraksi untuk pasukan kebangsaan Sepanyol.

Beliau berjaya memimpin pasukan Sepanyol untuk memenangi gelaran Juara Euro 2008, Euro 2012 dan Piala Dunia 2010.

Beliau juga adalah penjaring gol kemenangan ketika menewaskan Netherlands dalam perlawanan akhir waktu itu.

Jadi tiada apa yang boleh menyangkal bahawa Iniesta merupakan pemain terbaik sepanjang zaman.

Dari segi pencapaian individu mungkin Iniesta tidak mampu untuk menandingi Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Beliau cuma pernah menjadi runner-up saja dalam anugerah Ballon d’or 2010 sedangkan dua pemain itu sudah memenangi 11 dari 12 Ballon d’or yang dipertandingkan sedekad ini.

Iniesta baru-baru ini mengenang kembali kejayaan gemilang beliau ketika bersama Barcelona, apabila beliau menjadi nadi penting untuk pasukan yang memecahkan rekod demi rekod.

“Generasi emas seperti itu sukar untuk berulang kembali, tetapi saya tidak mengatakan generasi selepas itu teruk, cuma generasi emas ketika era kami sukar untuk dijumpai kembali.”

Jelas Iniesta kepada The Guardian.

“Saya dapat melihat sendiri seorang demi seorang meninggalkan pasukan, saya melihat Puyol pergi, Victor Valdes, Xavi semua meninggalkan pasukan.”

“Saya ketika itu meneruskan kerjaya disana hari ke hari dan saya masih mempunyai rakan sepasukan yang hebat. Mereka juga bintang.”

Iniesta akhirnya mengumumkan persaraannya dari pasukan gergasi Catalan itu pada tahun 2018 selepas melakukan lebih dari 650 penampilan untuk Barcelona.

Pemain berusia 35 tahun itu masih beraksi hingga kini bersama pasukan Vissel Kobe di J-League, tetapi beliau sudah memasang niat untuk kembali ke Nou Camp di masa akan datang.

“Diwaktu sekarang, saya mencuba untuk beraksi semampu saya, selagi larat saya akan bermain, saya mahu menyepak bola selama mana saya mampu, kerana itulah yang membuatkan saya sentiasa gembira.”

“Saya mempunyai kontrak sehingga tahun depan, 2021, tetapi saya melihat perkara di akhir setiap musim dan saya berasa baik, bermotivasi. Saya mahu terus bermain dan kami gembira berada di sini.”

“Apabila kerjaya saya hampir berakhir, saya selalu mengatakan bahawa saya ingin kembali ke Barca. Semuanya bergantung pada bagaimana? Dalam peranan apa? Keadaan apa? Siapa di kelab? Itulah beberapa situasi yang saya sering difikirkan.Tetapi dengan semua yang saya alami di sana, perasaan yang saya ada hanyalah saya ingin kembali.”

Kini terdapat rumours yang mengatakan Xavi akan kembali ke Barcelona sebagai pengurus pasukan. Bayangkan Xavi dan Iniesta bergabung melatih pemain baru, sudah tentu ianya perkara yang menarik untuk disaksikan.

BACA:  Iniesta Namakan Pemain Yang Beliau Ingin Main Bersama