Ivan Perisic Pernah Bermain Sukan Lain Secara Profesional

Para peminat mungkin akan terkejut melihat rekod sukan yang dimainkan oleh penandatanganan terbaru Tottenham Hotspur, Ivan Perisic secara profesional.

Ya, Perisic sebenarnya turut bermain beberapa sukan lain secara profesional dan kerana itulah beliau dianggap sebagai antara atlet serba boleh yang terhebat di dunia.

Pemain sayap berusia 33 tahun itu akan kembali bekerjasama dengan bekas pengurusnya, Carlo Ancelotti pada musim hadapan selepas beliau menandatangani kontrak selama dua tahun bersama Spurs.

Beliau bakal beraksi dalam saingan Premier League dan tentunya para penyokong Tottenham Hotspur sangat berharap beliau akan membantu Spurs untuk memenangi piala pertama yang sudah sekian lama mereka nantikan.

Dalam dunia bola sepak sendiri, Perisic sebenarnya sudah pernah bermain di beberapa posisi dan kerana itulah beliau dianggap sebagai pemain paling versatile.

Beliau boleh bermain di posisi wing-back dan turut boleh bermain di posisi attacking midfielder serta tidak dinafikan yang Perisic juga pernah beraksi dengan sangat baik di posisi second striker.

Apa yang lebih menakjubkan lagi, Ivan Perisic sebenarnya turut handal bermain dalam sukan lain dan beliau juga merupakan nadi penting dalam sukan bola tampar pantai Croatia.

Ya, benar. Ivan Perisic pernah bermain bola tampar pantai secara profesional dan pada tahun 2017 yang lalu, beliau telah menyertai acara di bawah International Volleyball Federation Beach World Tour Event.

Beliau pada ketika itu mewakili skuad Croatia dan ketika rehat musim panas dari dunia boleh sepak, beliau terus menjadi pemain bola tampar pantai profesional.

Bekas bintang Club Brugge, Borussia Dortmund dan Wolfsburg itu mengesahkan yang beliau telah mendapat kebenaran dari kelabnya untuk bermain dalam sukan lain di peringkat tertinggi.

“Satu-satunya harapan saya adalah untuk kekal dalam pertandingan selama yang mungkin.”

Jelas beliau sebelum bermulanya acara tersebut.

“Saya harap penyertaan saya di Porec akan bantu mempromosikan pertandingan yang unik ini dan turut mampu mempromosikan sukan yang indah ini.”

“Dan yuran yang kami akan terima dari penganjuran akan didermakan kepada National Federation untuk membantu mengembangkan budaya bola sepak pantai Croatia.”

Perisic bersama rakan regunya, Dell Orco telah diundi untuk berada di kumpulan yang sukar di kejohanan itu dengan mereka diletakkan dalam Pool A.

Gandingan Perisic diundi bertemu gandingan Alvaro/Saymon dan gandingan Amerika, Brunner/Patterson dan Gibb/Taylor Crabb.

Kesemua mereka bermain untuk merebut wang tunai bernilai $600,000.

Pada perlawanan pertama mereka, Perisic dan rakan regunya tewas di tangan Alvaro/Saymon 0:2 (10-21, 10-22).

Dan selepas dari itu, jelas sekali nasib tidak memihak kepada mereka selepas gandingan Perisic itu gagal untuk mencatatkan sebarang kemenangan dari dua perlawanan terakhir mereka.

Perisic walau bagaimanapun tetap bertekad untuk meneruskan kariernya sebagai pemain bola sepak pantai secara profesional.

“Ia sememangnya sentiasa menjadi impian saya.”

Jelas pemain kebangsaan Croatia itu.

“Saya pernah bermain bola sepak pantai sejak saya berusia 10 tahun. Saya sangat bersemangat tentang permainan ini dan setiap musim panas saya berlatih bersama rakan saya.”

“Saya mahu ucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi kesempatan kepada saya untuk bermain bersama pemain bola tampar pantai terhebat di dunia. Ia sungguh menakjubkan walau saya kalah.”

Lima tahun berlalu, dan Perisic pada ketika ini sedang mula mengembangkan kariernya di pentas bola sepak Inggeris bersama Tottenham Hotspur.

“Dari pertama kali saya dihubungi oleh jurulatih dan sporting director, saya beritahu mereka yang saya memang benar-benar mahu ke sini.”

Jelas Perisic kepada laman rasmi Tottenham Hotspur.

“Sejak tahun 2009, ketika saya mula bermain bola sepak secara profesional di Belgium, saya sudah beberapa kali hampir untuk datang dan beraksi di pentas Premier League, dan akhirnya ini lah waktunya untuk saya. Saya tak sabar untuk beraksi.”

“Saya akan cuba bawa, pertama sekali kerja keras yang akan saya tunjukkan. Saya memang suka bekerja keras, saya suka bekerja untuk pasukan kerana hanya itu saja cara untuk kamu menang sesuatu yang penting. Saya boleh bermain di beberapa posisi dalam sistem yang dimainkan oleh Tottenham Hotspur sekarang.”

“Saya akan kongsikan pengalaman yang saya ada juga.”

Tambah pemain sayap itu lagi.

“Saya sudah bermain bersama banyak kelab yang hebat dan macam saya kata, saya tak sabar untuk bermain, berlatih dan berikan yang terbaik dari saya.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Inter Dakwa Masih Belum Terima Sebarang Tawaran Dari Arsenal Untuk Ivan Perisic