Bukan satu jenaka atau gimik apatah lagi ‘bad marketing’ apabila pemain sayap Croatia, Ivan Perisic telah bersetuju untuk menerima gaji hanya sebanyak €1 (RM5.14) sebulan di kelab baharunya, Gaji Rahmah.
Ivan Perisic telah kembali ke kelab zaman kanak-kanaknya, Hajduk Split dengan pinjaman selama enam bulan sebelum perpindahan tetap apabila kontrak bersama Tottenham Hotspur tamat pada akhir musim ini.
Pemain berusia 34 tahun itu telah diketepikan oleh Tottenham Hotspur sejak mengalami kecederaan ACL ketika sesi latihan dan hanya sempat beraksi enam perlawanan dalam kempen semasa.
Ivan Perisic sebagai pemain profesional sudah pasti terus kekal optimistik untuk kembali beraksi pada musim bunga dan cergas untuk kempen Kejohanan Eropah (EURO 2024) bersama Croatia di Jerman pada musim panas ini.
Perpindahan itu sememangnya pasti dan sudah menghampiri masanya untuk terus berada di Liga Perdana dengan kontrak berbaki 6 bulan, selepas menyertai kelab utara London itu secara percuma dari Inter Milan pada tahun 2022.
Pemain tengah dan sayap itu telah bertukar peranan menjadi pemain pertahanan itu telah menjaringkan satu gol dan mencipta 14 bantuan gol dalam 50 penampilan untuk Spurs.
Joined aged 33
Played for 4 different managers
Played at LB, LWB, LM, LW and ST
Always gave his absolute everything for the badge
A modern great of the game at both club and international level
Ivan Perisic, it was an absolute honour 🫡🤍 pic.twitter.com/jrFoP9EqkG
— Kanefromthelane (@kanefromthelane) January 19, 2024
Dia kini kembali ke kelab di mana dia memulakan karier bola sepaknya, walaupun tidak pernah membuat penampilan senior sebelum berpindah ke Sochaux ketika berusia 17 tahun.
Menurut laporan, Perisic akan menerima gaji bulanan hanya €1 (RM5.14) untuk baki musim ini bersama pasukan Croatia itu, serta dalam kempen seterusnya.
Namun Ivan Perisic akan dapat meningkatkan pendapatannya melebihi kemurahan hatinya melalui pelbagai bonus yang telah dipersetujui dalam kontraknya termasuklah membantu Hajduk Split layak ke kejohanan Eropah.
🔵🔴🇭🇷 Ivan Perisić will receive €1 salary at Hajduk Split until the end of the season.
There’s release clause into his pact with Hajduk for next two windows.
He has already verbal pact on bonus for qualification to group stage in Europe. pic.twitter.com/6pEu2Eu54g
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 20, 2024
Awal bulan ini, pengurus Tottenham Hotspurs, Ange Postecoglou mengakui Perisic berkemungkinan memainkan perlawanan terakhirnya untuk Spurs dan berkongsi kekecewaannya kerana Perisic tidak mungkin menjadi sebahagian daripada kempen mengagumkan musim ini.
“Dia merupakan kehilangan yang besar untuk kami. Saya fikir tahun ini dia akan menjadi penyumbang yang sangat penting kerana pengalamannya dan kami melihatnya dalam beberapa perlawanan pertama kerana cara dia memberi impak kepada permainan.”
“Tetapi ya, dia tidak akan…dia tidak mungkin bermain untuk kami lagi.”
BREAKING: Tottenham winger Ivan Perisic has joined HNK Hajduk Split on loan for the rest of the season 📝➡ pic.twitter.com/FUp0RNKnKa
— Sky Sports News (@SkySportsNews) January 19, 2024
Perisic telah memulakan musim dengan cemerlang selepas kembali ke peranan hadapan berikutan ketibaan Postecoglou dan bek kiri Destiny Udogie.
Dia mencipta bantuan gol penyamaan Richarlison pada minit ke-98 ketika menentang Sheffield United pada September dalam penampilan terakhirnya di Liga Perdana, membantu Spurs mencipta kebangkitan terbaru dalam sejarah pertandingan.
Jodoh Spurs dan Perisic sudah sampai ke penghujung, Ange Postecoglou mengakui Perisic tiada dalam perancangan, minit permainan di perlukan maka kelab baharu menjadi jalan keluar buat Perisic yang mahu memburu tempat bersama Croatia di EURO 2024 nanti.