Jurgen Klopp mempertikaikan keputusan Gareth Southgate memainkan Trent Alexander Arnold di posisi central midfielder untuk skuad kebangsaan England.
Ketika aksi kemenangan 4-0 England menewaskan Andorra dalam saingan kelayakan Piala Dunia kemarin, Alexander Arnold telah diturunkan di posisi central midfielder disamping ketua pasukan Liverpool, Jordan Henderson, dan bintang Borussia Dortmund Jude Bellingham.
Pemain full-back Chelsea, Reece James dan Kieran Trippier kedua-dua bermain di posisi backline, dan ia jelas menunjukkan Southgate memenuhi kesebelasan utamanya dengan pemain right-back.
"Some people think that because he plays 10 yards further up the pitch he would be more influential"#LFC https://t.co/GOpivKdC9r
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) September 10, 2021
Sememangnya ramai yang memperkatakan tentang kebarangkalian untuk melihat Alexander Arnold bermain di posisi central midfielder memandangkan beliau mempunyai kemahiran hantaran yang sungguh menakjubkan.
Walau bagaimanapun, pengurusnya di peringkat kelab, Jurgen Klopp tampil dan mengkritik keputusan Southgate yang menukar posisi pemain berusia 22 tahun itu.
“Jika kamu lihat perlawanan kami, kamu akan nampak posisi Trent sudah berubah.”
Jelas Klopp dalam sidang media menjelang perlawanan bertemu Leeds United hujung minggu ini.
“Ia sangat memalukan yang pada tahun 2021 kita masih membicarakan tentang hal ini dalam dunia bola sepak.”
Liverpool manager Jurgen Klopp has seemingly taken a swipe at England manager Gareth Southgate for using Trent Alexander-Arnold as a midfielder.
Read more ➡️ https://t.co/pnkmhjiTHm pic.twitter.com/4jp0MfHUg6
— Kick Off (@KickOffMagazine) September 11, 2021
“Ketika England atau kami dominan, maka Trent boleh naik bermain di posisi midfield, jelas sekali. Itu ada kemungkinan, tapi mengapa boleh kamu jadikan pemain right back terhebat dunia jadi midfielder? Saya sukar untuk faham, bagaimana kamu boleh terfikir itu.”
“Sesetengah orang fikir kerana dia boleh main 10 ela ke atas dan dia lebih berpengaruh di kawasan tersebut. Kita selalu gunakan dia sebaik mungkin.”
Jürgen Klopp nails it on Trent Alexander-Arnold's position. He is incredibly influential (most touches, key passes, creative hub) at right-back and shifting him – or crying out for him to be shifted – just because midfielders traditionally affect games in the way he does is daft
— Melissa Reddy (@MelissaReddy_) September 10, 2021
Jurgen Klopp on Trent Alexander-Arnold: “Why would you make the best right back in the world a midfielder.”
— paul joyce (@_pauljoyce) September 10, 2021
Alexander Arnold sememangnya tidak asing dengan peranan seperti itu ketika beraksi bersama Liverpool dengan beliau sudah sering bermain di posisi tersebut ketika karier remajanya di Anfield.
Di posisi right back, beliau berjaya membuktikan yang dirinya antara yang terbaik di dunia sejak mula diserap masuk ke skuad utama beberapa tahun kebelakangan ini.
Menghantar bola yang cantik mencari pemain seperti Mo Salah dan Sadio Mane di bahagian jentera serangan, Alexander Arnold telah menghasilkan 34 assists dalam saingan Premier League setakat ini.
Dalam aksi bertemu Andorra, pemain akademi Liverpool itu telah diarahkan untuk kembali ke posisi right back pada aksi babak kedua permainan, dek kerana ujian yang dilakukan oleh Southgate menemui kegagalan.
Trent Alexander-Arnold's midfield switch bluntly dismissed by Liverpool boss Jurgen Klopphttps://t.co/18g0lBm3pK pic.twitter.com/dCBR1ZWxPe
— Mirror Football (@MirrorFootball) September 10, 2021
“Kami mahu melihat sesuatu dan merasakan ini merupakan perlawanan yang bagus untuk lakukan ujian.”
Jelas Southgate selepas tamat perlawanan yang dilangsungkan di Wembley itu.
“Jelas sekali, pada aksi babak kedua permainan, dia lebih selesa di posisi asal dia.”
“Bahkan, kebanyakkan masa, dia bermain di posisi sama pada aksi babak pertama permainan, tapi dia agak kekok dan dia nampak gembira dengan posisi pada aksi babak kedua.”
“Itu jelas sekali yang dia gembira dengan gaya permainan dia. Kita semua tahu dia seorang pemain yang luar biasa ketika dengan bola dan sudah tentu dia memang biasa bermain di posisi itu ketika beraksi bersama Liverpool.”
“Tapi apa yang jelas pada aksi babak pertama adalah tidak terlalu banyak ruang dan untuk memastikan kamu berada dalam posisi berbeza pada permulaan perlawanan ia tentu agak janggal dan saya tak rasa kami rugi apa-apa untuk melakukan ujian itu.”
If you're going to get the best from Trent Alexander-Arnold, then play him in his most dangerous position 🤷♂️ #LFC https://t.co/QY1T9QVJfM
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) September 6, 2021
Klopp tidak dinafikan antara individu penting yang menaikkan karier Alexander Arnold, dan turut menjadi punca pemain muda itu dipandang sebagai antara pemain right back terhebat dunia.
Ia kerana beliau bijak menggunakan kemampuan Trent, dan menyesuaikan dengan taktikal beliau, sama seperti apa yang beliau lakukan pada Andy Robertson.
Southgate memilih untuk memainkan Arnold di posisi midfield kerana beliau mempunyai ramai pemain right back berkualiti dalam skuadnya.
Bahkan beliau turut tidak memanggil Aaron Wan Bissaka masuk ke dalam skuadnya juga atas alasan yang sama dan kerana itu beliau melakukan ujian tersebut agar tidak rugi bakat yang ada dalam skuadnya.
Jurgen Klopp far from impressed with Trent Alexander-Arnold playing in midfield for England https://t.co/fHBfFoekGF
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) September 10, 2021
Liverpool selepas ini akan turun beraksi bertemu Leeds United, dengan mereka yang sebelum ini tertekan kerana keputusan FIFA tidak membenarkan pemain dari Brazil diturunkan beraksi, berasa gembira kerana penggantungan tersebut telah ditarik balik.
Jika sebelum ini hanya Richarlison seorang sahaja yang mendapat kebebasan, kini persatuan bola sepak Brazil, Mexico dan Paraguay telah membenarkan semua pemain mereka untuk turun beraksi.
Sumber: SPORTbible