Alasan Mengapa Richarlison Tidak Digantung

Alasan mengapa Richarlison tidak digantung oleh FIFA sama seperti pemain Amerika Selatan yang lain adalah kerana perhubungan kuat antara kelabnya dengan badan induk bola sepak Brazil.

Kesemua pemain dari benua Amerika Selatan yang beraksi dalam saingan Premier League tidak akan diturunkan pada aksi minggu ini, kecuali Richarlison seorang sahaja tidak digantung.

Selepas menerima aduan dari beberapa badan induk bola sepak, FIFA melarang kelab-kelab dalam saingan Premier League untuk menurunkan pemain yang mereka tidak mahu lepaskan untuk tugasan antarabangsa bersama Brazil, Paraguay, Mexico dan Chile baru-baru ini.

Premier league sebelum ini mengumumkan yang mereka tidak membenarkan pemain dari negara yang disenaraikan dalam senarai zon merah untuk menyertai skuad kebangsaan masing-masing pada rehat antarabangsa baru-baru ini.

Hal itu kerana Premier League tidak mahu pemain tersebut terpaksa menjalani sesi kuarantin wajib yang akan mengganggu jadual perlawanan.

Persatuan bola sepak dari negara-negara berkenaan merasa kurang senang dengan keputusan dari Premier League dan menyebabkan mereka memohon FIFA mengenakan penggantungan terhadap pemain mereka.

Para pemain dari negara tersebut tidak dibenarkan untuk beraksi dalam saingan domestik selama lima hari dan antara pemain yang terlibat adalah Raul Jimenez dan Miguel Almiron yang tidak akan diturunkan pada aksi minggu ini.

Ia juga akan menyebabkan beberapa bintang seperti Alisson Becker, Ederson, Gabriel Jesus, Fred, Fabinho, Thiago Silva dan beberapa lagi pemain lain tidak boleh diturunkan pada aksi minggu ini.

Mereka juga berkemungkinan tidak boleh diturunkan dalam aksi perlawanan pembukaan saingan Champions League yang akan bermula pada minggu hadapan.

Namun Richarlison dikecualikan dari penggantungan ini atas alasan hubungan baik antara kelabnya dengan badan induk bola sepak Brazil.

Everton sebelum ini membenarkan pemain berusia 24 tahun itu untuk mewakili negaranya di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Hal itu awalnya tidak disenangi oleh para penyokong Everton yang risau pemain terbaik mereka itu tidak mampu cergas pada awal saingan liga musim ini, selepas penat menjalani tugasan antarabangsa bersama Brazil.

Namun keputusan Everton itu telah membuahkan hasil untuk skuad kebangsaan Brazil, selepas Richarlison beraksi cemerlang membantu negaranya memenangi pingat emas.

Beliau juga memainkan peranan penting dalam membantu Everton untuk mencatatkan rekod tidak terkalahkan dalam semua perlawanan awal saingan liga musim ini.

Walau bagaimanapun, beliau tetap tidak gembira kerana tidak dibenarkan untuk sertai skuad kebangsaan Brazil dalam aksi perlawanan kelayakan Piala Dunia baru-baru ini.

Bekas pemain Watford itu memuat naik gambar beliau ketika beraksi bersama Brazil di laman instagram miliknya, dan turut tagged Everton pada gambar tersebut, di hari Premier League mengumumkan yang mereka menghalang pemain dari Amerika Selatan untuk sertai skuad kebangsaan masing-masing.

Keputusan untuk menghalang pemain dari benua Amerika Selatan beraksi bersama kelab masing-masing pada minggu ini telah mencetuskan pelbagai kontroversi.

BBC Sport telah melaporkan yang Chief Executive Premier League, Richard Masters telah menulis surat kepada semua 20 pasukan dengan beliau menegaskan yang pihaknya akan menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin.

Aston Villa dan Tottenham Hotspur juga berkemungkinan akan beraksi tanpa beberapa pemain utama mereka dalam aksi pertemuan mereka pada hujung minggu ini.

Selepas melanggar peraturan Premier League untuk sertai skuad kebangsaan masing-masing, Emi Martinez, Emi Buendia, Giovani Lo Celso dan Cristian Romero tidak akan dibenarkan beraksi dan perlu menjalani sesi kuarantin wajib sebelum kembali ke England.

Richarlison sementara itu akan diturunkan beraksi bersama rakan sepasukannya pada hujung minggu ini, dengan mereka bakal beraksi bertemu Burnley di Goodison Park.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Chelsea Berusaha Sailang Richarlison Dari Sertai Tottenham Hotspur