Selepas Kepala Ditonyoh Richarlison, Ramsdale Ditendang Pula Penyokong Spurs

Kekecohan tercetus selepas berakhirnya perlawanan North London Derby antara Arsenal dan Tottenham Hotspur apabila Aaron Ramsdale telah ditendang dari belakang oleh penyokong Spurs.

Penjaga gol Arsenal pada awalnya dirakam sedang bertekak dengan dengan penyerang Spurs, Richarlison yang jelas dapat kelihatan kepada Ramsdale ditonyoh Richarlison.

Steward segera tampil mengiringi Aaron Ramsdale untuk mengambil botol air di belakang gawang, usai mengambil boto air dan mahu pergi itulah Ramsdale diserang.

Seorang penyokong Spurs datang dari langit memijak papan iklan dan melepaskan satu tendangan yang boleh dikatakan lemah ke atas belakang Ramsdale.

Steward mengambil tindakan pantas dan terus menolak penendang itu sehingga jatuh ke tanah Gabriel terus melindungi Ramsdale dan pemain Spurs hadir untuk menenangkan situasi.

Granit Xhaka turut sampai dan kelihatannya sangat tidak berpuas hati mungkin mahu mengajak peminat tersebut bertumbuk. Selepas perlawanan Ramsdale tampil menceritakan kembali insiden itu.

“Beberapa orang di situ menyambut baik dengan semangat kesukanan. Kemudian seorang peminat Spurs telah datang melompat dan beri aku satu tumbukan atas belakang.”

“Itulah yang terjadi dan ia memalukan kerana di penghujung hari ini hanyalah sebuah perlawanan bola sepak sahaja.”

Aaron Ramsdale menyangka dia ditumbuk kerana diserang dari belakang dan bersyukur tiada kejadian buruk terjadi.

“Kedua-dua pemain pasukan cuba membawa aku pergi dari situ. Tapi syukurlah tidak ada apa yang terjadi begitu drastik. ”

“Keadaan ini buruk tetapi saya pasti kami akan menikmatinya apabila kami kembali ke bilik persalinan.”

Ketika ini tidak pasti kenapa peminat Spurs dan Richarlison kelihatan bengang dan marah dengan Aaron Ramsdale selepas tamat perlawanan.

Menurut laporan ada rakaman yang tersebar telah menunjukkan perbuatan Ramsdale yang menyebabkan tendangan ke atasnya dilepaskan.

Sejurus wisel penamat. Ramsdale telah berpaling ke arah penyokong Spurs di belakang gol, melepas satu tumbukan padu ke udara dan mencium lencana Arsenal di dada dihadapan penyokong Spurs

Mungkin itulah perkara yang menjengkelkan Richarlisan yang melarang Ramsdale melakukan perkara seperti itu yang merupakan satu provokasi dan menyuruhnya pergi sehingga ditonyohnya kepala Aaron Ramsdale yang seperti tidak terganggu dengan perbuatan Richarlison itu.

Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) telah mengeluarkan kenyataan mengecam insiden itu:

“Keganasan terhadap pemain sama sekali tidak boleh diterima. Kejadian ini berlaku terlalu kerap. Pemain mempunyai hak untuk selamat di tempat kerja mereka.”

“Apabila pemain diserang, kami mengharapkan undang-undang yang ditetapkan untuk melindungi pemain dikuatkuasakan dengan betul.”

“Sebagai kesatuan pemain, kami menganggap ini sebagai isu keutamaan. Kami akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menuntut pemain dan kakitangan dilindungi dengan lebih baik di tempat kerja mereka.”

Walaupun tiada sebarang kecederaan namun itu merupakan satu serangan yang boleh membawa akibat yang parah jika dibiarkan tambahan pula penyokong sangat hampir dengan padang.

Bekas pemain Spurs, Jamie Redknapp menggelar sepakan itu sebagai ‘tidak betul dan tidak boleh diterima’.

Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte juga telah ditanya mengenai insiden itu nyata tidak bersetuju dengan tindakan penyokongnya sendiri.

“Ini tidak bagus. Saya ulang, kita perlu selalu untuk menunjukkan rasa hormat setiap masa.”

Entah siapa yang salah, tindakan Aaron Ramsdale juga tidak patut kerana ini adalah North London Derby sedikit provokasi sudah cukup untuk memburukkan keadaan.

Tambahan pula Spurs tewas 2-0 hasil jaringan sendiri Hugo Lloris dan rembatan cantik Martin Odegaard.

BACA:  Kenapa Arsenal Mahukan Raya Ketika Mereka Sudah Mempunyai Ramsdale