Bagaimana Spurs Boleh Menyesuaikan Diri Tanpa Harry Kane Dan Siapakah Penggantinya?

Di Spurs, sejak 2-3 musim kebelakangan ini sentiasa wujud satu persoalan sama terutamanya pada jendela perpindahan awal musim. Persoalan itu; adakah Harry Kane akan kekal atau meninggalkan mereka. Kali ini jawapannya mungkin berbeza dari sebelumnya kerana potensi untuk dia meninggalkan Spurs cukup tinggi.

Pada 27 Jun Bayern Munich telah menghantar satu tawaran rasmi kepada Spurs. Tawaran itu bernilai €70 juta (£60.2 juta) berserta dengan beberapa bayaran tambahan dan ianya telah oleh ditolak. Spurs sebenarnya tidak mempunyai kelebihan untuk bertahan kerana kontrak Kane hanya berbaki 12 bulan sahaja lagi.

Kegagalan menjual Kane atau kegagalan melanjutkan kontrak akan memberi peluang kepada pemain berusia 29 tahun itu meninggalkan Spurs secara percuma pada musim hadapan. Kane juga bebas untuk berunding dengan mana-mana kelab seawal Januari ini. Spurs tidak mahu kehilangan seorang pemain paling bernilai dalam pasukannya secara percuma.

Selepas tawaran pertama ditolak, Bayern belum membuat tawaran seterusnya tetapi mereka bertemu dengan pihak Spurs di London pada Isnin lepas (1 Ogos). Dalam pertemuan itu kedua-dua kelab mempunyai penilaian harga berbeza. Jurang perbezaan itu sekitar £25 juta.

Maksudnya jika Bayern menilai Kane pada harga £60 juta seperti tawaran pertamanya, Spurs mahukan £87 juta atau jika Spurs mahukan £100 juta seperti mereka dakwa selama ini, Bayern hanya bersedia membayar £75 juta.

Rundingan ini dijangka akan berlarutan sehingga penghujung jendela perpindahan (1 September), apa pun keputusannya nanti Spurs perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan untuk menghadapi musim baharu tanpa Kane, penyerang yang sentiasa menyumbang 20 gol liga semusim sejak 2014.

Musim, penampilan (gantian), gol Harry Kane
  • 2022-23; 38(0) penampilan, 30 gol
  • 2021-22; 37(1) penampilan, 17 gol
  • 020-21; 35(0) penampilan, 23 gol
  • 2019-20; 29(0) penampilan, 18 gol
  • 2018-19; 28(1) penampilan, 17 gol
  • 2017-18; 37(1) penampilan, 30 gol
  • 2016-16; 30(1) penampilan, 29 gol
  • 2015-16; 38(0) penampilan, 25 gol
  • 2014-14; 34(4) penampilan, 21 gol

Bagaimana Spurs boleh menyesuaikan dirinya tanpa Kane dan siapakah penggantinya? Untuk menjawab persoalan ini perkara pertama yang perlu dilihat terlebih dahulu adalah bagaimana gaya/tema permainan dan falsafah Ange Postecoglou.

Dalam persiapan Spurs untuk menghadapi musim baharu mereka telah bermain dalam 2 perlawanan persahabatan. Pada 18 Julai mereka tewas kepada West Ham 2-3, kemudian perlawanan menentang Leicester yang dijadual di Bangkok telah dibatalkan kerana masalah cuaca. Pada 27 Julai Spurs membelasah kelab dari Singapura, Lion City Tailor 5-1.

Spurs menjaringkan 7 gol dan menurut analisis dari pakar taktikal, Ahmed Waled, gol ke-7 kelab itu telah menunjukkan ciri sebenar permainan Postecoglou. Ia adalah satu rentetan bagaimana Spurs dibawah Postecoglou membina permainan dan mencetuskan gerakan serangan.

Dua pertahanan sisinya iaitu Sergio Reguilon (pertahanan kiri) bergerak masuk ke bahagian dalam, begitu juga dengan Emerson Royal (pertahanan kanan) melakukan perkara yang sama. Di hujung gerakan Emerson menjadi pencetus hantaran akhir untuk membolehkan Ricarlison menjaringkan gol.

Menggunakan pertahanan sisi untuk menggerakkan bola ke kawasan atas merupakan tema penting dalam permainan Postecoglou. Walaupun ini merupakan ciri permainan pengurus itu, namun kebergantungan untuk menggerakkan bola ke kawasan atas melalui sisi padang juga tinggi.

Ketika Postecoglou di Celtic, apabila pasukan mula memasuki ke bahagian final third 30% pasukannya memilih untuk bergerak dari kanan, 30% sebelah kiri dan 40% dari bahagian tengah. Ia bermakna 60% serangan Postecoglou datang dari bahagian sisi padang.

Kombinasi pertahanan-sisi, pemain NO8 dan pemain-sayap merupakan kunci jika serangan Celtic/Postecoglou melakukan serangan dari bahagian sisi. Celtic banyak mencipta peluang melalui hantaran lintang dari sisi-dalam permainan dan penyerang yang ditugaskan untuk menamatkan hantaran silang itu ialah Kyogo Furuhashi.

Dengan menggunakan dua contoh diatas, maka kita boleh memahami serba sedikit tentang corak permainan dan falsafah Postecoglou, malah dia menerapkan permainan sebegini dalam dua persahabatannya. Spurs akan bermain dua perlawanan persahabatan lagi dengan menentang Shakhtar Donetsk dan Barcelona pada 6 dan 9 Ogos ini.

Persoalan akhir, siapa yang akan memegang peranan Furuhashi jika Kane meninggalkan Spurs? Pemain ini perlu mempunyai keupayaan untuk menyerang bola dalam kotak penalti dan kebijaksanaan untuk meletakkan dirinya pada kedudukan yang tepat.

Nama Richarlison paling menarik perhatian. Walaupun dia mempunyai musim pertama yang buruk di Spurs namun keupayaannya untuk menyerang bola hantaran lintang dan pergerakan dalam kotak penalti ketika bersama Everton boleh dijadikan satu harapan. Perubahan kecil berkaitan posisinya boleh menjadikan pemain kelahiran Brazil ini sesuai dengan permainan Postecoglou.

Berikut merupakan satu contoh menunjukkan Richarlison mempunyai kemampuan untuk menggalas peranan sebagai penyerang-tengah dan boleh disesuaikan dengan permainan Postecoglou.

BACA:  Danny Murphy Tuduh Harry Kane Menipu Untuk Dapatkan Penlati