The FA Ada Bukti Spurs Langgar Peraturan Perpindahan Pemain

The FA have mengesahkan pihak mereka akan menyiasat kembali perpindahan Jermain Defoe daripada Spurs ke Portsmouth pada 2008 kerana melanggar peraturan perpindahan pemain.

Laporan daripada The Times baru-baru ini mendedahkan Spurs berkemungkinan akan berhadapan hukuman berat setelah terdapatnya bukti baharu kelab itu menggunakan khidmat ejen tidak berlesen untuk mengatur perpindahan bernilai £7.5 tersebut pada ketika itu.

Pada 2008 pihak FA memutuskan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Tottenham, namun kini mengesahkan akan menyemak kembali kes tersebut.

Seperti yang dilaporkan oleh The Times, kenyataan daripada FA berkata: “Kami akan melihat kembali kes ini, dan akan menyemak keputusan panel khas siasatan.”

Melanggar peraturan FA berkaitan ejen sebelum ini telah menyebabkan kelab dipotong mata, pergantungan terhadap pengarah bola sepak, se,lain kelab digantung untuk terlibat dengan aktiviti perpindahan.

Pada tahun 2008 juga, Luton turut dipotong 10 mata kerana melanggar peraturan berkaitan penggunaan ejen.

“Kes tersebut sebelum ini dibicarakan oleh panel jawatankuasa bebas 15 tahun lalu,” kata seorang jurucakap The FA.

“Pihak FA bukan sebahagian daripada panel. Ia tidak jelas berapa banyak maklumat telah dikongsi dengan pihak FA pada ketika itu, dan tiada sebarang tindakan diambil.

“Jika ada bukti baharu yang tidak diperolehi pada ketika itu, dan ia membuktikan kesalahan serius, maka kita perlu menyemak kembali.

Laporan daripada The Times mendakwa bekas pemain West Ham dan Tottenham, Mitchell Thomas adalah ejen tidak berlesen yang mengendalikan perpindahan De Foe pada ketika itu.

Pengerusi Tottenham Daniel Levy, Defoe sendiri dan Harry Redknapp sebagai pengurus pasukan semuanya terlibat berurusan dengan Thomas untuk perpindahan tersebut.

Ejen dibenarkan untuk mengendalikan perpindahan pemain namun wajib memiliki lesen untuk memastikan segala dokumentasi berkaitan kontrak dianggap sah.

Peraturan FA dari dahulu lagi menegaskan pemain dan kelab tidak boleh menggunakan khidmat ejen tidak berlesen.

Kegagalan menggunakan ejen berlesen bermakna kelab dan pemain boleh dikenakan hukuman berat termasuk penyingkiran divisyen.

Pada 2010 pihak FA sekali lagi tidak mengambil tindakan terhadap kes ini walaupun mendapat maklumat berbentuk rekod panggilan telefon yang begitu terperinci untuk membuktikan Thomas membantu perpindahan Defoe ke Fratton Park.

Alasannya pegawai mereka yang berpengkalan di Wembley tidak mendapat sebarang bukti di dalam bentuk dokumentasi pada ketika itu.

Salah seorang eksekutif FA juga pernah berkata tidak tahu menahu mengenai kes Defoe pada ketika itu.

Walhal pada 2008, nama FA turut berada di dalam senarai FA sebagai ejen yang beroperasi tanpa lesen yang sah.

BACA:  Al-Ittihad Sediakan Dana Awal RM302.6 Juta Pancing Son Heung-Min Dari Tottenham