Pengurus Tottenham Ange Postecoglou menolak terus kemungkinan permintaan Jurgen Klopp untuk melakukan perlawanan ulangan di antara kedua-dua pasukan.
Kesilapan manusia yang nyata berkaitan keputusan VAR dipersalahkan dalam perlawanan tersebut apabila jaringan Luis Diaz dibatalkan dalam pertemuan kedua-dua pasukan pada minggu lalu.
Perlawanan tersebut diakhiri dengan kemenangan 2-1 kepada Spurs. Bagaimanapun Klopp berkata perlawanan tersebut sepatutnya diadakan semula.
Walaupun memahami kekecewaan Klopp, jurulatih berasal dari Australia itu bertanggapan kesilapan pengadil tidak cukup untuk mendesak perlawanan tersebut untuk diadakan semula.
🚨Ange Postecoglou says it is unlikely he would have allowed Liverpool to score after Luis Diaz’s goal was wrongly disallowed against Tottenham:
🗣️“We’ve got pretty hefty responsibilities at our football clubs but we’re not the custodians.”#THFC | #COYSpic.twitter.com/E8tQ2nXQc6
— Last Word On Spurs (@LastWordOnSpurs) October 6, 2023
“Harus ada satu sempadan untuk semua [kegilaan] ini, dan saya tidak berpendapat satu kesilapan wajar menjadi sempadan itu.
“Jika sempadannya ialah dengan mengadakan perlawanan ulangan kerana kesilapan beberapa individu, bagaimana pula dengan perlawanan lain sebanyak 365 perlawanan semusim?” persoal Postecoglou.
Walaupun membantah cadangan Klopp yang dianggap gila itu Postecoglu bagaimanapun menyokong sekiranya VAR tidak diteruskan melainkan perubahan drastik dilakukan.
🇦🇺🖥️ Ange Postecoglou: “I would scrap VAR in it’s current form. I don’t think technology is ready for our game.”
“I’ve got absolutely zero against goal-line technology, that’s a no-brainer.”
“With VAR, we think it’s going to eliminate errors and the more we use it, the worse… pic.twitter.com/FyymWHb7aH
— EuroFoot (@eurofootcom) October 6, 2023
“Saya setuju [penggunaan VAR tidak diteruskan] dalam situasi sekarang,” tambahnya lagi.
“Saya tidak berpendapat teknologi tersebut sudah bersedia untuk bola sepak. Saya tidak membantah teknologi garisan gol. Ia sudah terbukti berkesan di dalam sukan ini.
“Bola sepak adalah unik. ramai berkata “ayuh kita dapatkan penjelasan pengadil’. Oh tuhanku – serius ke? Boleh anda bayangkan berada di situ dan mendengar pengadil untuk menjelaskan kepada anda setiap keputusan dalam perlawanan?”
Komen daripada pengurus Tottenham itu tiba selepas pengendali Chelsea Mauricio Pochettino mengakui kurang percaya dengan sistem yang digunakan pada teknologi tersebut pada masa kini.
“Saya yakin dengan CAR. Saya yakin dengan kereta yang digunakan tetapi bukan pada pemandunya. Itulah masalahnya,” kata Pochettino.