Panel Bebas Pengadilan Sahkan Liverpool Mangsa Satu Lagi Kesilapan Pengadil

Badan Bebas Penilai Bebas Insiden Utama Premier League mengesahkan kad merah yang dilayangkan kepada Diogo Jota dalam kekalahan kontroversi 2-1 Liverpool kepada Tottenham pada Sabtu lalu sebagai satu kesilapan.

Pemain Portugal itu dilayangkan kad merah selepas mengutip dua layangan kad kuning selang seminit kerana mengasari Destiny Udogie.

Laporan oleh ESPN mendedahkan badan bebas itu mendapati Jota tidak sepatutnya menerima layangan kad kuning kedua.

Panel badan bebas yang terdiri daripada lima pegawai (tiga bekas pemain dan jurulatih, dan masing-masing seorang dari Premier League dan PGMOL) melakukan undian dengan keputusan 3-2 selepas melakukan semakan semula.

Layangan kad merah terhadap Jota memaksa Liverpool beraksi dengan sembilan pemain setelah Curtis Jones turut dilayangkan kad merah selepas semakan VAR dilakukan kerana kekasaran terhadap Yves Bossouma.

Liverpool pada mulanya hanya merayu untuk kad merah yang diterima Jones, namun pergantungan automatik tiga perlawanan tetap diteruskan selepas rayuan tersebut ditolak.

Pengakuan terbaru mengenai kesilapan layangan kad merah Jota sudah pasti tidak akan meredakan kemarahan pengurus Liverpool Jurgen Klopp.

Pada Rabu lalu Klopp menuntut agar perlawanan tersebut diadakan semula dan berkata ia adalah perkara yang sepatutnya dilakukan untuk memperbetulkan kedudukan berikutan kontroversi VAR yang membatalkan jaringan Luis Diaz dalam perlawanan yang sama.

Jaringan Diaz tidak diberikan oleh pegawai VAR Darren England, yang melakukan kesilapan apabila tersalah komunikasi dengan pengadil di dalam padang.

Walaupun jaringan tersebut sepatutnya dibenarkan, perlawanan kemudian diteruskan dengan sepakan percuma kepada Spurs.

PGMOL kemudiannya mengakui ia adalah kesilapan manusia dan mengeluarkan audio perbualan di antara England, Simon Hooper dan pegawai VAR yang lain setelah Liverpool mendesak ia didedahkan kepada umum.

β€œAudio itu tidak mengubah kesilapan ini,” kata Klopp pada Selasa lalu yang berang perlawanan tidak dihentikan walaupun pegawai perlawanan menyedari kesilapan membatalkan jaringan Diaz.

BACA:Β  Nainggolan Yakin Mampu Singkirkan Liverpool Seperti Mereka Lakukan Ketika Menentang Barcelona