Danny Murphy Tuduh Harry Kane Menipu Untuk Dapatkan Penlati

Bekas pemain Liverpool dan Tottenham Hotspur, Danny Murphy telah menuduh pemain penyerang yang tajam nak mati, Harry Kane sebagai penipu dan memanipulasi pengadil untuk mendapatkan sepakan penalti.

Harry Kane telah berjaya mendapat sepakan penalti yang kontroversi ketika Spurs berjaya menewaskan Brighton Hove and Albion 2-1 di mana Gareth Bale menjaringkan gol kemenangnan.

Penyerang England itu telah dituduh melakukan terjunan dan menipu pegawai perlawanan apabila menjatuhkan badan ke tanah dengan begitu mudah.

Adam Lallana telah memanjat Harry Kane dan Kane telah jatuh ke tanah dan kelihatan kejadian itu terjadi di luar kotak penalti. Ke tak?

Danny Murphy yang nyata tidak senang dengan lakonan Harry Kane itu telah memberi pendapat kepada talkSPORT:

“Ini merupakan sesuatu yang ramai pemain penyerang lakukan sekarang di mana mereka mengambil kesempatan atas ketidakcekapan pengadil dan peraturan untuk mendapatkan penalti.”

“Aku tak mahu lihat situasi ini. Mereka semua melakukan perkara ini, mereka semua penipu, mereka semua memanipulasi pengadil, kau guna la perkataan apa yang kau nak.”

Danny Murphy nyata tidak senang dengan perlakuan pemain bola sepak kini yang suka melakukan simulasi dan memberi cadangan untuk menyelesaikan masalah ini.

“Perkara ini tidak akan berakhir kerana kau tak akan dapat penalti jika kau tak jatuh ke tanah! Satu-satunya cara untuk menghentikan perkara ini jika pemain pertahanan berhenti melakukan terjahan bodoh.”

“Kau tak boleh pergi ke dalam kotak dan melakukan terjahan, kau berdiri je kat mana kau berada.”

Mungkin Danny Murphy berpegang kepada kata-kata Paola Maldini di mana pemain pertahanan yang baik tidak akan melakukan terjahan sewenang-wenangnya.

Danny Murphy tanpa berselindung juga telah mempersoalkan kebijaksaan pengadil untuk menilai situasi.

“Tapi kenapa pengadil tidak mempunyai kebijaksanaan dan menggunakan akal untuk menilai situasi ini?”

“Pengadil boleh melihat pemain bereaksi berlebihan dan melakukan terjunan dan melemparkan tubuh ke tanah – jangan bagi penalti.”

Ini bukanlah pertama kali Harry Kane dituduh dengan tuduhan sebegini rupa, lagenda Arsenal, Ian Wirght telah menuduh Kane cuba mempengaruhi pengadil.

Dalam perlawanan London Derby musim lalu cubaan Kane gagal apabila pengadi telah melayangkan kad kuning.

“Apa yang Harry Kane lakukan adalah menyilangkan langkah, menunggu sentuhan dan jatuh. Ini satu simulasi, satu penipuan.” Ujar Ian Wright.

BACA:  Pemain Bintang Yang Kini Bersama Arsenal Hampir Menyertai Spurs Pada Tahun 2012