Harry Kane percaya dirinya mampu bersaing untuk menjadi pemenang Ballon d’Or selepas menyertai Bayern Munich dari Tottenham pada jendela perpindahan musim panas ini.
Kapten skuad kebangsaan England itu akan memimpin jentera serangan Bayern Munich di perlawanan pertama musim baharu Bundesliga pada awal pagi Jumaat ini.
Kane menamatkan saga perpindahan yang berpanjangan sepanjang musim panas ini selepas Bayern akhirnya akur untuk memenuhi permintaan Tottenham yang mahukan £100 juta untuk membenarkan pemain itu meninggalkan mereka.
"If I'm scoring goals and we're winning trophies then that will come into question…" 🏆
Harry Kane's response to being asked about the Ballon d'Or, in an exclusive interview with Sky Sports News 🗣️pic.twitter.com/NdiUwtvbU8
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) August 16, 2023
Kane menyifatkan peluang untuk memenangi trofi pertama sepanjang kariernya menjadi sebab utama dirinya meninggalkan Tottenham untuk menyertai kelab Bavarian itu.
Penyerang No.9 itu juga percaya peluang untuk memburu kegemilangan di dalam bola sepak Eropah termasuk gelaran individu kini semakin realistik di kelab baharunya itu.
“Jika anda menang saingan liga dan kemudian Champions League, dan kemudian cemerlang bersama England di Kejohanan Euro pada musim panas akan datang, maka tidak mustahil untuk mensasarkan Ballon d’Or.
“Anda harus beraksi bersama pasukan yang memenangi banyak trofi untuk dipertimbangkan gelaran berprestij itu,” kata penyerang berusia 30 tahun itu dalam sidang media ketika mengikat tajaan bersama Skechers.
Harry Kane knows Ballon d'Or glory is in sight now he is a Bayern Munich playerhttps://t.co/AuEtj1xEuN pic.twitter.com/8m4iQVpjCG
— Mirror Football (@MirrorFootball) August 17, 2023
“Jika saya terus berjaya menghasilkan gol dan pasukan berjaya memenangi trofi, maka ia buka perkara yang perlu dipersoalkan lagi. Tetapi itu bukan fokus utama saya pada ketika ini.
“Saya sentiasa berkata belum bersedia untuk bersara dan merasakan diri masih mampu melakukan banyak sumbangan [kepada pasukan].
“Itu juga adalah antara sebab mengapa saya datang menyertai Bayern. Anda harus memberi tekanan kepada diri sendiri semaksimum mungkin.”
🗣️ “If I’m scoring goals and we’re winning trophies then of course that will come into question.”
Harry Kane on having the chance to compete for the Ballon d'Or. 🏆 pic.twitter.com/4tL760QGXt
— Football Daily (@footballdaily) August 16, 2023
Kane yakin dirinya tidak akan merasa tertekan dengan harapan tinggi yang ada di Bayern terhadap dirinya.
“Jika anda tidak menang atau gagal beraksi dengan baik di Bayern Munich sudah tentu akan ada pertanyaan mengenai kemampuan anda.
“Tetapi saya telah melalui semua itu sepanjang karier saya, sama ada ketika bersama Tottenham atau pun England,” tambahnya lagi.