[VIDEO]: Harry Kane Gegar Bundesliga Dengan 1 Gol & 1 Assist

Harry Kane menjaringkan satu gol dan menghasilkan satu assist di penampilan pertamanya di dalam aksi Bundesliga untuk membantu Bayern Munich membelasah Werder Bremen 4-0.

Kane melepaskan rembatan rendah kaki kanan untuk untuk menewaskan Jiri Pavlenka dari jarak 15 meter untuk menggandakan kedudukan Bayern pada minit ke-74.

Sebelum itu Kana berjaya menghasilkan assist pertamanya untuk gol pertama Leroy Sane dalam perlawanan tersebut dengan satu bola lambung hanya selepas 4 minit perlawanan berlangsung.

Sane menambah satu lagi jaringan pada minit ke-90 sebelum Matys Tel melengkapkan kemenangan 4-0 pada minit ke-94 untuk skuad kendalian Thomas Tuchel.

“Saya merasa sedikit gemuruh tetapi turut teruja beraksi dalam perlawanan pertama [pada musim ini,” kata Kane kepada DAZN selepas tamat perlawanan.

“Kami bermula dengan baik dengan jaringan awal selepas beberapa minit. Sudah tentu pada mulanya saya sedikit gementar, tetapi seperti kebiasaan apabila saya mulai melangkah ke dalam padang, naluri akan memimpin saya.”

Ia adalah petang yang sempurna buat Bayern dan Kane yang memulakan kempen musim ini dengan keputusan mengecewakan apabila tewas 3-0 kepada RB Leipzig di Piala Super Jerman.

Dilabel sebagai pemain yang akan mengisi kekosongan Robert Lewandowski selepas pemain prolifik dari Poland itu menyertai Barcelona, Kane tidak menunggu lama memberikan impak kehadirannya dengan menghasilkan assist buat Sane.

Pemikiran pantas Kane menghantar bola kepada bekas pemain sayap Manchester City itu membebaskan Sane yang menyudahkan bola di penjuru bawah sebelah kiri gawang.

Bremen turut cuba bangkit pada babak kedua, tetapi Kane terus menjadi duri dalam daging buat pasukan tuan rumah dengan gol kedua Bayern.

Menerima hantaran daripada Alphonso Davies Kane meletakkan posisi dirinya di ruangan paling tepat untuk melepaskan rembatan rendah kaki kanan yang menuju penjuru bawah kiri gawang Bremen.

Kane turut mengalami kekejangan selepas itu, dan Bayern enggan mengambil risiko dengan membawa masuk beberapa pemain baharu yang lebih segar.

Pemain gantian Thomas Muller kemudian membantu Sane menghasilkan gol ketiga, dan yang kedua peribadi pemain itu dalam perlawanan ini.

Bintang muda Perancis, Tel kemudiannya menjadikan kedudukkan 4-0 sebelum wisel tamat perlawanan ditiup.

Menariknya dalam perlawanan ini debut Kane di Bundesliga turut disambut meriah oleh penyokong Werder Bremen yang mengalu-alukan ketibaan penyerang antarabangsa England itu.

Werder Bremen: Pavlenka, Pieper, Veljkovic, Friedl, Weiser (Burke 59), Lynen (Gross 68), Jung (Kownacki 79), Bittencourt, Stage (Opitz 79), Fullkrug, Ducksch.

Subs: Zetterer, Njinmah, Rapp, Gruev

Booked: Ducksch, Lynen.

Bayern Munich: Ulreich, Mazraoui, Upamecano, Kim (de Ligt 68), Davies, Kimmich, Goretzka (Laimer 79), Sane, Musiala (Muller 84), Coman (Choupo-Moting 84), Kane (Tel 84).

Subs: Hülsmann, Pavard, Gravenberch, Krätzig

Goals: Sane (2), Kane, Tel

Booked: Kim

Referee: Felix Zwayer

Attendance: 42,100

BACA:  Cubaan Bayern Munich Dapatkan Khidmat De Gea Tidak Menjadi Kenyataan Selepas Dibantah Tuchel