Ramai Menggesa Penyokong Yang Menendang Ramsdale Perlu Ditangkap dan Diharamkan

Ramai mula menggesa serta mendesak supaya penyokong yang telah menendang penjaga gol Aaron Ramsdale segera ditangka dan diharamkan dari menghadiri perlawanan bola sepak seumur hidup.

Terdapat kejadian memalukan selepa perlawanan berakhir dalam perlawanan derby London Utara apabila seorang penyokong melompat ke atas papan penimbunan iklan eletronik dan menendang Aaron Ramsdale semasa penjaga gol Arsenal itu cuba mengambil botol airnya di belakang gol.

Tindakan penyokong yang tidak boleh dimaafkan itu berlaku selepas pasukan Antonio Conte dibelasah 2-0 oleh Gunners, kekalahan yang membantu pesaing mereka mendahului lapan mata di puncak liga.

Insiden buruk itu menjejaskan permainan bola sepak yang berpaksiakan semangat kesukanan dan perbincangan telah pun bermula mengenai tindakan yang perlu diambil oleh FA.

Darren Ambrose yang merupakan bekas pemain serta penyokong Tottenham Hotspur seperti mereka yang lain, percaya perkara ini perlu di bawa ke muka pengadilan dengan melibatkan pihak polis.

“Dia menendangnya dari belakang, ia memalukan, ia tidak boleh dimaafkan,” kata Ambrose kepada talkSPORT selepas perlawanan.

“Lihat, saya penyokong Spurs, saya kecewa seperti orang lain, tetapi lelaki itu di sana harus ditangkap dan diharamkan seumur hidup. Dia baru sahaja menyerang Aaron Ramsdale.”

Ramai peminat mula terfikir individu yang menyerang Ramdsdale itu adalah Jay dari rancangan sitkomt remaja British yang berjudul The Inbetweener yang disiarkan pada 2008 sehingga 2010. Ada iras-iras kan?

Selepas perlawanan Ramsdale tampil menceritakan kembali insiden itu selepas ditanya apa yang berlaku

“Beberapa orang di situ menyambut baik dengan semangat kesukanan. Kemudian seorang peminat Spurs telah datang melompat dan beri aku satu tumbukan atas belakang.”

“Itulah yang terjadi dan ia memalukan kerana di penghujung hari ini hanyalah sebuah perlawanan bola sepak sahaja.”

Aaron Ramsdale menyangka dia ditumbuk kerana diserang dari belakang dan bersyukur tiada kejadian buruk terjadi.

“Kedua-dua pemain pasukan cuba membawa aku pergi dari situ. Tapi syukurlah tidak ada apa yang terjadi begitu drastik. Keadaan ini buruk tetapi saya pasti kami akan menikmatinya apabila kami kembali ke bilik persalinan.”

Ketika ini tidak pasti kenapa peminat Spurs dan Richarlison kelihatan bengang dan marah dengan Aaron Ramsdale selepas tamat perlawanan.

Menurut laporan ada rakaman yang tersebar telah menunjukkan perbuatan Ramsdale yang menyebabkan tendangan ke atasnya dilepaskan.

Sejurus wisel penamat. Ramsdale telah berpaling ke arah penyokong Spurs di belakang gol, melepas satu tumbukan padu ke udara dan mencium lencana Arsenal di dada dihadapan penyokong Spurs

Mungkin itulah perkara yang menjengkelkan Richarlisan yang melarang Ramsdale melakukan perkara seperti itu yang merupakan satu provokasi dan menyuruhnya pergi sehingga ditonyohnya kepala Aaron Ramsdale yang seperti tidak terganggu dengan perbuatan Richarlison itu.

Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) telah mengeluarkan kenyataan mengecam insiden itu:

“Keganasan terhadap pemain sama sekali tidak boleh diterima. Kejadian ini berlaku terlalu kerap. Pemain mempunyai hak untuk selamat di tempat kerja mereka.”

“Apabila pemain diserang, kami mengharapkan undang-undang yang ditetapkan untuk melindungi pemain dikuatkuasakan dengan betul.”

“Sebagai kesatuan pemain, kami menganggap ini sebagai isu keutamaan. Kami akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menuntut pemain dan kakitangan dilindungi dengan lebih baik di tempat kerja mereka.”

Antonio Conte dan beberapa orang pengulas turut mengecam serangan itu yang disifatkan memalukan untuk permainan bola sepak.

BACA:  Ben White Dan Ramsdale Ketawakan Penyokong Tottenham Hotspur Sebelum Sepak Mula Perlawanan