Aaron Ramsdale telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika membantu Arsenal mencatatkan kemenangan 2-0 menewaskan Leicester City.
Pemain yang ditandatangani oleh Arsenal pada musim panas lalu itu sebenarnya tidak digemari oleh para peminat pada awalnya.
Dek kerana beliau sudah dua kali berturut-turut tersingkir dari saingan Premier League bersama Sheffield United dan Bournemouth, ramai yang percaya beliau tidak cukup bagus untuk ditandatangani oleh kelab di waktu sukar begini.
Aaron Ramsdale is still yet to lose a game in an Arsenal shirtβ¦π #afc pic.twitter.com/XmVN6azdGd
β now.arsenal (@now_arsenaI) October 30, 2021
Apa lagi peminat percaya yang Arsenal membayar nilai tak masuk akal dengan menandatangani Ramsdale dengan nilai Β£30 juta, sedangkan pemain itu dinilaikan sekitar Β£19.2 juta sahaja.
Walau bagaimanapun, Ramsdale berjaya menafikan segala keraguan itu dengan membuktikan yang pihak kelab telah membuat keputusan yang tepat untuk menandatangani beliau.
Beliau membuktikan yang dirinya adalah individu paling sempurna untuk bantu Arsenal kembali bangkit dan menjadi antara pasukan gergasi dalam saingan Premier League.
Dalam perlawanan bertemu Leicester City ini sahaja, beliau berjaya melakukan lapan saves dan ia merupakan jumlah penyelamatan terbanyak yang pernah beliau catatkan dalam saingan Premier League.
Aaron Ramsdale made eight saves against Leicester, the most he has ever made in a Premier League game.
He was incredible today. 𧀠pic.twitter.com/8EJKvSfAhZ
β Squawka Football (@Squawka) October 30, 2021
Beliau juga berjaya melakukan empat penyelamatan penting pada aksi babak pertama dalam perlawanan ini, yang mana belum ada mana-mana penjaga gol berjaya mencapai tahap itu sepanjang musim ini.
45 minit pertama, Ramsdale membuktikan yang beliau sukar untuk ditewaskan dengan beliau cemerlang menyelamatkan begitu banyak percubaan Leicester.
Hanya Edouard Mendy (89.7%) sahaja yang berjaya mencatatkan peratusan penyelamatan lebih tinggi berbanding Aaron Ramsdale (85.7%) dalam saingan Premier League musim ini.
Aaron Ramsdale put in the πͺπ’π₯π against Leicester π pic.twitter.com/PZjtt2hiyE
β Goal (@goal) October 30, 2021
Ia merupakan statistik yang cukup bagus untuk penjaga gol Arsenal itu, yang telah menyelamatkan 24 dari 28 percubaan tepat yang beliau hadapi sepanjang musim ini.
Berikut merupakan rangkuman aksi Aaron Ramsdale ketika bertemu Leicester City dan beliau telah membuktikan kemampuan sebenar beliau sebagai antara penjaga gol terhebat dalam saingan Premier League musim ini.
Aaron Ramsdale vs Leicester City (A)pic.twitter.com/CGU90m7zkX
β β’ (@ArsenaIComps) October 30, 2021
Selain cemerlang menyelamatkan percubaan bahaya dari pasukan lawan, beliau juga sebenarnya boleh bermain sebagai ball playing goalkeeper yang sangat bagus.
Ketenangan beliau dalam melakukan hantaran dan build up membuktikan yang Ramsdale sememangnya bagus dan berkualiti tinggi.
Kualiti hantaran beliau, ketenangan beliau, sama hebat seperti aksi terbang beliau dalam menyelamatkan gawang golnya dari dibolosi lawan.
Antara aksi penyelamatan yang paling menakjubkan dalam perlawanan ini adalah ketika beliau menyelamatkan sepakan percuma yang diambil oleh James Maddison.
Aksi Penyelamatan Berkelas Dunia Ramsdale menyelamatkan sepakan percuma James Maddison
Aaron Ramsdale haven't lost a game at Arsenal. pic.twitter.com/G7rzf8wROc
β SAMBiΒ° (@afcsam48) October 24, 2021
Selepas 18 minit permainan berlangsung, skuad bimbingan Mikel Arteta sudah mendahului Leicester City dengan dua gol dalam perlawanan yang berlangsung di King Power Stadium.
Gabriel menjaringkan gol pendahuluan Arsenal seawal minit ke-5 melalui satu sundulan sebelum Emile Smith-Rowe menggandakan kedudukan pada minit ke-18.
Leicester City mendapat sepakan percuma di luar kotak Arsenal sebelum tamat separuh masa pertama dan inilah peluang terbaik buat Leicester City mengurangkan defisit.
James Maddison mengambil tanggungjawab membuat sepakan yang agak penting yang boleh menjadi gol kebangkitan dan gol semangat untuk separuh masa kedua.
No goalkeeper has made more saves in the first half of an away game in the Premier League this season than Aaron Ramsdale did against Leicester (4).
He was unbeatable in the opening 45-minutes. π pic.twitter.com/yK4NMJVkxy
β Squawka Football (@Squawka) October 30, 2021
Cantik dan sempurna sepakan yang dilakukan oleh James Maddison namun Aaron Ramsdale telah melakukan satu aksi menyelamat berkelas dunia dan tidak masuk akal.
Aaron Ramsdale melayangkan dan meregangkan badannya sepanjang mungkin ke sebelah kiri di mana tangan kirinya dihulur untuk menepis percubaan James Maddison yang tepat ke sasaran.
Selepas melayangkan badan dengan begitu tinggi, masa seolah-olah terhenti dan kelihatan Aaron Ramsdale seolah-olah terapung-apung di udara, senang kata aksi luar biasa dan tidak masuk akal.
Bola berjaya ditepis dan terkena palang betul selari dengan garisan gol dan bola jatuh itu segera disambar oleh Johnny Evans dengan satu percubaan.
Β£30m for Aaron Ramsdale suddenly looks like a bargain π pic.twitter.com/TB1rLbTNw7
β ESPN UK (@ESPNUK) October 30, 2021
Aaron Ramsdale segera menghadang namun bocor tetapi bola hampir berjaya dihentikan dan sekali lagi bergolek dihadapan garisan gol dan Thomas Partey pantas mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.
Bukan satu tetapi dua aksi menyelamat dilakukan oleh Ramsdale secara berturut-turut.
Penjaga gol legenda Manchester United, Peter Schmeichel tidak dapat menyembunyikan kekagumannya melihat save berkelas dunia yang dilakukan oleh penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale itu.
Aaron Ramsdale vs. Leicester City:
90 minutes played
8 saves
4 saves inside the box
1 run out (100% success)
2 high claims
59 touches
15 passes (36.6% accuracy)
1 clean sheetMonumental man of the match, @AaronRamsdale98. π pic.twitter.com/9i11aBWdqi
β Connor Humm (@TikiTakaConnor) October 30, 2021
Pujian melambung terus diberikan oleh penjaga gol legenda itu dan menyifatkan itu adalah save terbaik yang pernah beliau saksikan sejak bertahun lalu.
Peter Schmeichel menyaksikan perlawanan ini mungkin kerana mahu menyaksikan aksi anaknya, Kasper Schmeichel yang merupakan penjaga gol Leicester City
Best save Iβve seen for years by Ramsdaleπππ
β Peter Schmeichel (@Pschmeichel1) October 30, 2021
Menerusi tweet beliau, legenda Denmark dan Man United itu berkata:
βSave terbaik yang saya saksikan dalam beberapa tahun ini daripada Ramsdale.β
Harap-harap Kasper Schmeichel tidak berkecil hati pabila ayahnya memuji Ramsdale.
Beliau benar-benar menunjukkan yang segala kritikan yang dilemparkan ke atasnya sebelum ini tidak benar dan Ramsdale turut membuktikan yang beliau layak untuk terus menjadi penjaga gol utama Arsenal pada ketika ini.
Aaron Ramsdale β Arsenal fan favourite.
Moments like this, @AaronRamsdale98 β€οΈ pic.twitter.com/ZO93mjA4R1
β afcstuff (@afcstuff) October 30, 2021
Selepas mengharungi lapan perlawanan, Aaron Ramsdale berjaya mencatatkan lima clean sheet dan yang paling menarik, beliau masih belum pernah tewas bersama Arsenal.
Melihat kepada kecemerlangan beliau pada ketika ini, tidak keterlaluan untuk mengatakan yang beliau layak untuk menggantikan Pickford sebagai penjaga gol nombor satu England.
Sumber: Arsenal Comp