Ramsdale Melakukan Aksi Penyelamatan Tidak Masuk Akal dan Terhebat Musim Ini

Penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale telah menghasilkan satu aksi penyelamatan luar biasa dan tidak tercapai dek akal sekaligus diangkat sebagai aksi menyelamat terbaik musim ini.

Arsenal terus mempamerkan aksi yang penuh meyakinkan selepas bermula buruk pada awal musim ini dengan tiga kekalahan berturut-turut untuk tiga perlawanan pertama.

Selepas 18 minit permainan berlangsung, skuad bimbingan Mikel Arteta sudah mendahului Leicester City dengan dua gol dalam perlawanan yang berlangsung di King Power Stadium.

Gabriel menjaringkan gol pendahuluan Arsenal seawal minit ke-5 melalui satu sundulan sebelum Emile Smith-Rowe menggandakan kedudukan pada minit ke-18.

Leicester City mendapat sepakan percuma di luar kotak Arsenal sebelum tamat separuh masa pertama dan inilah peluang terbaik buat Leicester City mengurangkan defisit.

James Maddison mengambil tanggungjawab membuat sepakan yang agak penting yang boleh menjadi gol kebangkitan dan gol semangat untuk separuh masa kedua.

Cantik dan sempurna sepakan yang dilakukan oleh James Maddison namun Aaron Ramsdale telah melakukan satu aksi menyelamat berkelas dunia dan tidak masuk akal.

Aaron Ramsdale melayangkan dan meregangkan badannya sepanjang mungkin ke sebelah kiri di mana tangan kirinya dihulur untuk menepis percubaan James Maddison yang tepat ke sasaran.

Selepas melayangkan badan dengan begitu tinggi, masa seolah-olah terhenti dan kelihatan Aaron Ramsdale seolah-olah terapung-apung di udara, senang kata aksi luar biasa dan tidak masuk akal.

Bola berjaya ditepis dan terkena palang betul selari dengan garisan gol dan bola jatuh itu segera disambar oleh Johnny Evans dengan satu percubaan.

Aaron Ramsdale segera menghadang namun bocor tetapi bola hampir berjaya dihentikan dan sekali lagi bergolek dihadapan garisan gol dan Thomas Partey pantas mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Bukan satu tetapi dua aksi menyelamat dilakukan oleh Ramsdale secara berturut-turut.

Penjaga gol legenda Manchester United, Peter Schmeichel tidak dapat menyembunyikan kekagumannya melihat save berkelas dunia yang dilakukan oleh penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale itu.

Pujian melambung terus diberikan oleh penjaga gol legenda itu dan menyifatkan itu adalah save terbaik yang pernah beliau saksikan sejak bertahun lalu.

Peter Schmeichel menyaksikan perlawanan ini mungkin kerana mahu menyaksikan aksi anaknya, Kasper Schmeichel yang merupakan penjaga gol Leicester City.

Menerusi tweet beliau, legenda Denmark dan Man United itu berkata:

“Save terbaik yang saya saksikan dalam beberapa tahun ini daripada Ramsdale.”

Harap-harap Kasper Schmeichel tidak berkecil hati pabila ayahnya memuji Ramsdale.

Ramsdale terus kebal bertahan pada separuh masa kedua. Menafikan beberapa lagi percubaan daripada Barnes dan rakan rakannya.

Arsenal menang 2-0 selepas Leicester buntu untuk mendapatkan gol berdepan dengan Ramsdale.

Aaron Ramsdale menyertai Arsenal musim ini dengan yuran perpindahan GBP30 juta. Di mana awalnya, ramai yang meragui harga tersebut yang dibayar oleh Arsenal untuk Ramsdale.

Ramsdale yang sudah dua kali berturut-turut tersingkir dari saingan Premier League bersama The Blades dan Bournemouth pula dilaporkan bernilai hanya sekitar £19.2 juta sahaja.

Namun Arsenal membayar nilai sekitar £30 juta untuk menandatangani penjaga gol yang baru sahaja tersingkir dari saingan Premier League musim lalu itu.

Sama situasi dengan Ben White yang sebenarnya hanyalah bernilai sekitar £28.8 juta sahaja dan bukannya £50 juta seperti yang dibayar oleh Arsenal.

Ramsdale kini sudah menjadi penjaga gol nombor satu di Arsenal dan menunjukkan kenapa beliau bernilai setinggi itu sama seperti Ben White.

Dan misi beliau seterusnya adalah untuk menjadi penjaga gol no.1 Three Lions dalam kempen Piala Dunia akan datang.

BACA:  Kenapa Arsenal Mahukan Raya Ketika Mereka Sudah Mempunyai Ramsdale