Ben White Dan Ramsdale Ketawakan Penyokong Tottenham Hotspur Sebelum Sepak Mula Perlawanan

Salah seorang penyokong Tottenham Hotspur mengganggu Aaron Ramsdale dan Ben White menjelang aksi north London derby awal pagi tadi, namun malangnya beliau hanya diketawakan oleh bintang Arsenal itu.

Sudah menjadi lumrah untuk kedua-dua pasukan, aksi north London derby sememangnya akan sentiasa menjadi perlawanan yang paling penting untuk mereka.

Skuad kendalian Antonio Conte itu berjaya mencatatkan kemenangan 3-0 menewaskan Arsenal dalam aksi perlawanan yang dilangsungkan di Tottenham Hotspur stadium.

Kemenangan itu berjaya membantu Spurs untuk kembali menghidupkan peluang mereka layak ke saingan Champions League musim hadapan.

Sementara Arsenal pula, andai mereka berjaya mencatatkan kemenangan dalam perlawanan ini, mereka secara tak langsung telah menyingkirkan Spurs dari persaingan merebut kedudukan empat teratas.

Perlawanan ini sepatutnya dilangsungkan pada Januari lalu, namun Arsenal telah mencetuskan sensasi selepas mereka meminta perlawanan itu ditangguhkan hanya kerana seorang pemain mereka disahkan positif C0V-19.

Hal itu benar-benar membangkitkan kemarahan para penyokong Tottenham Hotspur kerana merasakan Arsenal hanya mencari alasan untuk menangguhkan perlawanan tersebut.

Mungkin kerana terbawa-bawa dengan perasaan marah itu, salah seorang penyokong pasukan tuan rumah memutuskan untuk mengejek Ramsdale dan Ben White.

Ketika kedua-dua pemain itu berjalan meninggalkan padang, penyokong Spurs itu telah mengeluarkan kata-kata berunsur maki hamun terhadap White dan Ramsdale.

Penjaga gol dan pemain centre-back Arsenal itu dilaporkan hanya ketawa sahaja melihat penyokong Spurs tersebut dan hal itu sama sekali tidak mengganggu mereka.

Walau bagaimanapun, sepertinya ketawa Ramsdale dan Ben White tidak bertahan lama dengan mereka pulang kecewa selepas tewas di tangan seteru sebandar mereka itu.

Mikel Arteta sendiri turut mencetuskan topik perbualan hangat para peminat di media sosial selepas beliau berubah menjadi jelmaan semula Jose Mourinho ketika bercakap selepas tamat perlawanan.

Mikel Arteta jadi jelmaan semula Jose Mourinho ketika bercakap selepas tamat perlawanan

โ€œSaya memilih untuk tak nak bercakap. Jika saya bercakap, saya dalam masalah besarโ€ ia merupakan kenyataan dari Mikel Arteta selepas tamat aksi kekalahan 3-0 Arsenal bertemu Tottenham Hotspur awal pagi tadi.

Kenyataan beliau itu mengingatkan peminat kepada Jose Mourinho yang turut akan mengeluarkan kenyataan hampir sama ketika bercakap selepas tamat sesebuah perlawanan itu.

Semua peminat tentu tahu ayat terkenal yang sering digunakan oleh Jose Mourinho dengan beliau akan menyebut, โ€˜Saya memilih untuk tidak bercakap tentang pengadilโ€™.

Ayat itu sudah cukup sinonim dengan pengurus AS Roma itu dan beliau akan gunakannya tidak kira di mana beliau berada dalam dunia bola sepak ini.

The Special One tahu andai beliau menyebut apa-apa tentang pengadil, maka beliau sebenarnya sedang meletakkan dirinya sendiri di posisi bahaya.

Dan kerana itulah beliau akan gunakan ayat, โ€˜Saya tidak akan bercakapโ€™ untuk memberi gambaran yang beliau sebenarnya banyak hal yang mahu diperkatakan.

Kini, Mikel Arteta meminjam ayat tersebut dan beliau berubah seolah-olah menjadi jelmaan semula Jose Mourinho ketika bercakap dalam temu bual selepas tamat aksi kekalahan bertemu Spurs awal pagi tadi.

Perlawanan itu berubah dengan sangat drastik dalam tempoh 15 minit pada aksi babak pertama permainan, dengan Arsenal memberi penalti kepada lawan, Rob Holding dilayangkan kad merah dan mereka bolos satu lagi gol.

Selepas tamat perlawanan, pengurus Gunners itu jelas sekali tidak gembira dan beliau mendedahkan kepada Sky Sports bahawa:

โ€œJika saya kata tentang apa yang saya fikir, saya rasa saya akan digantung selama enam bulan.โ€

Sejujurnya ramai peminat yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang mahu dikatakan oleh Mikel Arteta itu.

Jika beliau berani kata yang beliau akan berdepan hukuman penggantungan selama enam bulan, maka berapa banyak kata-kata carutan yang akan keluar dari mulut dia agaknya tu?

Bekas pembantu jurulatih Manchester City itu pada awalnya terganggu dengan keputusan pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Spurs.

Beliau menganggap Cedric Soares tidak menolak Son Heung-min dan Spurs tak sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti.

Ia mungkin keputusan yang terlalu tegas dari Paul Tierney namun secara logiknya Spurs memang berhak untuk dihadiahkan sepakan penalti dari insiden tersebut.

Jika beliau sedikit bijak dalam bertahan dan tak perlu melakukan sentuhan berisiko dalam kotak penalti, maka tidak mungkin akan ada sepakan penalti itu.

Untuk mempertahankan Holding ia jelas sekali tugas yang sukar untuk pengurus Arsenal itu.

Hal ini kerana pemain pertahanan beliau itu sudah cukup bernasib baik tidak dilayangkan kad merah lebih awal selepas Holding dua kali terselamat dari layangan kad kuning sebelum dibuang padang.

Penyokong Arsenal sendiri turut sedar yang mereka tak boleh pertikaikan hal tersebut dan mereka turut terpaksa akur Son Heung-min dan Harry Kane terlalu banyak beri masalah kepada mereka dalam perlawanan ini.

Selain menjadi punca Holding dilayangkan kad merah, Son Heung-min turut memenangi penalti, menjadi pencetus gol kedua Spurs dan beliau turut menjaringkan gol ketiga mereka dalam perlawanan ini.

Kemenangan Tottenham Hotspur dalam perlawanan ini membantu skuad kendalian Antonio Conte itu untuk merapatkan jurang mata dengan Arsenal yang sedang berada di kedudukan keempat.

Berbaki dua perlawanan lagi, Spurs akan turun bertemu Burnley dan Newcastle sebelum mengesahkan sama ada mereka layak atau tidak untuk mereka beraksi di pentas saingan Champions League musim hadapan.

Sumber: SPORTbible

BACA:ย  Ramai Menggesa Penyokong Yang Menendang Ramsdale Perlu Ditangkap dan Diharamkan