Kapten Manchester City Kini Pemegang Masters Degree

Kapten Manchester City, Vincent Kompany telah dianugerahkan Masters Degree dalam Pentadbiran Perniagaan (MBA) oleh Alliance Manchester Business School.

Pemain berusia 31 tahun ini telah dianugerahkan dengan gred merit dan berjaya mencapai keputusan cemerlang dengan menerima pemarkahan berjumlah 72 dalam projek thesis beliau. Kompany mengambil ijazah sarjana ini secara sambilan memandangkan komitmen beliau sebagai pemain bolasepak profesional.

Master Kompany

Dalam thesisnya, Kompany memilih untuk mengupas lebih lanjut mengenai bagaimana kelab di Liga Perdana Inggeris dapat memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri dan bagaimana sesebuah kelab dapat berkembang menjadi lebih baik.

“Saya mempunyai pendapat dimana pendidikan adalah sangat penting dan ia telah ditanam dalam pemikiran oleh mendiang ibu saya sejak kecil lagi. Untuk melanjutkan pelajaran dan memperolehi MBA adalah seperti penghargaan kepada ibu saya.”

“Apabila kamu bermain bolasepak pada tahap tertinggi, menguruskan kewangan sendiri adalah seperti menguruskan perniagaan anda sendiri. Adalah sangat penting saya dapat memahami apa yang akauntan saya perkatakan supaya saya dapat merangka pelan bisnes saya sendiri.”

Kompany menggunakan masa terluang beliau dengna menelaah pelajaran

“Jauh di suduh hati, saya adalah seorang usahawan yang sangat berminat dalam berniaga. MBA yang saya perolehi ini diharap dapat membantu saya dalam menjadi seorang usahawan yang berjaya.”

“Bolasepak bukan hanya sekadar sukan. Ia banyak memberikan kesan kepada kehidupan sosial dan perniagaan. Saya berjaya mengfokuskan kajian saya berkenaan industri bolasepak dan bagaimana kelab bolasepak mendapat kelebihan dari perlawanan di stadium sendiri.”

“Salah satu perkara yang saya lakukan untuk menyiapkan thesis ini adalah menemuramah seramai 25 pemain bolasepak yang pernah bermain pada tahap tertinggi bolasepak antarabangsa.”

Juara Liga Perdana Inggeris musim 2017/2018

“Saya berjaya melepasi garisan penamat dalam keadaan yang lebih baik dari ketika saya memulakan perjalanan untuk mengambil pengajian ini. Walaupun saya mahu bermain bolasepak selama yang mungkin, saya mungkin akan menggunakan pengalaman bermain bolasepak dan ilmu akademik untuk sesuatu yang berguna pada masa hadapan.”

Musim ini menyaksikan Kompany lebih banyak menghabiskan masa di bilik rawatan selepas beberapa kali mengalami kecederaan. Tempat beliau dalam pasukan lebih banyak diisi oleh Nicholas Otamendi dan Eliaquim Mangala.

Walaupun sering bermain tanpa kehadiran kapten berpengaruh mereka, City tetap unggul musim ini dan buktinya mereka memiliki kelebihan 15 mata di hadapan pencabar liga terdekat iaitu Manchester United selepas selesai 20 perlawanan.

BACA:  Kompany Simpati Dengan Nasib Yang Dialami Manchester United Sekarang