Kompany Simpati Dengan Nasib Yang Dialami Manchester United Sekarang

Kapten Manchester City, Vincent Kompany bersimpati dengan situasi sukar yang dilalui Manchester United tetapi tetap mahu mengambil kesempatan dengan masalah yang dihadapi jiran mereka itu ketika ini.

Manchester United masih lagi gagal memenangi Liga Perdana Inggeris sejak Sir Alex Ferguson meninggalkan kelab tersebut pada tahun 2013.

Kompany seorang yang mudah tersentuh melihat kesukaran yang idhadapi Manchester United ketika ini. Mulia sungguh hatinya

Jose Mourinho merupakan pengurus ke-3 yang telah dibawa masuk untuk mengembalikan zaman kegemilangan United tetapi setakat ini, keadaan masih tidak berubah dengan Manchester City kekal sebagai pasukan yang perlu ditewaskan dalam perebutan kejuaraan liga.

Musim 2018/2019 menyaksikan Manchester United mengalami 2 kekalahan dari 3 perlawanan awal dan kini berada di tangga ke-13 dalam liga. Peminat Manchester United meletakkan harapan kepada Mourinho untuk merapatkan jurang dengan skuad Manchester City yang unggul memenangi Liga Perdana Inggeeris musim lalu dengan kelebihan 19 mata di hadapan United.

Walau bagaimanapun, bukan semua pihak gembira dengan kegagalan Manchester United kebelakangan ini. Pemain pertahanan Manchester City, Vincent Kompany mengakui beliau berasa ‘kesian’ melihat situasi sukar yang dilalui Red Devils ketika ini.

Manchester United di bawah Mourinho musim ini sungguh noob sekali

“Saya berasa kesian melihat pasukan jiran tetangga kami (Manchester United), kerana Sir Alex Fergsuon merupakan personaliti yang amat besar. Anda tidak boleh fikir keadaan masih lagi sama jika individu seperti Sir Alex Ferguson meninggalkan kelab tesebut.”

“Anda perlu melalui satu tempoh peralihan. Manchester United masih lagi sebuah kelab yang besar. Mereka masih lagi bersaing merebut segala kejuaraan yang ada, tetapi mereka bergelut melalui era selepas Ferguson. ”

“Manchester United ketika ini masih bergelut melalui era pasca-Ferguson. Saya berasa kesian melihat Manchester United. Sehingga mereka kembali berada di atas, kami akan terus mengambil peluang ini untuk mencari sebanyak trofi yang boleh.”

Kompany juga percaya pelaburan yang dilakukan Abu Dhabi bukan sahaja memanfaatkan keputusan di atas padang, ia juga memberi banyak faedah kepada seluruh bandar Manchester.

Bagi Kompany, detik paling penting Manchester City bukan lagi berada di bawah Manchester United berlaku pada perlawanan separuh akhir Piala FA musim 2010/2011. City menang 1-0 untuk melangkah ke perlawanan akhir seterusnya menjulang trofi Piala FA musim tersebut selepas menewaskan Portsmouth.

Yaya Toure muncul hero City apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk menenwaskan Manchester United 1-0

“Ia merupakan perlawanan paling besar dalam sejarah Manchester City. Anda pergi ke stadium Wembley dan anda dapat lihat 90,000 peminat datang dari Manchester, mungkin ada juga dari London. Manchester United merupakan pasukan besar dan berjaya ketika itu, dan mereka adalah pasukan pilihan.”

“Anda hanya sedar selepas menang perlawanan tersebut. Kami tidak menang sebarang trofi pada hari tersebut tetapi ia telah banyak memberi keyakinan kepada kami untuk terus mencatatkan kejayaan.”

BACA:  Man Utd Hubungi Kelab Arab Saudi Untuk Lelong Sancho Dan Antony