Kebebalan De Gea Yang Kelakar Tak Terbanding

Manchester United turun menentang Everton untuk mencari tiga mata penuh bagi merapatkan jurang mata kepada Chelsea yang sekadar seri menentang Bournemouth.

Jika menang bermakna Manchester United hanya ketinggalan satu mata sahaja dibelakang Chelsea untuk merebut slot ke Champions League musim hadapan.

Everton bukan lawan mudah sejak kehadiran pengendali dari Itali, Carlo Ancelotti yang membawa Everton dengan penuh cemerlang.

Namun selepas tiga minit permainan, Everton sudah dihadapan hasil jaringan Dominic Calvert-Lewin yang semakin menjadi-jadi di bawah bimbingan Carlo Ancelotti.

Gol ini berpunca daripada kesilapan David De Gea yang menghadiahkan gol percuma selepas menerima bola.

Cantik kawalan bola De Gea namun tendangan entah bagaimana telah terkena kaki Dominic Calvert-Lewin. De Ge tak perasan ke?

Kesilapan ketujuh yang dilakukan De Gea yang membawa padah sejak awal musim lepas lagi dan tertinggi di Premier League.

Musim ini sahaja sudah tiga kesilapan dilakukan De Gea.

Sejak Ancelotti mengambil alih Everton pada Boxing Day yang lalu, Dominic Calvert-Lewin telah menjaringkan gol lebih banyak berbanding pemain lain denga lapan gol.

Bruno Fernandes kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-31 melalui satu rembatan padu luar kotak penalti.

Bruno Fernandes mendapat bola daripada Namenja Matic dan melakukan larian mendapatkan langkah untuk merembat.

Rembatan yang deras itu sedikit melencong dan melantun ke tanah membuatkan penjaga gol Everton,Jordan Pickford tertewas.

BACA:  Aksi Gelecekan Maguire Mampu Membuatkan Ronaldo Dan Messi Terduduk