Aksi Gelecekan Maguire Mampu Membuatkan Ronaldo Dan Messi Terduduk

Aksi gelecekan tanpa visi dan misi Harry Maguire nyata mampu membuatkan Cristiano Ronado dan Lionel Messi terduduk dan memikirkan persaraan daripada dunia bola sepak.

Kejadian yang tidak tercapai dek akal dan sangat genius yang sejati dari Maguire ini disajikan dalam perlawanan separuh akhir FA Cup.

Semua tahu bahawa Chelsea telah menundukkan Setan Merah dengan penuh bergaya di Wembley dengan jaringan 3-1.

Dua gol awal Chelsea daripada Olivier Giroud dan Mason Mount terhasil daripada kesilapan mudah David De Gea yang dianggap Ole Gunnar Solskjaer sebagai penjaga gol terhebat dunia.

Harry Maguire selaku pemain pertahanan termahal dunia tidak mahu kalah dengan menjaringkan gol sendiri.

Gol saguhati Manchester United hadir melalui sepakan penalti yang disempurnakan oleh pemain harapan mereka, Bruno Fernandes.

Lupakan semua itu. Marilah sama-sama menikmati video rakaman aksi gelecekan super mantul(mantap betul) daripada Maguire.

Ada yang berpendapat aksi Maguire ini persis Cristiano Ronaldo, namun selepas diamati ternyata Maguire berada di tahap yang lebih atas berbanding Ronaldo.

Lionel Messi yang lincah juga berada di bawah tahap Maguire.

Pemain pertahanan termahal dunia itu telah berjaya melarikan bola ketika di tekan oleh Callum Hudson Odoi dengan gelekan yang mempersona. Gerudi Inul pun kalah.

Mati akal Hudson Odoi dengan kelincahan Maguire dan membiarkan pula Jorginho merampas bola.

Nasib yang sama menimpa Jorginho yang mungkin kaget, terkedu lalu terkentut dengan Maguire yang sangat bar-bar dengan bola.

Namenja Matic pun kena gelecek dengan Maguire woi. Gilo betul aksi pecah muka pecah kepala Maguire ini.

Maguire menyertai Manchester United pada jendela perpindahan musim panas 2019/20 dengan harga ยฃ80 juta sahaja bagi memperkuatkan jentera pertahanan Setan Merah.

Pada musim sebelum itu Manchester United boleh mendapatkan Maguire pada harga ยฃ50 juta sahaja namun tidak Setan Merah la kalau tidak membazir.

Satu kemegahan bila Maguire dibeli dan dinobatkan sebagai pemain pertahanan termahal dunia.

Sejak berpindah ke Old Trafford, Harry Maguire sudah menunjukkan ciri-ciri seorang pemain yang mampu memimpin walaupun mempunyai gandingan yang teruk dibahagian pertahanan.

Viktor Lindelof masih gagal untuk bersaing merebut bola di udara, Eric Bailly seringkali dilanda kecederaan dan terbaru cedera teruk ditanduk Maguire.

Harry Maguire telah dilantik sebagai kapten atau ketua pasukan baharu Manchester United selepas kapten marvel, Ashley Young sah meninggalkan Setan Merah untuk bersama Inter Milan.

Ashley Young meninggalkan Manchester United secara beradap dan sopan tanpa unsur kecurangan. Jodoh mereka hanya sampai di sini, lamaran Inter Milan sukar ditolak.

BACA:ย  Terpaksa Seri Bermaruah, Harry Maguire Salahkan Pengadil, VAR Dan Liverpool