Kebodohan Penyokong Mexico Terbaling Botol ke Arah Pemain Negara Sendiri

Perlawanan bola sepak antara Mexico dan Amerika Syarikat sering berlangsung dengan tegang, lebih-lebih lagi dalam perlawanan yang berstatus tinggi seperti pagi tadi, di mana kedua-dua pasukan turun dalam perlawanan akhir Liga Negara CONCACAF.

Pertemuan dua seteru zaman berzaman yang berlangsung di Padang Empower,Denver tersebut telah dimenangi oleh pasukan negara Uncle Sam, 3-2.

Dalam perlawanan tersebut, Mexico terlebih dahulu mendahului lawan menerusi pemain FC Porto, Jesus Corona, yang melepaskan rembatan padu dengan kaki kirinya menggegar jaring lawan, selepas mendapat bola hasil kesilapan pertahanan Amerika, ketika perlawanan belum habis lagi minit pertama.

Pada minit ke-27, pemain Borussia Dortmund telah menyamakan kedudukan, selepas menolak mudah bola tandukan rakan sepasukan yang singgah di tiang gol Mexico, lantas membuatkan penjaga gol Mexico terpana dan terkejut.

Tidak mahu mengalah, Mexico sekali lagi membuatkan penyokong pasukan tuan rumah terdiam seketika apabila Diego Lainez merembat leret ke sebelah kiri penjaga gol Amerika, ketika perlawanan berbaki 11 minit.

Bagaikan disengat tebuan tanah spesis Vespa tropica tropica, pemain Amerika kembali menyerang kubu Mexico sebelum masa berakhir, dan hasilnya, pemain Juventus West McKennie berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-81, menerusi satu tandukan padu dan tidak dapat ditampan keluar oleh penjaga gol Mexico, sekaligus membawa perlawanan ke masa tambahan.

Membawa semangat kejuaraan Liga Juara-Juara UEFA tempoh hari, Christian Pulisic memastikan pasukan negara polis dunia itu pulang membawa piala selepas menjaringkan gol menerusi tendangan penalti pada minit ke-114.

Pada minit ke 120, Mexico sebenarnya berpeluang untuk menyamakan kedudukan selepas mereka dianugerahkan tendangan penalti. Tapi sayang, sepakan Andres Guardado berjaya ditampan keluar oleh penjaga gol Amerika, Ethan Horvath.

Di samping aksi yang menggila di tengah padang, penyokong di stadium juga tidak mahu ketinggalan untuk menjadi gila juga.

Ketika saat-saat terkahir di masa kecederaan, sekumpulan penyokong Mexico telah membaling objek, terutamanya botol dan cawan ke arah pemain Amerika yang sedang menenangkan Pulisic yang terbaring cedera di tepi padang, di depan penyokong Mexico.

Akan tetapi, disebabkan mereka membaling dengan hawa nafsu semata-mata, dicampur dengan rasa kecewa pasukan mereka sedang ketinggalan, botol yang dibaling terbang laju lalu singgah di kepala pemain negara mereka sendiri – Henry Martin!

Perangai bodoh ini sangatlah tidak boleh diterima akal yang sihat dan lebih teruk lagi, bukan Martin sahaja yang terkena balingan botol tersebut.

Ketika meraikan jaringan penalti Pulisic, Reyna – yang telah dikeluarkan – turut terkena balingan sama ada botol atau cawan di mukanya.

Menambah lagi kebodohan dan kegilaan yang berlaku ini, pemain Amerika bagaikan menyimbah petrol di api yang marak apabila dengan sengaja berkumpul dan bersorak di hadapan penyokong Mexico. Perangai Amerika, kan?

Dia bakar line orang, lepas tu orang marah dia berlakon jadi mangsa.

Tapi, apapun tindakan membaling objek ni sangatlah tidak elok dan masuk dalam kategori bodoh, tak kira apa pun provokasi yang dilancarkan. Sepatutnya, penyokong Mexico sabar je dulu di dalam stadium tu, dan mengambil contoh daripada apa yang dilakukan penyokong di Malaysia.

Lebih elok jika mereka tunggu sahaja perlawanan tamat dengan tenang. Lepas keluar stadium nanti, carilah bas yang membawa pemain Amerika tu. Lepas tu baling batu. Mungkin lepas ni setiap kali Amerika lawan Mexico, mereka akan naik bas anti batu pula, kan?

Lagi satu, nasib baik FAM tiada di Amerika. Kalau ada FAM, dah kena denda dah pasukan Amerika tu, melainkan kalau pasukan kau anak emas FAM.

Kelakar tak?

Sumber berita : GMS

BACA:  Piala Dunia 2022: Argentina 2-0 Mexico