Punca Sebenar Kecederaan Pada Belakang Marcelo Agak ‘Luar Biasa’

Pemain pertahanan Real Madrid, Marcelo terpaksa dibawa keluar seawal minit ke-10 selepas mengalami kekejangan di bahagian belakang ketika perlawanan Brazil menentang Serbia awal pagi tadi.

Bek kiri Atletico Madrid, Felipe Luis terpaksa dibawa masuk untuk menggantikan tempat Marcelo dalam kesebelasan utama.

Walaupun kehilangan khidmat Marcelo, Brazil masih lagi mampu mencatatkan kemenangan 2-0 menerusi jaringan Paulinho dan Thiago Silva seterusnya mengesahkan tempat mereka di pusingan 16 pasukan terakhir.

Marcelo mengadu kesakitan di bahagian belakang ketika perlawanan baru memasuki minit ke-10

Lawan yang bakal menunggu Brazil selepas ini adalah Mexico yang tewas mengejut di tangan Sweden dalam perlawanan yang turut berlangsung semalam.

Status kecederaan Marcelo masih belum dapat dipastikan buat masa sekarang tetapi pasukan perubatan Brazil optimis pemain tersebut sempat sembuh untuk menghadapi Mexico.

Marcelo mengalami kekejangan di bahagian belakang badan beliau dan memaksanya meninggalkan padang ketika perlawanan berlangsung.

Punca kekejangan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan bola sepak kerana doktor skuad Brazil percaya tilam hotel merupakan suspek utama mengapa Marcelo mendapat kekejangan tersebut.

Mujur Filipe Luis ada

Doktor Brazil, Dr Rodrigo Lasmar berkata kepada wartawan beliau yakin Marcelo akan sempat sembuh untuk bermain menentang Mexico minggu hadapan tetapi keadaan tempat tidur Marcelo perlu dinilai semula bagi memastikan masalah ini tidak berulang kembali.

“Masih terlalu awal untuk saya membuat diagnosis mengenai kecederaan Marcelo. Kecederaan Marcelo mungkin disebabkan oleh keadaan tilam hotel.”

“Walaupun pemeriksaan awal menunjukkan keadaan Marcelo agak baik, kami perlu bertenang terlebih dahulu dan menunggu beberapa hari lagi sebelum melakukan keputusan.”

Untuk rekod, Marcelo hanya terlepas 3 perlawanan sahaja untuk Real Madrid musim lepas kerana kecederaan hamstring. Selain dari itu, beliau bebas dari sebarang kecederaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Adakah tilam ini menjadi punca kesakitan Marcelo ? Jika benar, pengurusan hotel patut disaman !

Dr Lasmar juga menambah selagi kecederaan serius tidak muncul pada Marcelo, beliau akan merawat kecederaan pemain tersebut bagi membolehkan beliau cergas untuk bermain menentang Mexico.

“Marcelo akan dirawat dan dengan bantuan ubat-ubatan, beliau akan sembuh dan mampu untuk bermain. Perkara paling penting adalah beliau tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.”

“Ia merupakan kekejangan muscle. Sebaik sahaja Marcelo berasa OK untuk menjalani latihan, beliau akan kembali ke dalam pasukan dan bersedia untuk bermain. Tiada tempoh masa ditetapkan untuk sembuh dari ketegangan muscle.”

Inilah akibat tidak menggunakan tilam Vono.

BACA:  Jadual Copa America Centenario 2016