Kelab dari saingan Premier League mahu berhenti melakukan ritual melutut sebelum sepak mula perlawanan bermula pada awal musim 2022/23 ini.
Keputusan itu dilaporkan keluar selepas pertemuan antara kesemua 20 kelab bersama beberapa orang ketua pasukan yang bersepakat untuk tidak lagi mahu melakukan ritual tersebut.
Mereka merasakan yang ritual tersebut sudah tidak membawa apa-apa kebaikan dan kerana itulah mereka memutuskan untuk menghentikan ritual tersebut.
BREAKING NEWS: Premier League clubs will NOT take the knee before every match after captains admitted the gesture had lost its gravitas | @kierangill_DM https://t.co/kIm5J1rmDS pic.twitter.com/xywPIYL5k4
— MailOnline Sport (@MailSport) August 1, 2022
Sejak musim 2020/21, setiap pasukan dalam saingan Premier League tampil menyatakan sokongan mereka terhadap kempen ‘Black Lives Matter’ dengan melakukan ritual melutut sebelum sepak mula setiap perlawanan.
Hal itu seolah-olah diwajibkan kerana semua perlawanan akan dimulakan dengan ritual tersebut walau ada beberapa pemain yang menolak untuk melakukan hal tersebut.
Kempen tersebut sebenarnya mula diperkenalkan oleh bekas pemain quarterback NFL, Colin Kaepernick pada tahun 2016 yang lalu dengan bintang besar lain seperti Lewis Hamilton turut melakukan hal sama selepas kempen tersebut semakin terkenal.
Kempen tersebut semakin terkenal dan mula diangkat selepas berlakunya kematian tragis salah seorang lelaki berkulit hitam, George Floyd di Amerika Syarikat pada tahun 2020 yang lalu.
Finally common sense prevails…
It only took about 2 years 🤣— Sports Billy 🇬🇧 🇸🇿 (@GLemeff) August 1, 2022
Tindakan kelab-kelab dari Premier League melakukan ritual tersebut mendapat pujian menggunung dari komunity sukan seluruh dunia.
Walau bagaimanapun, selepas semakin lama ia dilakukan, semakin ramai sepertinya yang menolak untuk melakukan hal tersebut seperti Wilfried Zaha dan Ivan Toney.
Terbaru, menurut sumber laporan dari Mail Plus, beberapa orang ketua pasukan dari saingan Premier League telah bersetuju untuk melakukan ritual tersebut hanya untuk beberapa perlawanan terpilih sahaja.
Mereka merasakan yang ritual tersebut sebenarnya sudah hilang auranya dan sepertinya ia perlu dihentikan sebelum ia semakin tak relevant.
Laporan sama turut mendedahkan yang perlawanan tertentu yang dimaksudkan adalah perlawanan yang akan disiarkan secara langsung termasuk perlawanan-perlawanan melibatkan derby.
About bloody time! 👍
— President Elect Jay. 😎 🇬🇧🇺🇲🇬🇧🇺🇲 (@ourcountrysgone) August 1, 2022
Semua mata jelas sekali akan tertumpu kepada perlawanan-perlawanan tersebut dan kerana itulah ritual itu perlu dilakukan dalam perlawanan tersebut.
Walau bagaimanapun, ketika ada segelintir penyokong yang masih terbuka untuk melakukan hal tersebut, ada beberapa kelab lain yang menolak untuk melakukan hal tersebut.
Laporan sama turut menyatakan yang pasukan yang baru naik ke saingan Premier League, Bournemouth tidak akan pernah melakukan ritual tersebut lagi dengan kesemua pemain yakin ritual tersebut sudah tidak berguna lagi.
Antara pemain pertama yang tampil bercakap tentang hal tersebut adalah Wilfried Zaha yang menganggap ia tak sepatutnya dilakukan.
“Saya rasa ritual melutut adalah satu hal yang degrading.”
🚨 BREAKING: Premier League clubs will stop taking knee before every match. [@MailSport] pic.twitter.com/Z4R2w6RekX
— FutbolXclusive (@FutbolXclusive) August 1, 2022
Jelas bintang Crystal Palace itu kepada FT Business of Football Conference.
“Membesar, ibu bapa saya memberitahu saya yang saya sepatutnya berbangga berkulit hitam, tak kira atas alasan apa, dan saya cuma fikir kita sepatutnya berdiri teguh.”
“Saya rasa maksud sebalik semua ini adalah menjadi sesuatu yang kita sedang lakukan sekarang. Itu tak cukup. Saya tak akan berlutut.”
Beliau kemudiannya menambah lagi bahawa:
“Kami sedang cuba untuk kata kami sama tapi hal ini sememangnya tak menjadi.”
Premier League clubs want to STOP taking knee before games this season https://t.co/CRjI8CTrF4 pic.twitter.com/xwbYmwJfAW
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) August 1, 2022
“Melainkan ada perubahan, jangan tanya saya tentang itu. Melainkan ada sesuatu akan berlaku, saya tak mahu dengar tentang itu.”
Sepertinya ritual itu tidak akan lagi dilakukan bermula pada musim baru nanti dan ia hanya akan dilihat ketika perlawanan-perlawanan tertentu sahaja terutama aksi derby.
Saingan musim baharu akan bermula hujung minggu ini selepas Liverpool berjaya menewaskan Man City untuk memenangi gelaran Community Shield pada hujung minggu lalu.
Sumber: SPORTbible