Kenali Alexander Isak, Pemain Muda Paling Menyerlah Dalam Saingan Euro 2020

Nama Alexander Isak tentunya akan kerap didengari oleh para peminat selepas ini dengan beliau dianggap sebagai pemain paling menyerlah dalam saingan Euro 2020 ini.

Beliau telah mempamerkan rentak permainan yang sungguh luar biasa menakjubkan bersama Sweden sepanjang kejohanan ini.

Isak jelas mencuri tumpuan peminat dengan kematangan aksinya yang tidak menggambarkan usianya yang masih muda.

Sweden pada Euro tahun ini, mereka terpaksa turun tanpa penyerang legenda, Zlatan Ibrahimovic. Namun Isak seolah-olah berjaya menutupi kekurangan yang ditinggalkan oleh bintang AC Milan itu.

Setiap kali Isak diturunkan untuk beraksi, beliau sentiasa berjaya mencuri perhatian peminat untuk menyaksikan kehebatan dan bakat hebat yang dimiliki olehnya.

Beliau bahkan dianggap sebagai ‘The Next Zlatan Ibrahimovic’, dan hal itu diakui oleh kebanyakkan pundit dan para peminat.

Isak dari 22 penampilan bersama the Scandinavians beliau telah berjaya menjaringkan lima gol, dan sering mempamerkan aksi persembahan yang mantap setiap kali diturunkan.

Beliau pada musim lalu telah beraksi dalam saingan La Liga dan menjaringkan 17 gol secara keseluruhannya untuk Real Sociedad.

Aksi hebatnya diperingkat kelab telah menyebabkan beliau dipancing oleh beberapa kelab gergasi dunia yang mahu mendapatkan khidmatnya.

Pada musim yang sama juga, beliau berjaya menjadi pemain paling muda, selepas Ronaldo Nazario yang cemerlang menjaringkan gol dari tujuh perlawanan berturut-turut dalam saingan La Liga.

Satu pencapaian yang sungguh luar biasa menakjubkan dari pemain muda Sweden itu untuk memperkenalkan namanya di pentas dunia bola sepak.

Pemain berusia 21 tahun itu turut bersinar dalam kejohanan Euro 2020 ini dan telah menjadi pemain terpenting dalam sistem skuad Sweden.

Ketika aksi bertemu Slovakia, beliau telah dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan selepas mempamerkan aksi yang sungguh menakjubkan.

Chelsea merupakan antara pasukan yang paling berminat untuk mendapatkan khidmat pemain muda itu dengan Thomas Tuchel sangat mengenali Isak ketika kariernya bersama Borussia Dortmund.

Real Sociedad walau bagaimanapun tidak akan menerima tawaran rendah dari £60 juta untuk melepaskan pemain muda mereka itu.

Chelsea tetap menegaskan yang mereka akan berusaha sehabis daya untuk mendapatkan penyerang itu pada musim panas ini.

Arsenal merupakan satu lagi wakil dari Premier League yang sangat berminat untuk mendapatkan Alexander Isak pada musim panas ini.

The Athletic melaporkan yang Arsenal ketika ini telah meletakkan nama Isak sebagai pemain paling mereka kehendaki pada musim panas ini.

Siapa sebenarnya Alexander Isak?

Alexander Isak merupakan bintang berusia 21 tahun yang dilahirkan di Stockholm, dan kini beliau sedang beraksi bersama Real Sociedad dalam saingan La Liga.

Pemain penyerang itu juga merupakan pemain kebangsaan Sweden dan telah disenaraikan dalam 26 pemain pilihan Olof Andersson untuk sertai saingan Euro 2020.

Apa pencapaian yang telah beliau capai?

Beliau membesar di Stockholm bersama kedua ibu bapanya. Isak memulakan karier bola sepaknya ketika berusia enam tahun dengan menyertai kelab AIK.

Selepas mempamerkan rentak permainan cemerlang di peringkat kanak-kanak dan remaja, Isak berjaya melakukan debutnya bersama skuad utama pada Februari 2016.

Beliau ketika itu dimasukkan sebagai pemain gantian dengan perlawanan berbaki 15 minit sahaja dan beliau cemerlang menjaringkan satu gol dalam membantu Sweden menang 6-0 dalam perlawanan tersebut.

Beliau kemudian berjaya menempatkan dirinya dalam skuad utama Sweden walau usianya ketika itu baru 16 tahun dan Isak mengakhiri musim tersebut bersama AIK dengan menjaringkan 11 gol dari 26 penampilan.

Musim berikutnya, beliau telah melengkapkan perpindahan untuk menyertai gergasi Jerman, Borussia Dortmund.

Isak menandatangani perjanjian bersama gergasi Bundesliga itu pada Januari 2017 dengan yuran perpindahan dilaporkan bernilai €9 juta.

Walaupun beliau ketika itu dianggap sebagai salah seorang prospek masa depan, Isak gagal memberikan impak yang diharapkan bersama Dortmund dalam saingan Bundesliga.

Dengan musim 2018/19 berkemungkinan akan berakhir dengan satu lagi musim yang mengecewakan, bintang Sweden itu telah dipinjamkan ke Willem II sebagai pemain pinjaman pada Januari 2019.

Walau beraksi separuh musim, beliau ketika itu berjaya menjaringkan 14 gol dari 18 penampilan dan turut mencatatkan tujuh assists.

Persembahan hebatnya berjaya mencuri perhatian Real Sociedad yang kemudiannya menandatangani beliau dengan perjanjian selama lima tahun bernilai €15 juta pada Jun 2019.

Musim pertamanya bersama Real Sociedad, Isak berjaya menjaringkan 16 gol dalam semua pertandingan, namun hanya menjaringkan 9 gol sahaja dari 37 penampilan dalam saingan La Liga.

Musim lalu walau bagaimanapun, beliau yang dipercayai mempunyai nilai £60 klausa perlepasan dalam kontraknya telah berjaya menjaringkan 17 gol dari 34 penampilan dalam saingan La Liga.

Beliau turut dianugerahkan dengan anugerah pemain muda terbaik tahunan La Liga pada musim lalu selepas mempamerkan kecemerlangannya bersama Real Sociedad.

Selain hebat di peringkat kelab, beliau turut cemerlang bersama skuad kebangsaan Sweden dan di kejohanan Euro 2020 ini, beliau berjaya mencuri tumpuan peminat dengan kehebatan dan kehandalannya bermain di posisi serangan.

Tidak mengejutkan untuk melihat Isak akan jadi prospek terhangat pada jendela perpindahan musim panas ini, dengan banyak kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Selepas tiga penampilan dalam saingan Euro 2020, Liverpool, Real Madrid, Borussia Dortmund, Chelsea, Arsenal dan Roma sudah mula mencari jalan untuk mendapatkan bintang muda Sweden itu.

Nama Alexander Isak akan terus jadi sebut-sebutan para peminat selepas kecemerlangan yang beliau tunjukkan setakat ini.

BACA:  Rangkuman Aksi Alexander Isak Ketika Bertemu Sepanyol Memukau Peminat Seluruh Dunia