Penyokong Liverpool Teruja Dengan Berita Liverpool Mahu Tandatangani Bintang La Liga

Menurut laporan terbaru dari El Nacional, Liverpool pada ketika ini sedang bersedia untuk membida bintang Real Sociedad, Alexander Isak.

Bidaan yang akan dibuat oleh Liverpool dilaporkan bernilai €40 juta dengan skuad kendalian Jurgen Klopp itu benar-benar serious mahu mendapatkan khidmat bintang Sociedad itu.

Pemain kebangsaan Sweden itu telah berjaya menjaringkan 17 gol dari 34 penampilan dalam saingan La Liga musim lalu bersama Real Sociedad.

Liverpool melihat Isak sebagai backup kepada Roberto Firmino yang pada ketika ini terpaksa diketepikan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Diogo Jota dan Divock Origi merupakan barisan penyerang backup yang Liverpool ada pada ketika ini, namun ia bakal berubah seandainya Isak benar-benar datang ke Anfield.

Para penyokong Liverpool begitu teruja melihat berita tersebut, dengan kebanyakkan dari mereka sangat berharap agar pihak kelab berusaha untuk mendapatkan bintang Real Sociedad itu.

“Saya berharap Liverpool akan berusaha berhabis-habisan untuk mendapatkan Isak. Dia tentu akan jadi penambahan yang sempurna.”

“Musim panas lalu kita tak ada penandatanganan besar, saya berharap kali ini kita dapat seorang pemain.”

“Isak merupakan prospek masa hadapan kelab dan saya jamin dia akan bersinar bersama kelab.”

“Saya berani pertaruhkan semua yang saya ada, Isak akan jadi bintang terhebat dunia kalau bermain bersama Liverpool.”

“Saya semakin yakin kita akan menang Piala kalau kelab betul-betul berusaha dapatkan Isak.”

Tidak dinafikan lagi, Isak jelas sekali bakal menjadi penandatanganan sempurna untuk kelab pada ketika ini, dan juga sebagai prospek masa hadapan.

Pemain kebangsaan Sweden itu telah menarik minat banyak kelab untuk mendapatkan khidmatnya, dengan Arsenal juga sangat berminat untuk menandatangani beliau.

Walau bagaimanapun, jika Liverpool benar-benar mahu membuat bidaan rasmi, Isak dilaporkan lebih berminat untuk ke Anfield berbanding Emirates.

Skuad depth Liverpool sekali lagi berdepan dengan masalah

Pada musim 2020/21, Liverpool berdepan dengan masalah kecederaan pemain, dengan ramai pemain utama terpaksa diketepikan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Virgil Van Dijk, Fabinho, Joel Matip, Jordan Henderson, Sadio Mane dan beberapa lagi pemain utama terpaksa diketepikan pada musim lalu atas masalah kecederaan.

The Reds pada ketika ini berpotensi untuk berdepan dengan situasi yang sama sekali lagi, selepas Naby Keita, James Milner, Joe Gomez, Curtis Jones dan Roberto Firmino sudah direhatkan kerana masalah kecederaan.

Firmino pada ketika ini bergelut dengan kecederaan hamstring dan akan menyebabkan beliau terpaksa direhatkan selama enam minggu.

Walau bagaimanapun, masalah kecederaan bukan satu-satunya hal yang dibimbangkan oleh Jurgen Klopp pada ketika ini.

African Nations Cup yang akan dilangsungkan tahun hadapan sebenarnya juga bakal menjejaskan skuad Liverpool pada musim ini.

Mohamed Salah, Sadio Mane dan Naby Keita tidak akan bersama skuad Liverpool dari 9 Januari sehingga tamat aksi mereka dalam saingan African Nations Cup.

Salah pada ketika ini sudah berjaya menjaringkan 15 gol dan turut mencatatkan enam assists dalam semua pertandingan sepanjang musim ini.

Kehilangan beliau jelas sekali bakal memberi tamparan hebat untuk skuad Liverpool yang akan tempang tanpa penyerang utama mereka itu.

Kerana itulah penandatanganan Alexander Isak sangat penting untuk skuad kendalian Jurgen Klopp itu pada jendela perpindahan Januari nanti.

Laporan terbaru, Liverpool baru menyatakan minat dan mendedahkan yang mereka bersedia untuk keluarkan dana bernilai €40 juta untuk mendapatkan Isak.

Namun bidaan rasmi masih belum dilakukan oleh The Reds, dan berkemungkinan wakil kelab akan memulakan rundingan dengan Real Sociedad pada hujung bulan nanti.

Sumber: Sportskeeda

BACA:  Champions League 2021/22: Benfica 1-3 Liverpool