Kenapa Gol Bruno Fernandes Sah Di Sisi VAR Walaupun Rashford Jelas Ofsaid?

Kontroversi telah tercetus dalam perlawanan Manchester Derby menemukan Manchester United dan Manchester City, ramai tertanya-tanya kenapakah gol Bruno Fernandes sah di sisi Video Assistant Referee (VAR) walaupan Rashford jelas ofsaid?

Bruno Fernandes telah membawa Manchester United kembali ke dalam permainan pada minit ke-78 selepas mendapat jaringan penyamaan daripada umpanan Casemiro.

Pemain Brazil itu memainkan bola terobosan untuk Rashford yang memulakan larian dalam kedudukan yang tersangat jelaslah ofsaid.

Penyerang Inggeris itu tidak menyentuh bola dan sebaliknya meninggalkannya untuk Fernandes, yang menemui bahagian belakang jaring dengan rembatan lencong dari tepi kotak.

Selepas Bruno Fernandes menjaringkan gol barulah penjaga garisan mengangkat bendera tanda ofsaid yang terus mematikan mood keraian dari pemain Portugal itu yang berlari girang.

Pengadil tidak mengesahkan jaringan itu lalu dirujuk kepada pengadil VAR, Stuart Atwell yang mengesahkan jaringan tersebut.

Alasan Stuart Atwell menghadiahkan jaringan tersebut adalah kerana Marcus Rashford tidak menyentuh bola dari hantaran Casemiro dan tidak mengganggu mana-mana pemain pertahanan Manchester City yang dikategorikan sebagai tidak terlibat dalam permainan aktif serta tidak mengganggu permainan.

Pemain Manchester City membantah keras keputusan pengadil namun gol itu sah dan keputusan pengadil adalah muktamad.

Gol penyamaan itu juga telah menjadi titik kebangkitan Manchester United yang menjaringkan gol kemenangan melalui Marcus Rashford empat minit kemudian.

Bekas pengadil Premier League, Peter Walton menjelaskan kenapa gol Bruno Fernandes sah semasa bercakap kepada BT Sport:

“Undang-undang telah dipinda untuk benar-benar menentang hujah sama ada dia menyentuh bola atau adakah dia mengganggu pemain lawan yang bermain bola.” kata Walton.

“Dia (Rashford) tidak melakukan kedua-duanya (tidak sentuh dan ganggu), jadi mengikut undang-undang, dia tidak melakukan apa-apa kesalahan. Ia sebenarnya permainan yang sangat bagus daripada Rashford sendiri.”

Bercakap sebelum VAR menghadiahkan gol itu, Walton menyatakan bahawa dia berpendapat keputusan asal akan dibatalkan. Dia berkata:

“Baiklah, katakan saya fikir ini adalah gol. Anda betul dengan mengatakan bahawa Rashford telah bergerak untuk mendapatkan bola, tidak mengganggu bola, tidak bermain bola sendiri.”

“Bendera diangakt kerana kedudukan ofsaid tetapi apabila VAR melihat perkara ini dan apabila pembantu membincangkan perkara ini dengan Stuart Atwell, saya fikir ini adalah gol.”

Bekas pemain, Jermaine Jenas yang merupakan pengulas bersama perlawanan memuji Marcus Rashford yang dilabel sebagai bijak:

“Ia benar-benar bijak daripada Marcus Rashford dan pemain City tidak berpuas hati. Saya fikir ia adalah keputusan yang tepat. Mereka masih bertengkar dengan pengadil, tetapi dia tidak akan mengubah fikirannya sekarang.”

“Rashford berada dalam kedudukan ofsaid yang jelas, tidak ada keraguan tentang itu, dan dia mungkin mengetahuinya. Bruno menjerit kepadanya sekarang untuk meninggalkannya dan realitinya dia tidak menyentuh bola.”

“Dia nampaknya tidak melakukannya. Ia adalah penyudah yang cemerlang dari sebelah dalam. Old Trafford telah hidup semula, dan ia muncul entah dari mana – City mengawal sepenuhnya permainan ini.”

Dan itulah penjelasan kenapa gol Bruno Fernandes itu sah, situasi penuh kesamaran itu adalah atas pertimbangan pengadil dan pengadil memilih mengesahkan jaringan itu atas alasan Rashford tidak menyetuh bola dan tidak mengganggu permainan.

Pastinya gol itu telah mencetuskan kontroversi dan masih lagi menjadi perdebatan serta terus dipertikaikan. Seorang lagi bekas pengadil dari Soctland, Des Roache tidak bersetuju dengan pandangan itu lalu menyatakan Rashford ofsaid.

“Rashford sepatutnya dipanggil ofsaid, dia sengaja mengganggu permainan. Dari perspektif saya, Rashford sepatutnya dipanggil ofsaid.”

“Dia berlari bersama bola untuk mengelirukan pemain Manchester City, tetapi itu tidak termasuk dalam undang-undang permainan. Saya akan katakan Rashford mengganggu permainan kerana sengaja terlibat dan telah bergerak ke arah bola, tetapi kerana dia tidak menyentuh bola. Saya hanya boleh menganggap pengadil perlawanan tidak campur tangan.”

“Sekiranya saya mengadili perlawanan itu, gol itu tidak akan dikira. Mengikut undang-undang permainan, gol Bruno Fernandes tidak ofsaid kerana pengadil telah mentafsir bahawa Marcus Rashford tidak mengganggu bola dan menghalang pemain Man City daripada bermain bola.”

Semuanya berbalik kepada pertimbangan pengadil perlawanan dalam menilai situasi itu, apa yang jelas Rashford tidak menyentuh bola namun ada mengatakan mengganggu permainan ada yang kata tidak.

Kau rasa?

Peraturan Offsaid Menurut Kitab Law of The Game

1. Posisi ofsaid

Berada di posisi ofsaid bukanlah satu kesalahan. Seseorang pemain berada di posisi ofsaid jika:

• mana-mana bahagian kepala, badan atau kaki berada di bahagian pihak lawan (tidak termasuk garisan tengah) dan

• mana-mana bahagian kepala, badan atau kaki lebih hampir dengan garisan gol pihak lawan daripada kedua-dua bola dan pemain lawan kedua terakhir

Bahagian tangan dan lengan semua pemain, termasuk penjaga gol tidak diambil kira. Bagi tujuan menentukan ofsaid, sempadan atas lengan ialah separas dengan
bahagian bawah ketiak.

Seseorang pemain tidak dianggap ofsaid jika sebaris dengan:

• pemain lawan kedua terakhir atau

• dua pemain lawan terakhir

2. Kesalahan ofsaid

Seseorang pemain yang di posisi ofsaid ketika bola dimainkan atau disentuh* oleh rakan sepasukannya hanya dihukum apabila terlibat dalam permainan aktif dengan:

*Titik sentuhan pertama ketika ‘memainkan’ atau ‘menyentuh’ bola perlu digunakan

• mengganggu permainan dengan memainkan atau menyentuh bola yang dihantar atau disentuh oleh rakan sepasukan, atau

• mengganggu pemain lawan dengan cara:

aaaa• menghalang pemain lawan dari bermain atau boleh memainkan bola dengan cara jelas menghalang pandangan, atau
aaaa• mencabar pihak lawan untuk mendapatkan bola, atau
aaaa• jelas cuba untuk memainkan bola yang hampir dengannya yang mana memberi impak kepada pihak lawan, atau
aaaa• perlakuan yang jelas memberi impak terhadap kemampuan pihak lawan untuk memainkan bola

atau

• mendapat keuntungan dengan memainkan bola atau mengganggu pihak lawan apabila ianya:

aaaa• melantun atau terbias dari tiang gol, palang gol, pegawai perlawanan atau pemain lawan
aaaa• secara jelas diselamatkan oleh mana-mana pemain lawan

Pemain di posisi ofsaid menerima bola daripada pihak lawan yang jelas memainkan bola, termasuk sengaja memegang bola, adalah tidak dianggap mendapat keuntungan, melainkan ianya tindakan sengaja selamatkan bola oleh mana-mana pemain lawan.

Maksud ‘selamatkan’ ialah apabila pemain menghentikan, atau cuba untuk menghentikan bola yang menuju ke dalam atau hampir ke gol dengan mana-mana bahagian badan kecuali tangan/lengan (kecuali penjaga gol dalam kawasan penaltinya)

BACA:  Bruno Fernandes Nafi Khabar Angin Akan Ke Arab Saudi Dan Tegaskan Gembira Di Man Utd