Keperibadian Mohammed Salah Menarik Perhatian Mufti Wilayah

Sejak tiba di bumi Merseyside dari AS Roma pada bulan Julai yang lalu, Salah telah menunjukkan prestasi yang mengagumkan melebihi dari apa yang diharapkan.

Mohamed Salah yang dilahirkan di Basyoun pada 15 Jun 1992, kini menjadi fenomena dalam dunia bola sepak.

Ketika Salah dilihat menjadi pujaan di Liverpool, terdapat ramai lagi di luar sana memuja Salah terutama dari kalangan Bangsa Arab.

Peribadi Salah yang penuh dengan kemurniaan hati dan kerendahan diri nyata disenangi kawan dan juga lawan, pakar IT, pakar ekonomi, jaguh sukan dan juga jutawan tidak kira di luar atau di dalam padang, berkereta jenama negara megah menyusur di jalan raya.

Kerana keperibadian Salah ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri telah membuat satu hantaran(post) di laman muka bukunya.

YNWA last sekali tu tak tahan.

QALAM MUFTI #5 MOHAMED SALAH

1. Jika ada kelapangan, adakalanya saya menyelak helaian belakang akhbar untuk mengikuti perkembangan sukan bolasepak. Sukan yang menyatukan pelbagai bangsa, agama dan negara atas satu semangat kesukanan.

2. Antara personaliti yang menarik minat saya kini adalah bintang Liverpool, Mohamed Salah. Pada mulanya, saya menganggap beliau hanya sebagaimana pemain Muslim lain dalam English Premier League seperti Paul Labile Pogba, Ismail Bennacer, Mesut Özil, Granit Xhaka dan lain-lain.

3. Namun, lirik lagu I”ll be Muslim Too yang dinyanyi penyokong Liverpool untuk Mohamed Salah menyebabkan saya semakin tertarik untuk mendekati beliau. Kejayaan demi kejayaan yang dirangkulnya jika dilihat daripada perspektif yang lebih luas, bukan sahaja kerana kelincahan beliau tetapi juga adalah kerana sikap beliau yang begitu menjaga solat dan hubungannya dengan Allah SWT. Melihat kepada latarbelakang hidupnya, benarlah disiplin solat telah berjaya mengubah hidupnya menjadi apa yang anda lihat hari ini.

4. Saya yakin, dengan ledakan 43 gol dalam semua perlawanan bersama Reds musim ini, beliau akan pergi lebih jauh dan cemerlang dengan sikapnya yang memelihara hak Allah SWT sebagai Tuhan dan tuntutan beliau sebagai hamba-Nya. Yakinlah, kejayaan yang hakiki jua bersama dengan hamba-hamba-Nya yang memelihara solat.

5. Chelsea

6. Arsenal

7. Sebenarnya, itulah juga yang ingin disampaikan oleh Salah kepada semua penyokong Liverpool yang beragama Islam; kita akan berjaya dengan mengutamakan-Nya dalam semua perkara. Solatlah walau di mana jua kita berada.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
#YNWA

Lirik lagu I”ll be Muslim Too yang dinyanyi penyokong Liverpool untuk Mohamed Salah membuat Mufti Wilayah tertarik dengan Salah.

Kehebatan pemain antarabangsa Egypt, Mohamed Salah musim ini menyebabkan penyokong Liverpool mencipta lagu khas untuk beliau dan lagu tersebut berkait rapat dengan kepercayaan agama yang diamalkan Salah.

“Mo Sa-la-la-la-lah, Mo Sa-la-la-la-lah, if he’s good enough for you, he’s good enough for me, if he scores another few, then I’ll be Muslim too,”

Dakwah halus Mo Salah kepada rakyat England

Lagu ini berakhir dengan rangkap penyokong Liverpool akan menukar agama kepada Islam andainya Salah terus menerus menjaringkan gol buat kelabnya. Beberapa rakaman detik penyokong menyanyikan lagu tersebut telah dimuatnaik ke laman sosial, dari dalam stadium sehingga ke pub.

Lagu tersebut bersambung lagi dengan rankap berbunyi:

“”He’s sitting in the mosque, that’s where I want to be.”

Aksi cemerlang Salah bersama The Kops telah menawan hati para peminat Liverpool, sama seperti fenomena Luis Suarez beberapa tahun yang lepas.

Apa yang Mufti Wilayah cuba sampaikan adalah, Mohammed Salah boleh menjadi contoh yang baik buat semua. Walaupun berada dipuncak masih menjaga akhlak dan menjalankan kewajipan sebagai Muslim.

Ingatlah semua, dunia hanya sementara, akhirat jua kekal selamanya.

BACA:  Peminat Tegar Liverpool Dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)