Peminat Tegar Liverpool Dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Peminat tegar Liverpool telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam senarai kabinet baharu Menteri di Malaysia.

Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri sememangnya diketahui ramai sebagai peminat Liverpool yang tegar.

Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan membuat hantaran demi hantaran di laman sosial usai Liverpool mempamerkan aksi penuh bermotivasi.

Dengan status beliau sebagai Mufti Wilayah Persekutuan sememangnya lantikan adalah layak dan mendapat reaksi positif rakyat Malaysia.

Datuk Dr. Zulkifli banyak menghasilkan penulisan, penterjemahan serta aktif dalam membentangkan kertas kerja sama ada di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa, lebih 200 kertas kerja di pelbagai seminar dan forum.

Beliau juga pernah menjadi penulis tamu di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan ruangan Bicara Agama di Utusan Malaysia.

Sejarah tercipta apabila Datuk Dr. Zulkifli menjadi mufti pertama dilantik sebagai Menteri.

Biodata Ringkas Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri (lahir 16 Januari 1969) merupakan Mufti Wilayah Persekutuan yang baru dilantik bermula 23 Jun 2014.

Beliau merupakan Mufti Wilayah Persekutuan ke-7 selepas:

1. SS Tan Sri Dato’ Sheikh Abdul Mohsein bin Hj. Salleh (1 Februari 1971 – 7 Februari 1984)
2. SS Dato’ Sheikh Othman Bin Hj. Ibrahim (2 September 1986 – 30 September 1990)
3. SS Tan Sri Abdul Kadir Bin Talip (15 Julai 1991 – 16 Januari 1997)
4. SS Datuk Hj. Md Hashim bin Hj. Yahya (1 Mac 1997 – 15 Januari 2003)
5. SS Datuk Dr. Mohammad Yusoff Bin Hussain (31 Januari 2003 – 15 Januari 2006)
6. SS Datuk Hj Wan Zahidi Bin Wan Teh (21 Mac 2006 – 20 Mac 2014)

Beliau juga adalah pengasas kepada Pondok Moden al-‘Abaqirah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan sebuah institusi hadith baru iaitu Ma’alim al-Sunan li Dirasati al-Sunnah al-Nabawiyyah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Kehidupan Awal

Beliau dilahirkan di Kampung Gong Pauh, Kemaman, Terengganu pada 16 Januari 1969 dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah, Kuala Terengganu (1976-1981).

Kemudian beliau menyambung pelajarannya di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZA), Ladang, Kuala Terengganu (1982-1984).

Sebelum meneruskan pengajiannya dalam peringkat Thanawi di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Batu Buruk, Kuala Terengganu (1985-1988).

Seterusnya, Datuk Dr. Zulkifli menyambung pula pengajiannya di peringkat Sarjana Muda Syariah di Universiti Islam Madinah (1989-1993).

Tidak hanya berhenti setakat itu, beliau menyambung pula pengajiannya di peringkat Sarjana Syariah di Universiti al-Ulum al-Islamiah wa al-Arabiah di Damsyik, Syria (1994-1997) di bawah seliaan Syeikh Prof. Dr. Mustafa al-Khin.

Pengajian peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) pula diambil di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities), Universiti Sains Malaysia (2002-2004) di bawah seliaan Prof. Dr. Radzi Othman.

Tajuk kajiannya adalah Institusi Mufti Dan Fatwa: Satu Analisa Terhadap Enakmen Dan Beberapa Fatwa Pilihan Negeri Sembilan.

Senarai Penuh Kabinet kabinet Muhyiddin Yassin

Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin telah mengumumkan senarai menteri Kabinet baharu dalam satu sidang media khas.

Pemilihan kabinet baru ini dibuat berlandaskan kepada Intergriti dan Menteri dilantik tiada terlibat dengan skandal.

Buat masa kini tiada lantikan Timbalan Perdana Menteri dibuat.

Senarai Penuh Kabinet kabinet Muhyiddin Yassin:

Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali

Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator)

Menteri Kanan – Menteri Pertahanan

YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob

Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Ikhmal Hisham Bin Abdul Aziz

Menteri Kewangan

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)

Timbalan Menteri I: YB Datuk Abd. Rahim Bin Bakeri

Timbalan Menteri II: YB Mohd Shahar Bin Abdullah

Menteri Kanan – Menteri Kerja Raya

YB Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof

Timbalan Menteri: YB Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh

Menteri Kanan – Menteri Pendidikan

YB Dr Mohd Radzi Md Jidin

Timbalan Menteri I: Dato’ Dr Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator)

Timbalan Menteri II: YB Muslimin Bin Yahaya

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)

YB Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Timbalan Menteri: YB Arthur Joseph Kurup

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)

YB Dato’ Seri Mohd Redzuan Md Yusof

Timbalan Menteri: YB Datin Mastura Binti Yazid

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)

YB Dato’ Takiyuddin Bin Hassan

Timbalan Menteri: YB Dato’ Eddin Syazlee Shith

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

YB Dato’ Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri (akan dilantik sebagai senator)

Timbalan Menteri: YB Ahmad Marzuk Bin Shaary

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)

YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib

Menteri Pengangkutan

YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Timbalan Menteri: YB Haji Hasbi Bin Haji Habibollah

Menteri Alam Sekitar

YB Dato’ Tuan Ibrahim Bin Tuan Man

Timbalan Menteri: Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator)

Menteri Sumber Manusia

YB Datuk Seri Saravanan A/L Murugan

Timbalan Menteri: YB Haji Awang Bin Hashim

Menteri Wilayah Persekutuan

YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa

Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Dr Santhara Kumar

Menteri Wanita dan Keluarga

YB Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun

Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff

Menteri Pengajian Tinggi

YB Dato’ Dr Noraini Binti Ahmad

Timbalan Menteri: YB Dato’ Dr Mansor Bin Othman

Menteri Tenaga dan Sumber Asli

YB Dato’ Dr Shamsul Anuar Hj Nasarah

Timbalan Menteri: YB Ali Anak Biju

Menteri Dalam Negeri

YB Datuk Seri Hamzah Bin Zainuddin

Timbalan Menteri I: YB Dato’ Sri Dr Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said

Timbalan Menteri II: YB Jonathan Yassin

Menteri Kesihatan

YB Dato’ Sri Dr Adham bin Baba

Timbalan Menteri I: YB Dato’ Dr Noor Azmi bin Ghazali

Timbalan Menteri II: YB Datuk Aaron Ago Dagang

Menteri Pertanian dan Industri Makanan

YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee

Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Hj Ahmad Bin Hamzah

Timbalan Menteri II: YB Dato’ Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi

Menteri Pembangunan Luar Bandar

YB Datuk Dr Hj Abd Latiff Bin Hj Ahmad

Timbalan Menteri I: YB Dato’ Abdul Rahman Bin Mohamad

Timbalan Menteri II: YB Dato’ Henry Sum Agong

Menteri Luar Negeri

YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Timbalan Menteri: YB Dato’ Kamaruddin Jaffar

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

YB Datuk Alexander Nanta Linggi

Timbalan Menteri: YB Dato’ Rosol Bin Wahid

Menteri Komunikasi dan Multimedia

YB Dato’ Seri Saifuddin bin Abdullah

Timbalan Menteri: YB Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

YB Hajah Zuraida Kamaruddin

Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Ismail Bin Abd Mutalib

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

YB Khairy Jamaluddin

Timbalan Menteri: YB Ahmad Amzad Bin Hashim

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

YB Dato’ Sri Dr Hj Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Timbalan Menteri: YB Datuk Wira Mas Ermieyati Binti Hj Samsudin

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Bin Aman Razali

Timbalan Menteri I: YB Dato’ Sri Dr Wee Jeck Seng

Timbalan Menteri II: YB Willie anak Mongin

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri

Timbalan Menteri: YB Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan

Menteri Perpaduan Negara

YB Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique

Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Tiong King Sing

Menteri Belia dan Sukan

YB Dato’ Sri Reezal Merican Bin Naina Merican

Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal (akan dilantik sebagai senator)

BACA:  Mufti Wilayah Gariskan Ibrah Yang Dapat Dipelajari Dari Kemenangan Liverpool