Kepulangan legenda Manchester United David De Gea ke dalam bola sepak bermula dengan permulaan yang mengerikan pada hari Khamis. Di mana dia hampir sahaja membuatkan pasukannya kalah.
Selepas 14 bulan tidak beraksi, bekas penjaga gol Manchester United itu menandatangani kontrak dengan kelab Serie A, Fiorentina. Bagaimanapun, penampilan sulungnya untuk Fiorentina itu adalah aksi kepulangan yang mahu dilupakan.
Fiorentina secara mengejutkan seri 3-3 pada perlawanan pertama play-off Liga Persidangan mereka di tempat sendiri menentang pasukan Hungary Puskás Akadémia dengan penjaga gol Sepanyol itu berkawal di gawang mereka.
Ia hanya mengambil masa 12 minit untuk pasukan dari kampung yang hanya mempunyai 2,000 orang penyokong yang hadir itu untuk mendahului 2-0 ke atas gergasi Serie A itu.
Zsolt Nagy menjaringkan gol dari sepakan penalti sebelum Mikael Soisalo meledak gol kedua melepasi penjaga gol itu.
Namun selepas itu Fiorentina berjaya menyamakan kedudukan dengan membalas 2 gol. Dan mereka beraksi dengan lebih baik dan dominan.
Fiorentina menyangka mereka mengubah keadaan dengan beberapa minit sebelum tamat apabila gol pertama Moise Kean dalam lebih setahun mengubah permainan menjadi garisan skor 3-2.
Itu sehingga tandukan Wojciech Golla menewaskan De Gea yang tidak berdaya menyelamatkan gol tersebut. Ianya permulaan teruk untuk hidup dalam warna ungu selepas 446 hari keluar.
Peminat Fiorentina menzahirkan rasa risau dan bimbang dengan prestasi De Gea. Menurut mereka, De Gea jelas sekali bukan penjaga gol seperti mereka harapkan.
Namun ramai lagi yang masih percaya dengan kualiti De Gea. Salah seorang peminat Fiorentina dengan profile Manchester United berkata: “Saya yakin Dave akan bangkit selepas ini. Biasalah tu, lama dah tak main. Kekal sokong De Gea.”
Yang lain berkata: “De Gea masih lagi penjaga gol terbaik. Jangan risau.”