Salah seorang pemain pertahanan dari saingan Ghana Premier League telah mencetuskan kontroversi selepas menjaringkan dua gol sendiri yang boleh dianggap paling aneh dalam sejarah dunia bola sepak.
Beliau dengan sengaja menjaringkan dua gol tersebut dalam usahanya untuk merosakkan pertaruhan yang dilakukan oleh skuadnya dalam perlawanan tersebut.
Pemain centre-back Inter Allies, Hashmin Musah mencuri perhatian pihak media pada hujung minggu ini selepas menyumbat dua gol sendiri dengan sengaja, dalam keadaan beliau masih waras.
You guys are worried about Hashmin Musah's own goals of Inter Allies? This was AshantiGold's fourth goal
Frakadam league. pic.twitter.com/FvV5jXR62h
— Kofi Apply (@Kofi_Akwaboah) July 19, 2021
Iya, gol sendiri dengan sengaja kerana beliau sememangnya berniat untuk menyumbat bola tersebut ke gawang golnya sendiri dan beliau melakukan hal tersebut sebanyak dua kali dalam perlawanan ini.
Allies awalnya ketinggalan 5-0 ketika beraksi bertemu Ashanti Gold, dan Musah yang dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 12 minit sebelum tamat, telah menjaringkan dua gol sendiri untuk mengubah kedudukan menjadi 7-0.
Inter Allies player Hashmin Musah explains what led to the 'strange' own goals in their 0:7 loss to Ashgold. 👇#3Sports pic.twitter.com/9mlMLqrSUb
— #3Sports (@3SportsGh) July 19, 2021
Kelajuan, kekuatan, ketepatan, vision, semangat dan tumpuan yang diberikan untuk menghasilkan dua gol tersebut jelas bukanlah satu hal yang tidak disengajakan.
Video di bawah merupakan aksi bagaimana Musah menjaringkan dua gol tersebut dan ia dianggap sebagai gol sendiri paling teruk, kelakar dan aneh dalam sejarah dunia bola sepak.
The craziest own goals ever in the history of football.
Ashgold 7 vs 0 Inter Allies. Ghana Premier League smh. pic.twitter.com/bM2LSc7fC9
— Saddick Adams (@SaddickAdams) July 19, 2021
Selepas tamat perlawanan tersebut, Musah langsung tidak berselindung tentang alasan mengapa beliau boleh menjaringkan gol sendiri seperti itu.
Beliau dengan terbuka mendedahkan kepada pihak media tentang mengapa dirinya memutuskan untuk menyumbat dua gol aneh itu ketika beraksi bertemu Ashanti Gold.
“Selepas perlawanan, pihak teknikal pasukan saya marah saya kerana saya telah merosakkan pertaruhan yang mereka buat.”
Jelas Musah kepada Kumasi Menurut Goal.
“Saya sudah berjanji dengan jurulatih saya yang saya akan merosakkan bet tersebut seandainya dia membenarkan saya untuk masuk beraksi sebagai pemain gantian. Dan selepas tamat perlawanan, mereka semua ucapkan tahniah kepada saya.”
"I heard it in camp that our match against Ashgold is a fix match and the scoreline is 5-1 so i decided to spoil the bet.
I took it upon myself to fight against match fixing in the game"
Hashmin Musah pic.twitter.com/GUJOumbX3I
— Shaban Mohammed (@ShabanMo9) July 19, 2021
“Saya sudah dengar tentang itu ketika di hotel yang mereka sudah membuat pertaruhan untuk meneka jaringan tepat dengan bertaruh pasukan kami, Inter Allies akan tewas 5-1.”
“Saya memutuskan untuk menjahanamkan pertaruhan itu kerana saya tak mahu unsur pertaruhan ini berlaku lagi.”
Pemain berusia 24 tahun itu telah dikeluarkan selepas beliau melakukan hal tersebut walaupun beliau sebenarnya baru sahaja dimasukkan sebagai pemain gantian.
Inter Allies mengakhiri saingan musim ini dengan sangat teruk dengan mereka berada di kedudukan terakhir dalam carta liga dan akan berdepan dengan penyingkiran.
A defender in Ghana's Premier League scored two own goals to foil a match-fixing plot 🇬🇭
Hashmin Musah told Kumasi FM: “I promised my coach that if he allowed me to come off the bench, I would spoil the bet.
"My technical team commended me for spoiling the bet they had staked." pic.twitter.com/IqGLXzMy0c
— Goal (@goal) July 19, 2021
Keputusan dan tindakan yang dilakukan oleh Musah jelas telah mengundang masalah dan kecaman yang teruk ke atas Ashanti Gold, namun pasukan lawannya itu menolak sepenuhnya yang mereka terlibat dalam situasi tersebut.
Mereka telah mengeluarkan kenyataan selepas tamat perlawanan tersebut dengan menyatakan:
“Kami sedar dengan kemunculan video yang tersebar berhubung aksi perlawanan pasukan kami bertemu Inter Allies dan kami sekeras-kerasnya mahu menjelaskan yang kami tidak terlibat dalam apa-apa salah laku tentang hal tersebut.”
🚨
Hashmin Musah's own goal on oneside
🇬🇭Now this is the fourth goal scored by Ashanti Gold SC
Oh Jesus Christ😭 pic.twitter.com/V137s6xXD7
— Yaw Ampofo Jr (@Yaw_Ampofo_) July 19, 2021
“Ashanti Gold bermain secara kompetetif sepanjang perlawanan tersebut, dengan para pemain kami berjaya menjaringkan lima gol yang hebat hasil kerja keras dan semangat sepasukan pada minit ke-15, 26, 42, 49 dan 77 permainan.”
“Kami langsung tak tahu mengapa pemain pasukan lawan menjaringkan dua gol sendiri selepas kami mendahului dengan lima gol ketika perlawanan berbaki 13 minit lagi sebelum ditamatkan.”
🚨
Hashmin Musah's own goal on oneside
🇬🇭Now this is the fourth goal scored by Ashanti Gold SC
Oh Jesus Christ😭 pic.twitter.com/V137s6xXD7
— Yaw Ampofo Jr (@Yaw_Ampofo_) July 19, 2021
“Kami bersungguh-sungguh sepanjang perlawanan, kami bermain berhabis-habisan untuk menunjukkan kemampuan kami dan kami bukan bermain untuk mana-mana pihak yang mengatur perlawanan itu seperti yang digembar-gemburkan pada ketika ini.”
“Oleh itu, kami sekeras-kerasnya menafikan dan menolak yang kami terlibat dalam hal berkait mengatur perlawanan dan bersekongkol dengan mana-mana individu atau organisasi yang terlibat dengan salah laku menetapkan perlawanan itu, dan kami juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas salah laku pihak tersebut ke atas pasukan kami.”
“Atas dasar semangat kesukanan dan kecintaan terhadap sukan terhebat ini, kami selalu percaya dalam hal melibatkan fair play dan akan terus melakukan yang terbaik untuk sukan ini.”
Introducing Hashmin Musah(Player for Inter Allies).
47' – Subbed on against AshantiGold
78' – Scores own goal
82' – Scores a second own goal
83' – Subbed offMission Accomplished.#SportsCenter pic.twitter.com/z2XYSIUiA6
— Obed Acheampong (@SirObed1) July 19, 2021
Walaupun wakil dari Ashanti Gold menafikan mereka terlibat, namun gol keempat yang mereka jaringkan dalam perlawanan ini turut menimbulkan kecurigaan di kalangan peminat.
Lihat saja seperti dalam video di atas, ia jelas menunjukkan situasi yang dirancang untuk memudahkan mereka menjaringkan gol tersebut.
Pihak persatuan bola sepak Ghana telah memutuskan yang mereka akan menyiasat hal tersebut dan akan mengambil tindakan tegas terhadap semua pihak yang terlibat.
Apa yang pasti, tindakan Hashmin Musah seharusnya dipuji, walau beliau menjaringkan gol sendiri yang agak dungu, namun niat beliau melakukan hal tersebut adalah untuk kebaikan dalam dunia bola sepak.
I WAS CONGRATULATED BY MY BOSSES FOR SCORING THE TWO OWN GOALS
INTER ALLAIS DEFENDRR HASHMIN MUSAH REVEALS
Speaking exclusively on Kumasi Fm, Internatinal Allies defender Hashmin Musah revealed that he scored the two on goals to "spoil the bet" – Hashim Musah
Credit: Kumasi FM pic.twitter.com/jxH0vYnJfK— Gabriel Obu (@GabrielObu1) July 19, 2021
Nama beliau akan terus diingati oleh para peminat kerana menjaringkan dua gol sendiri yang aneh dan dungu itu, serta beliau juga akan dikenang sebagai wira yang sanggup berkorban demi menjaga martabat sukan bola sepak.
Sumber: SB