Khabib Beri Pesanan Kepada McGregor Bagaimana Untuk Menewaskan Poirier

Legenda MMA, Khabib Nurmagomedov yang sebelum ini meramalkan Conor McGregor akan menewaskan Dustin Poirier di acara UFC 264 telah mengubah ramalannya di saat-saat akhir.

Poirier yang ketika ini berusia 32 tahun berjaya mengejutkan ramai pihak selepas kejayaannya menewas McGregor di pusingan kedua pertembungan antara mereka di acara UFC 257 pada Januari lalu.

Ketika pertemuan pertama mereka di acara UFC 178 pada tahun 2014 yang lalu, McGregor berjaya menewaskan Poirier dalam pusingan pertama pertarungan antara mereka.

Kedua-dua mereka akan sekali lagi dipertemukan di acara UFC 257 yang akan dilangsungkan pada bulan ini, dengan petarung dari Ireland yang kini berusia 32 tahun itu bertekad untuk membalas dendam terhadap kekalahannya pada Januari lalu.

UFC telah mengatur pertarungan ketiga antara McGregor bertemu Poirier pada 10 Julai nanti, dengan pertarungan itu akan dilangsungkan di T-Mobile Arena di Las Vegas.

Khabib yang pernah menewaskan kedua-dua McGregor dan Poirier sebelum ini meramalkan seteru terhangatnya dari Ireland itu yang akan memenangi pertarungan pada 10 Julai nanti.

Beliau juga meramalkan yang McGregor akan menewaskan Dustin Poirier di pusingan kedua pertembungan antara mereka.

Walau bagaimanapun, petarung dari Degestan yang ketika ini berusia 32 tahun itu mengubah ramalannya dengan menganggap Poirier yang akan memenangi pertarungan di acara UFC 264 nanti.

Beliau bahkan yakin Poirier akan mampu untuk menumbangkan McGregor dan menghabiskan perlawanan tersebut seandainya petarung Amerika itu mampu membawa lawannya bertarung lebih dari satu pusingan.

Ketika ditanya tentang ramalan beliau tentang perlawanan tersebut, Khabib dengan yakin mendedahkan:

“Hanya dua pusingan, Conor.”

“Pusingan awal Conor. Tapi, pusingan ketiga, keempat, saya rasa Dustin boleh kalahkan lelaki ini.”

Terbaru, Khabib dengan tiba-tiba mengubah ramalannya dan memberi amaran kepada McGregor supaya beliau harus mengulangi aksi yang dipamerkan olehnya di acara UFC 178 untuk menang menewaskan Poirier.

The Eagle mendakwa McGregor boleh menewaskan Poirier di pusingan pertama, tapi ia tidak akan berlaku andai perlawanan itu berlanjutan lebih dari satu pusingan.

“Jika pusingan pertama dia boleh habiskan perlawanan itu, saya sokong Conor.”

Jelas Khabib kepada RT.

“Tapi kalau perlawanan masuk ke pusingan kedua atau lebih, saya yakin Dustin akan menang.”

Legenda UFC, Georges St-Pierre pula membuat ramalan yang bertentangan dengan beliau yakin McGregor mampu bangkit dan akan berjaya menewaskan the Diamond itu.

Petarung dari Canada yang kini berusia 40 tahun itu meramalkan McGregor akan menang di pusingan kedua dengan menumbangkan Poirier.

Beliau dengan yakinnya menegaskan yang The Notorious sentiasa melakukan yang terbaik ketika bertarung dalam perlawanan rematches seperti ini.

Bercakap kepada Firas Zahabi di saluran Youtube Tristar Gym, GSP menjelaskan bahawa:

“Saya rasa McGregor sangat bagus ketika rematches, dan saya rasa dia akan memenangi perlawanan ini.”

“Saya rasa dia berkemungkinan akan menang di pusingan kedua, menang dengan keputusan knockout.”

Khabib sebelum ini beliau pernah mendedahkan tentang lawan paling sukar yang pernah dihadapinya, dan dalam temu bual sama, beliau telah berkogsi cerita tentang aksi perlawanan terakhirnya bertemu Justin Gaethje.

Beliau turut menjelaskan tentang apa yang ada di fikirannya setiap kali bertarung di atas gelanggang.

“Saya boleh katakan dua orang ini, Justin Gaethje dan Michael Johnson.”

Jelas Khabib kepada RT Sport.

“Ketika saya mengunci tangan Johnson, dan saya lakukan Kimura… Saya sebenarnya boleh mematahkan tangan dia. Saya lebih berhati-hati menggunakan teknik itu, kerana jika kamu patahkan tangan seseorang dengan cara seperti itu, dia tak akan kembali baik seperti biasa lagi.”

“Jadi saya sangat berhati-hati, pulas tangan dia dengan berhati-hati dan saya mintak dia untuk mengalah saja.”

“Seperti dengan Justin… Mula-mula saya cari tangan dia dulu.”

“Dan selepas itu saya tukar kepada triangle choke… Saya sedar, dia tak akan menyerah dan saya tak mahu patahkan tangan dia, jadi sebab itu saya pilih triangle choke.”

“Ibu bapa dia ada situ jadi penonton, ayah dia, ibu dia… Ada di barisan paling hadapan.”

“Rakaman tak akan tunjukkan itu, tapi ketika saya masuk ke gelanggang, saya boleh nampak mereka duduk di situ dan mereka juga pandang saya.”

“Jadi kedua-dua mereka memang saya tak sanggup untuk cederakan mereka terlalu teruk.”

Khabib cemerlang menewaskan Gaethje dalam perlawanan untuk mempertahankan sabuk kejuaraan Lightweight dunia UFC miliknya dan berjaya mengekalkan rekod bersih 29 kemenangan tanpa kalah.

Sebaik tamat perlawanan, Khabib dilihat bersujud syukur atas kemenangannya dalam perlawanan tersebut dan beliau turut mendedikasikan kemenangan itu untuk arwah ayahnya yang baru sahaja meninggal dunia beberapa bulan sebelum itu.

Khabib jelas tidak mampu menahan kesedihan kerana itu adalah perlawanan pertamanya tanpa kelibat ayahnya di sisi.

Khabib Nurmagomedov turut mengumumkan kepada semua bahawa perlawanan tersebut merupakan perlawanan terakhir untuknya dengan menyatakan:

“Alhamdulillah tuhan memberikan saya segalanya. Terima kasih kepada mereka ini, mereka ini telah bersama saya dan ayah saya selama lebih 20 tahun. Terima kasih kepada semua team saya, pada hari ini saya mahu mengumumkan bahawa ini adalah pertarungan terakhir saya.”

“Dan tidak mungkin saya akan ke sini dengan tiada ayah saya, ianya merupakan pertama kali. Selepas apa yang berlaku ke atas ayah saya, dan ketika UFC menghubungi saya tentang Justin, saya bercakap dengan ibu saya pada hari itu, adakah saya patut berlawan tanpa ayah saya.”

“Saya juga berjanji kepada ibu saya bahawa ini adalah perlawanan terakhir saya, dan bila saya sudah melafazkannya saya harus penuhinya.”

Khabib juga turut mengucapkan terima kasih kepada Justin dan memberi kata-kata semangat kepada lawannya itu.

“Terima kasih Justin, saya masih ingat pada tahun 2016 kamu banyak membantu saya. Saya tahu kamu orang yang hebat, saya tahu macam mana kau layan orang sekeliling kamu, saya tahu banyak perkara tentang kamu.”

“Rapatlah dengan kedua orang tua kamu, kerana satu hari pasti akan berlaku sesuatu, kita tidak akan tahu apa akan berlaku esok, kita tidak akan tahu, terima kasih semua.”

Sumber: Sporf

SB

BACA:  Khabib Tak Anggap Dirinya G.O.A.T Namun Mengakui Beliau Sama Tahap Dengan Enam Legenda UFC Ini