‘Koyak’ Dengan Soalan Wartawan, Simeone Segera Bangun Dan Tinggalkan Sesi Sidang Media

Diego Simeone meluat dengan soalan berkait Manchester City dan Champions League ketika sesi sidang media dengan beliau akhirnya memutuskan untuk bangun dan berlalu pergi.

Beliau terus bangun dan meninggalkan sesi sidang media itu kerana meluat dengan hal-hal berkait kelab dari saingan Premier League itu dan juga soalan tentang Champions League.

Ia jelas sekali bukan malam terbaik untuk Simeone selepas skuad kendaliannya, Atletico Madrid tersingkir di peringkat suku akhir saingan Champions League.

Skuadnya juga nampak sangat huru-hara terutama dari segi emosi di hujung-hujung minit permainan dalam perlawanan yang dilangsungkan di Wanda Metropolitano itu.

Felipe bahkan dilayangkan kad merah dan turut terlibat dengan insiden pergaduhan di dalam terowong selepas tamat perlawanan tersebut.

Simeone sememangnya terkenal dengan sikap aneh beliau di tepi padang, namun usaha beliau untuk ganggu mental pemain City sepertinya tidak membuahkan hasil.

Ketika pengurus Atletico Madrid itu sedang berduka, seorang wartawan tampil menambah garam pada luka dihatinya dengan bertanya soalan yang membuatkan beliau makin ‘koyak’.

Simeone bahkan turut segera bangun lalu meninggalkan sesi sidang media itu kerana beliau menyampah dengan soalan yang diterima.

Manchester City berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan aggregate 1-0 hasil jaringan yang diperolehi ketika aksi leg pertama di Etihad.

The Citizens akan turun beraksi bertemu Real Madrid yang cemerlang menyingkirkan Chelsea di peringkat separuh akhir.

Salah seorang wartawan telah tampil bertanya soalan yang menyakitkan hati Simeone, dengan beliau menyoal:

“Adakah keterlaluan untuk saya bertanya kepada kamu jika kamu boleh beri Real Madrid sedikit nasihat bagaimana untuk kalahkan City?”

Soal wartawan itu ketika sesi sidang media.

Sebelum beliau bangun dan meninggalkan ruang tersebut, pengurus berusia 51 tahun itu sempat menjawab:

“Tak, saya tak akan berani lakukan itu.”

Jawab beliau sebelum segera bangun dan meninggalkan sesi sidang media itu.

Walaupun Atletico Madrid yang teruk dikritik dan dihentam oleh pelbagai pihak, namun Koke percaya rakan sepasukannya sudah melakukan yang terbaik.

Koke bangga dengan persembahan Atletico

Ketua pasukan Atletico Madrid, Koke menegaskan yang beliau sebenarnya sangat berbangga dengan apa yang ditunjukkan oleh rakan sepasukannya ketika aksi bertemu Man City awal pagi tadi.

Koke turut mendedahkan yang beliau benar-benar teruja dengan semangat juang yang ditunjukkan oleh para pemain Atletico Madrid dalam perlawanan tersebut.

​Atletico Madrid tersingkir dari saingan Champions League selepas tewas 1-0 (secara aggregate) di tangan Manchester City di peringkat suku akhir.

​Skuad kendalian Diego Simeone itu mencatatkan kekalahan 1-0 ketika aksi di Etihad pada minggu lalu dan mereka sekadar mencatatkan keputusan seri ketika beraksi di Wanda Metropolitano hari ini.

Pasukan tuan rumah sebenarnya berpotensi untuk mengikat kedudukan namun mereka gagal untuk memanfaatkan kesempatan bermain di halaman sendiri.

Berbanding mencari gol, sepertinya kedua-dua pasukan lebih gembira mencari kad amaran dengan mereka kerap mencetuskan pergaduhan di atas padang.

Ketika pengadil perlawanan melayangkan kad merah kepada Felipe, para pemain kedua-dua pasukan kemudiannya terlibat dengan pergaduhan besar di tepi padang.

Stefan Savic merupakan antara pemain yang mencetuskan kekecohan itu dengan beliau ketika itu turut menarik rambut Jack Grealish dan menyebabkan suasana semakin tegang.

Selepas tamat perlawanan, situasi panas antara kedua-dua pasukan semakin memuncak dengan para pemain kedua-dua pasukan sambung bertumbuk di dalam terowong.

Pundit BT Sport, Rio Ferdinand dan Joleon Lescott mengkritik sikap yang ditunjukkan oleh para pemain Atletico, namun Koke pertahankan anak-anak buahnya.

Bercakap tentang keputusan Felipe dilayangkan kad merah, beliau menjelaskan:

“Saya tak tahu apa berlaku kerana saya ada di tempat duduk pemain simpanan dan insiden itu berlaku di sudut bertentangan. Situasi bola sepak.”

“Perlawanan itu buat kamu rasa macam nak gila, ketika kamu lihat kamu seolah-olah ada peluang dan mereka pula tiba-tiba merebahkan badan dan buang masa. Mereka kerap hentam kami kerana melakukan itu dan kita tengok lah apa orang fikir hari ini.”

Koke kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan:

“Hari ini semuanya jelas. Kami Atletico yang selalu kena kritik dan hari ini kami bangga dengan apa yang sudah kami lakukan.”

“Kami mahu berada di peringkat separuh akhir, kami kecewa tapi bangga dengan kejohanan kali ini dan kami tidak akan berhenti berharap. Sekarang kami mahu beri tumpuan kepada La Liga dan mahu melayakkan diri ke saingan Champions League musim hadapan.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Diego Simeone Ajar Cara Mengelak Dari Kekalahan Dalam Permainan Catur