Trippier Dedah Simeone Pernah Haramkan Pemain Atletico Sebut Dua Perkataan Ini

Kieran Trippier telah mendedahkan yang pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone telah mengharamkan para pemainnya dari menyebut perkataan ‘Selamat Pagi’ ketika mereka sedang memburu gelaran La Liga.

Trippier sempat menghabiskan masa selama dua musim setengah beraksi bersama gergasi Sepanyol itu, sebelum beliau melengkapkan perpindahan untuk kembali ke saingan Premier League pada jendela perpindahan Januari baru-baru ini.

Beliau juga merupakan antara pemain terpenting Atletico Madrid ketika kejayaan mereka menjuarai saingan La Liga pada musim lalu.

Diego Simeone ketika itu menggunakan taktik yang agak aneh dalam usahanya untuk memastikan anak-anak buahnya sentiasa dalam keadaan bersedia.

Bercakap kepada True Geordie di podcast miliknya, Kieran Trippier mendedahkan bahawa:

“Selepas Christmas, kami tak dibenarkan untuk mengucapkan selamat pagi. Itu lah apa yang pengurus katakan. Kami perlu sebut ‘Juara’ sejak dari Christmas.”

“Dia sediakan stall untuk para pemain ketika Christmas. Kami tak dibenarkan untuk ucap selamat pagi, dia macam, ‘Kita akan jadi Juara’, semua orang tak dibenarkan sebut. Staff, semua sekali.”

“Semua staff ketika Christmas akan datang untuk setiap perlawanan dengan memakai jersi Atletico Madrid.”

Atletico menjulang gelaran La Liga pada hari terakhir pada musim tersebut, selepas kejayaan mereka melakukan comeback untuk menewaskan Real Valladolid 2-1.

Kejayaan Kieran Trippier membantu Atletico Madrid menjulang gelaran La Liga jelas sekali merupakan kejayaan paling manis untuknya.

Ia merupakan kejuaraan pertama yang mampu beliau menangi, sejak tempoh tujuh tahun sebelum itu, dengan Trippier sepanjang musim tersebut berjaya mencatatkan enam assists dari 28 penampilan.

Trippier menyertai Atletico Madrid dari Tottenham Hotspur pada tahun 2019, dan ia merupakan urusan perpindahan yang telah mengejutkan pelbagai pihak.

Pemain kebangsaan England itu terkenal dengan memiliki kualiti menyerang yang menakjubkan, namun Diego Simeone pula merupakan pengurus yang lebih mementingkan pertahanan.

Walau bagaimanapun, Kieran Trippier mendedahkan yang beliau sebenarnya sangat terhibur dapat beraksi di pentas saingan La Liga, dan beliau turut mempunyai hubungan yang baik dengan jelas pengurusnya itu.

“Pengalaman saya di Sepanyol telah mengubah diri saya sepenuhnya, dan ia berpunca dari pengurus. Saya tak boleh gambarkan dengan kata-kata, dia sehebat itu.”

Sambung Trippier lagi.

“Dia sangat mental, dia betul-betul berbeza. Ketika kamu nampak dia di tepi padang, macam itulah dia ketika sesi latihan.”

Kieran Trippier kembali ke saingan Premier League untuk sertai Newcastle United pada jendela perpindahan Januari baru-baru ini.

Beliau berjaya memberikan impak yang cukup hebat di St James Park sebelum terpaksa direhatkan kerana dibelenggu masalah kecederaan ketika beraksi bertemu Aston Villa bulan lalu.

Ketika ditanya tentang masalah kecederaan yang sedang beliau hadapi, Kieran Trippier kemudiannya menjawab:

“Ia merupakan kecederaan metatarsal kelima saya, dan ada keretakan sedikit di sana jadi saya perlu jalani pembedahan, saya perlu pasang bolt di dalamnya.”

“Pakar bedah gembira, physios saya gembira yang mana ia menjadikan saya rasa lebih baik.”

“Jangka masa pulih berbeza, ada pemain kena rehat selama enam minggu, ada pemain berehat sehingga lapan minggu, 10 minggu, tapi ia bergantung kepada individu. Bagi saya sekarang, saya mahu menyokong pemain lain untuk terus mengutip mata.”

The Magpies meneruskan rentak kecemerlangan mereka dengan kini mereka sudah mengharungi lapan perlawanan tanpa mencatatkan sebarang kekalahan.

Mereka baru-baru ini berjaya menewaskan Brighton dengan keputusan 2-1 dan kemenangan tersebut berjaya membawa mereka ke kedudukan ke-14 dalam carta saingan liga.

Pengurus pasukan, Eddie Howe berjaya memadam kebimbangan kelab tentang kemungkinan untuk mereka tersingkir ke saingan Championship, dan kini beliau sedang berusaha untuk memastikan The Magpies mengakhiri saingan musim ini di kedudukan terbaik.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Taktikal 5-5-0 Simeone Cetus Perdebatan Hangat Peminat Di Media Sosial