Koyak Kalah, Nunez Bertumbuk Dengan Penyokong Colombia Dan ‘Miss’ Lagi

Colombia menewaskan Uruguay 1-0 malam Rabu di separuh akhir Copa America hasil tandukan Jefferson Lerma dari hantaran silang James Rodriguez.

Selepas tamat perlawanan, pergelutan berlaku di tempat duduk penyokong Uruguay dan Colombia. Penyerang Liverpool Darwin Nunez yang koyak dengan kekalahan telah bertumbuk dengan penyokong Colombia.

Pemain yang dikenali dengan kepakaran merembat bola ke arah tiang gol itu kini melebarkan kepakarannya kepada satu lagi bidang iaitu sukan tempur.

Rakaman video telah tular. Di mana Nunez bengang dengan penyokong Colombia yang membaling objek termasuk makanan, botol minuman dan sebagainya ke arah mereka ketika pertempuran melibatkan beberapa penyokong daripada kedua dua pasukan.

Nunez yang masih panas kerana kekalahan di atas padang telah naik ke tempat duduk penyokong untuk bertumbuk.

Lebih memalukan, bukan sahaja selalu miss dalam melakukan percubaan ke arah gol, ketika melepaskan tumbukan ke muka penyokong lawan pun Nunez gagal melakukannya dengan tepat.

Satu lagi rakaman yang lebih dekat menunjukkan Nunez pula yang ditunjal di kepala oleh penyokong Colombia. Walaupun dia dah cuba sedaya upaya membuat muka ganasnya. Itu tidak menggerunkan orang langsung. Kerana tetap nampak kelakar.

Pegawai keselamatan di stadium cuba sedaya upaya untuk menghentikan Nunez daripada terlibat dalam pergaduhan. Kerana ianya perkara yang tidak berfaedah dan tidak membawa manfaat kepada manusia sejagat terutama sekali rakyat Uruguay.

Kes ini akan disiasat oleh penganjur selepas ini. Dan Darwin Nunez berisiko untuk berdepan hukuman berat kerana terlibat dalam pergaduhan dengan penyokong lawan.

Ini kerana perbuatan provokatif dan menyerang penyokong adalah tindakan yang sama sekali dilarang dalam bola sepak.

Pemain penyerang Liverpool itu merupakan antara pemain yang dibeli mahal oleh Liverpool. Namun setakat ini masih belum memuaskan hati peminat mereka.

Berbalik kepada cerita Copa America, Colombia akan menentang Argentina pada perlawanan akhir. Sementara Uruguay akan menentang Kanada dalam aksi perebutan tempat ketiga. Tak taulah apa relevannya perebutan tempat ketiga ini?

Argentina yang merupakan juara bertahan Copa America dianggap pasukan pilihan untuk memenangi pertandingan ini sekali lagi. Dan kapten Lionel Messi berpeluang menambah satu lagi koleksi piala antarabangsa dalam sejarah kariernya.

Sebelum ini Messi sudah memenangi Copa America dan Piala Dunia 2022 bersama sama dengan Argentina.

BACA:  Tenang, Kami Perlu Bersabar Dengan Darwin Nunez