Legenda Manchester United, Eric Cantona telah mendedahkan yang beliau sama sekali tidak akan menonton aksi Piala Dunia di Qatar pada musim sejuk nanti, kerana tidak mahu meraikan kematian ramai pekerja buruh yang membina stadium di sana.
Saingan Piala Dunia Qatar telah dikritik oleh ramai pihak sejak dari awal nama mereka disebutkan sebagai tuan rumah pada tahun 2010 yang lalu lagi.
Sebaik penganjur mengubah jadual perlawanan dari musim panas ke musim sejuk, semakin ramai pihak yang tampil membantai penganjuran Piala Dunia Qatar.
Eric Cantona has said he won’t be watching the Qatar World Cup 🗣 pic.twitter.com/syHAzw7gAK
— ESPN FC (@ESPNFC) January 12, 2022
Pihak penganjur memutuskan untuk tidak mahu menganjurkan edisi kali ini pada musim panas kerana bimbang dengan cuaca panas melampau di negara mereka.
Antara isu paling hangat dibangkitkan oleh kebanyakan pihak adalah tentang bagaimana mereka melayan pekerja asing yang bekerja sebagai buruh binaan.
Terdapat laporan yang menyatakan bahawa 6500 pekerja asing telah terkorban sepanjang proses pembinaan stadium yang akan digunakan untuk Piala Dunia nanti.
Cantona kini tampil membantai penganjuran Piala Dunia di negara Timur Tengah itu dengan menyatakan yang beliau tidak akan menonton semua perlawanan di kejohanan kali ini.
“Sejujurnya, saya tak begitu peduli dengan Piala Dunia selepas ini, yang mana ia bukanlah Piala Dunia sebenar bagi saya.”
Eric Cantona on the 2022 World Cup: 🇶🇦 pic.twitter.com/m1tdsrCe6S
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) January 12, 2022
Jelas legenda dari Perancis itu kepada The Daily Mail.
“Sejak sedekad lalu, kamu dah tengok banyak acara seperti Olimpik atau Piala dunia di negara seperti Rusia atau China.”
“Tapi Qatar, ia bukan negara bola sepak. Saya bukan menentang cadangan untuk menganjurkan Piala dunia di negara di mana tidak ada kebarangkalian untuk ada perkembangan atau kemampuan mempromosikan bola sepak, seperti Afrika Selatan atau United States pada era 90 an.”
“Bola sepak merupakan sukan paling feminine di United States, dan juga ramai immigrants dari Amerika Selatan yang ada potensi besar dalam dunia sukan ini untuk terus berkembang.”
“Bahkan, sekarang di United States, sukan yang paling terjamin adalah bola sepak. Tapi di Qatar, kebenaran dia adalah mereka tidak ada semua potensi ini. Mereka tiada apa-apa. Saya rasa semuanya hanya kerana duit saja.”
Eric Cantona delivers crippling verdict on Qatar World Cup – Daily Mail https://t.co/FD0PP0NfXF #EricCantonadeliverscripplingverdictQatarWorldCup pic.twitter.com/C2DA6TQ94U
— SPORTARUCE™ (@sportaruce) January 12, 2022
“Ia hanya tentang duit dan cara bagaimana mereka melayan orang yang membina stadium, ia sangat teruk. Dan ribuan orang telah meninggal dunia. Dan tidak lama lagi kita akan raikan Piala Dunia.”
“Secara peribadi, saya tidak akan tonton. Saya faham bola sepak adalah perniagaan. Tapi saya fikir ia hanyalah satu-satunya tempat di mana semua orang akan ada peluang.”
Dalam kan bahasa dia?
King Cantona sebelum ini turut pernah mencetuskan sensasi internet selepas beliau mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa dirinya merupakan pengurus baru United selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat.
Eric Cantona shares his views on Qatar 2022 🗣️
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) January 12, 2022
Cantona umum diri sendiri sebagai pengurus baru Man United
Pemain legenda Manchester United, King Eric Cantona telah membuat pengumuman mengejutkan apabila mengumumkan bahawa dirinya adalah pengurus baru Manchester United.
Pengumum ekslusif ini telah dilakukan melalui akaun Instagram rasmi King Eric yang terkenal dengan kisah tendangan kung fu beliau ke arah penonton.
Dalam video di Instagramnya, King Eric telah berkata:
“Hai kawan-kawan. Aku ingin memberitahu anda secara ekslusif bahawa aku adalah pengurus baru Manchester United.”
“Aku akan memberitahu kemudian nama staf aku yang hebat. Jumpa korang dalam masa terdekat.”
Eric Cantona has just ‘announced’ himself as the new #MUFC boss… 🧐 pic.twitter.com/ZO0gbvNWpP
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) November 25, 2021
Walaupun nampak sangat serius ketika membuat pengumuman dalam video, rasanya sukar untuk penyokong Setan Merah mempercayainya.
Selepas bersara Eric Cantona lebih berminat untuk mengembangkan lagi kariernya sebagai pelakon dalam dunia perfileman Perancis dan banyak filem dibintangi King Eric sejak tahun 1995.
Hampir setiap tahun King Eric mendapat kerja lakonan untuk filem bukan drama serta terlibat dalam beberapa dokumentari yang kebanyakkannya menjadi dirinya sendiri.
Eric Cantona has begun shooting scenes for his upcoming movie 'Anka The Brazilian' in Croatia pic.twitter.com/nMBMpwfnuZ
— Man Utd Malaysia (@MUFC_Malaysia) June 8, 2015
Eric Cantona menyertai skuad Alex Ferguson pada tahun 1992 dari Leeds United dan telah memenangi 4 kejuaraan liga dalam 5 musim.
Sebelum menyertai Manchester United, Cantona pernah memenangi liga Divisyen 1 pada musim 1991-92, dan kemudiannya menjaringkan 70 gol dalam 156 perlawanan liga sebelum bersara pada tahun 1997.
Piala Dunia musim sejuk bermaksud semua pertandingan domestik di Eropah akan terpaksa dihentikan selama beberapa minggu.
Para pemain jelas sekali tidak akan mendapat rehat yang cukup kerana mereka bakal berdepan dengan jadual yang sangat padat.
Eric Cantona:
'I will NOT watch the Qatar World Cup. Thousands of workers have died building the stadiums… The decision to let them host is all about money and there will be no lasting legacy.'
(Daily Mail) pic.twitter.com/JzNnxzHmSI
— Footy Accumulators (@FootyAccums) January 12, 2022
Aksi terakhir dalam saingan Premier League akan dilangsungkan pada 13 November, dengan Piala Dunia akan mula dilangsungkan lapan hari selepas itu iaitu pada 21 Disember.
Aksi perlawanan akhir Piala Dunia akan dilangsungkan pada 18 Disember, dan sekali lagi, mereka hanya akan ada satu minggu sahaja untuk kembali beraksi dalam saingan domestik selepas itu.
Sumber: SPORTbible