Legenda Manchester United Dedah Cara Untuk Hentikan Haaland

Pemain bola sepak legenda Manchester United, Jaap Stam telah mendedahkan cara bagaimana dia akan bertahan bagi menghentikan Erling Braut Haaland yang ketika seperti tidak dapat dibendung lagi.

Erling Braut Haaland mula menggegar bola sepak Eropah ketika bersama Red Bull Salzburg dan telah menarik minat kelab gergasi Eropah lantaran ketajamannya.

Pemain antarabangsa Norway itu kemudiannya memilih Borussia Dortmund yang terkenal dalam mengembangkan potensi bakat muda ke kemuncak sebelum ke Kota Manchester untuk bersama Manchester City.

Perlawanan Community Shield menyaksikan Haaland gagal mempamerkan sentuhannya malahan gagal untuk menjaringkan peluang terbuka, bunga-bunga kritikan dan kutukan mula berkembang.

Namun Haaland pantas menutup mulut pengkritik usai musim baru membuka tirai apabila telah menjaringkan 11 gol di Premier League termasuk dua hatrik hanya selepas 7 perlawanan liga sahaja.

Haaland juga telah menjaringkan tiga gol dalam dua perlawanan Champions League dan menjadikan Manchester City pasukan yang tidak tewas lagi setakat musim ini.

Apabila Premier League kembali bersambung selepas cuti rehat perlawanan antarabangsa, Haaland buat pertama kalinya akan beraksi di Manchester Derby bertemu musuh dan juga jiran setempat Manchester United.

Haaland akan menguji kekentalan gandingan Raphael Varane dan Lisandro Martinez yang melalu empat perlawanan Premier League tanpa tewas setakat ini.

Bekas pemain pertahanan Manchester United dan juga antara pertahanan terbaik dunia di zamannya, Jaap Stam telah mendedahkan dan berbicara apa yang akan dilakukannya jika dia masih beraksi.

Jaap Stam telah menjelaskan:

“Kau perlu menjadi sangat agrsif apabila pemain lawan mempunyai bola dan kau perlu pergi dan bermain di kawasan City. Kau perlu pastikan ada seorang pemain yang sentiasa mengekori dan mengawal ketat Haaland.”

“Kau juga perlu membuatkan Haaland tidak dapat terlibat dalam permainan terutamanya apabila kau hilang bola, kau tidak boleh benarkan Haaland memegang bola.”

“Kerjasama amat diperlukan, kalau tidak kau cuba dan mengambil risiko melawan Haaland dalam situasi 1 vs 1 dengan banyak ruang kosong dibelakang dibelakang maka berkicaplah kau.”

“Sembilan daripada sepuluh kali kau akan kena makan, ini akan menjadi satu situasi yang sangat sukar. Jadi kau perlu sangat agresif ketika menentang Haaland.”

Kelebihan nyata Erling Haaland adalah dia mampu untuk berada ditempat yang betul dalam masa yang tepat walaupun sangat jarang menyentuh bola dalam perlawanan.

Haaland merupakan senjata yang tidak dimiliki oleh Manchester City musim lalu dan penjaring terbanyak mereka musim lepas adalah Kevin De Bryune yang menjaringkan 15 gol.

Pemain Norway itu kini tiada masalah untuk meleburkan jumlah jaringan De Bruyne itu dalam tempoh terdekat.

Jaap Stam juga percaya kebanyakkan pasukan Premier League kini sedang merencanakan corak permainan baru untuk menentang Haaland.

“Pasukan kini mula menukar cara pertahanan apabila menentang Haaland disebabkan ancaman daripadanya. Orang mula mencadangkan supaya meletakkan seorang pemain tengah di depan Haaland untuk membeli masa.”

“Tapi kau perlu membuat pilihan sebagai lawan untuk bertahan menentang Haaland.”

“Secara peribadi, kadangkala apabila kau bermain tinggi ke kawasan atas, bila kau perlu bertindak secara agresif seorang pemain lagi diperlukan untuk cover kau.”

Bermain secara agresif ketika menentang Haaland adalah berisiko besar kerana Haaland mampu untuk lolos dan kerana itulah perlu seorang lagi pemain untuk cover situasi itu.

Antara cadangan lain yang perlu dilakukan untuk menghentikan Haaland adalah dengan mengawal ketat rakan sepasukannya yang menjadi sumber kepada hantaran kepada Haaland.

Tetapi Manchester City adalah pasukan yang sangat licik di mana hampir semua pemain mereka mampu untuk menjaringkan gol.

Haaland dijangkan mampu meledak sehingga ke akhir musim dan mempunyai masa yang cukup untuk berehat ketika ramai pemain handalan lain ke Piala Dunia dan perlu mengharungi jadual yang padat selepas kembali.

Norway tidak layak ke Piala Dunia dan Haaland akan terus berada di komplek latihan City dalam tempoh itu.

Jika Haaland mampu untuk meneruskan kadar jaringan seperti ini hingga tamat musim, secara matematiknya Haaland boleh menjaringkan 63 gol bagi musim 2022/23.

Rumusan cara menyekat Haaland:

1. Perlukan dua pemain

2. Seorang menjaga ketat Haaland, seorang bersedia untuk cover.

3. Pemain yang mengawal Haaland perlu bermain dengan sangat agresif.

4. Jangan biarkan bola sampai kepada Haaland.

5. Hindari dan jangan sesekali wujudkan situasi 1 vs 1 dengan halang.

BACA:  Man City Sudah Hampir Pasti Tandatangani Haaland Pada Musim Panas Nanti