Lim Teong Kim Dipercayai Koyak Dan Suruh Wartawan Cari Sendiri Kekurangan Perak

Perak dimalukan JDT dalam aksi Liga Super yang berlangsung semalam. Di mana juara bertahan JDT tidak bagi muka langsung apabila membelasah Perak 5-0.

Kekalahan di tempat sendiri itu ternyata sukar diterima Lim Teong Kim. Sehinggakan peminat menganggap jurulatih Perak itu bertindak biadap ketika berhadapan dengan wartawan.

Lim Teong Kim sebenarnya terlibat dalam insiden lebih awal.

Ketika JDT sedang mendahului 4-0, terdapat insiden di mana Lim Teong Kim telah membaling bola dengan daya yang agak kuat kepada Arif Aiman. Membuatkan pemain kebangsaan yang baru sahaja pulih dari kecederaan beberapa hari lalu itu bengang.

Insiden yang berlaku pada minit ke-74 itu benar benar membuatkan peminat terkejut dengan tindakan guru Thomas Muller itu.

Tindakan tiada semangat kesukanan Lim Teong Kim itu membuatkan dia menerima kad kuning daripada pengadil perlawanan.

Dan selepas tamat perlawanan, Lim Teong Kim dianggap tidak matang mengendalikan soalan media yang diajukan oleh badan penyiar rasmi Liga Super Malaysia.

Wartawan bertanya beberapa soalan kepada Lim Teong Kim dengan beberapa soalan dilangkau oleh pengendali Perak itu dengan menunjukkan isyarat dia tak dengar soalan tersebut.

Kemudian tiba kepada soalan, bagaiman dia boleh merumuskan persembahan pasukan Perak, barulah Lim Teong Kim menjawab:

“Saya sudah kata bukan bahawa JDT sebuah pasukan yang kuat.”

Kemudian wartawan berkata: “Jadi coach, selepas 7 perlawanan liga yang pertama, apa yang coach lihat kekurangan pada pasukan Perak ketika ini coach?”

Lim Teong Kim dengan wajah selambernya berkata: “Kekurangan?”

“You nampak game bukan?”

“You fikir sendirilah apa kekurangan kami.”

“Bukan you tak lihat game.”

“Siapa yang lihat dia taulah.”

Netizen rata rata merasakan bahawa Lim Teong Kim gagal mengendalikan emosinya sekali lagi di hadapan media.

Malah ada yang menganggap Lim Teong Kim tidak menjawab soalan sebaiknya selau seorang jurulatih.

Sebelum ini dia pernah menjawab wartawan bahawa dia mahu membawa masuk bomoh dari Indonesia untuk mnembantu Perak di barisan serangan.

Aisyah menasihati LTK agar beradab sikit, kerana kesian dengan wartawan tersebut bertanya banyak kali tetapi dilayan dengan muka seperti itu kata Aisyah.

Fitree kemudian mengingatkan bahawa pasukan lain pun kalah juga dengan JDT, namun jurulatih mereka menjawab soalan dengan lebih baik.

Ada juga yang memberikan kredit kepada wartawan kerana kekal tenang berdepan dengan sikap Lim Teong Kim yang ternyata tidak mesra media pada masa itu.

Hyqal kemudian berkata: “Ni ke jawapan dari coach ex bayern munchen(youth)? Hahaha. sehari dua lagi confirm kena pecat. Sebelum ni melenting dengn fan. ni plak melenting dengan press. memang gali kubur sendiri la ni.

Hyqal mungkin merujuk kepada insiden di mana Lim Teong Kim telah berkofrontasi dengan penyokong Perak selepas dikalahkan pasukan Pahang sebelum ini.

Di mana pengendali Perak itu terpaksa ditenangkan oleh salah seorang pegawai pasukan Perak.

JDT terus unggul membuktikan bahawa mereka ibarat Bayern Munich di Bundesliga cawangan Malaysia.

Dengan prestasi semasa JDT, sangat sukar untuk melihat mana mana pasukan yang akan mencabar pasukan dari Selatan tanah air itu.

Dengan kemasukkan semula Bergson ke dalam pasukan, menguatkan lagi sengat JDT di bahagian serangan.

Bagi pasukan Perak pula, pastinya ia tugas berat buat Lim Teong Kim yang melalui kempen dengan rata rata pemain muda kerana budget terhad pasukan tersebut.

BACA:  VIDEO: Panas! Perlawanan Perak VS Selangor Dicemari Pertempuran Antara Penyokong