Lingard Terkejut Dengan Ritual Pelik Bruno Fernandes Sehari Sebelum Perlawanan

Bruno Fernandes telah membuka rahsia ritual atau tradisi yang beliau amalkan sehari sebelum perlawanan nyata telah membuatkan pemain bermuka bayi, Jesse Lingard yang juga rakan sepasukannya.

Pemain perancang dan harapan Manchester United itu telah mendedahkan bahawa beliau kan meminum Cappucino pada jam 11 atau 11:30 sehari sebelum perlawanan, jika tak minum beliau tidak akan mampu melelapkan mata.

Rutin yang sangat pelik daripada Bruno Fernandes untuk membolehkan beliau tidak adalah dengan mengam kafein yang biasanya akan menyebabkan manusia biasa tidak boleh tidur.

Tetapi kesan kafein kepada Bruno Fernandes menjadi terbalik kuang pulak.

Bruno Fernandes mendedahkan rahsia pelik beliau itu dalam satu video untuk saluran Youtube KFC UK and Ireland yang bertajuk Wingmen Season 2: Ep2 – Bruno Fernandes & Jesse Lingard.

Video tersebut menampilkan Bruno Fernandes dan Jesse Lingard yang berbicara mengenai beberapa topik di dalam sebuah kenderaan yang dipandu pemain tengah Portugal itu. Kereta betul ni bukan fake car.

Jesse Lingard telah bertanya kepada Bruno Fernandes.

Jesse Lingard : Apa benda yang kau lakukan atau amalkan sebelum setiap perlawanan yang menjadi amalan khurafat beliau?

Bruno Fenandes : Sehari sebelum perlawanan, aku akan makan sesuatu dibilik hotel. So, aku akan makan malam selepas makan malam dalam pukul 11 atau 1130. Cappucino, aku wajib minum cappucino.

Jesse Lingard : Yeah? Pukul 11 malam?

Bruno Fenandes : Yeah, sebab jika aku minum cappucino dan aku terus ke katil, aku boleh tidur. Jika aku minum dan aku tunggu (tak terus ke katil) maka akan adalah masalah.

Terangkat kening Lingard tanda terkejut mendengar amalan khurafat mamat dari Portugal itu dan terus ketawa tak ikhlas seperti tak percaya dengan ritual pelik Bruno.

Satu kajian menjelaskan bahawa pengambilan kopi sebelum perlawanan boleh memberi kesan yang berbeza samada mendapat kesan baik atau buruk di mana dapat memberi kejayaan atau mengalami kegagalan.

Ketua penyelidik Universiti Conventry, Dr Rob James mendedahkan keputusan kajiannya di mana kajian menunjukkan dos Kafein yang tinggi akan meningkatkan kekuatan dan juga ketahanan otot sebanyak 6 peratus.

Penyelidik berkata pengambilan 6mg Kafein per 2.2lbs berat badan atau kira-kira 2 cawan kopi sebelum latihan atau perlawanan akan memberi kesan yang bagus.

Dalam video tersebut juga Lingard telah bertanya kepada Bruno Fernandes adakah beliau merasakan dirinya telah menjadi seorang Mancunian?

“Ya, ada sedikit, aku akan jadi lebih Mancunian aku harap di masa hadapan. Aku harap akan ada kat sana macam kau untuk berapa tahun bersama kau.” Ujar Bruno.

Jesse Lingard dan Bruno Fernandes juga berbicara mengenai dialek yang digunakan oleh Lingard dan Marcus Rashford yang kebanyakkannya tidak beliau fahami.

Bruno Fernandes juga menceritakan bahawa beliau, Cristiano Ronaldo dan Diogo Dalot juga selalu menggunakan dialek dalam bahasa Portugal.

Kadangkala dialek tempatan ini menjadi kod rahsia dalam perbualan.

Bruno Fernandes mendedahkan bahawa dialek yang digunakan oleh Cristiano Ronaldo yang berasal dari Madeira paling susah difahami walaupun untuk orang Portugal.

“Kalau kau tanya Ronaldo, dia akan cakap bahasa Portugal yang aku dan Dalot guna adalah berbeza dari beliau gunakan. Dialek yang Ronaldo cakap salah satu paling teruk di Portugal. Cristiano dari Madeira.”

“Sumpah aku cakap orang Portugal pun tak faham apa diorang cakap.”

Dalam video ini juga Jesse Lingard dan Bruno Fernandes telah bermain kuiz di mana mereka yang kalah akan ditemuramah oleh sekumpulan kanak-kanak.

BACA:  Lingard Cabar Manchester United Teruskan Rekod Cemerlang Di Etihad Stadium