Liverpool dilaporkan sudah menghantar bidaan rasmi bernilai £54 juta untuk mendapatkan Kalidou Koulibaly dan menurut laporan sama bidaan itu telah ditolak oleh Napoli.
Media penerbitan Itali, Corriere dello Sport telah mendedahkan bahawa bidaan pertama yang dilakukan oleh Liverpool telah ditolak oleh Napoli dan the reds masih belum menyerah untuk terus berusaha untuk mendapatkan khidmatnya.
Jurgen Klopp sendiri mengakui bahawa beliau merupakan salah seorang peminat sejati pemain berusia 29 tahun yang telah menunjukkan prestasi mengagumkan dalam saingan Serie A beberapa musim ini.
Kalidou Koulibaly to Liverpool? 👀
According to today's papers the Napoli defender could move this summer https://t.co/JWXOrGuIzt pic.twitter.com/7OXwwPuIlp
— BBC Sport (@BBCSport) June 22, 2020
Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis baru-baru ini telah meletakkan tanda harga lebih dari £90 juta untuk kelab melepaskan pertahanan terbaik mereka, Kalidou Koulibaly.
Dengan menggunakan seteru Liverpool dalam saingan premier league, Manchester City sebagai contoh, De Laurentiis mengagumi cara the citizens berurusan dalam isu perpindahan pemain.
“Sekiranya Manchester United, City atau Paris Saint Germain tampil untuk membida, saya akan memikirkan untuk menjual Koulibaly dan ia hanya akan berlaku sekiranya pemain itu sendiri mahu perpindahan tersebut berlaku. Saya tidak akan menjual sekiranya pemain saya tidak bersetuju.”
Jelas presiden berusia 71 tahun itu kepada Corriere dello Sport.
“Saya tidak akan memikirkan mana-mana tawaran kurang dari £55 juta. Saya berpendirian tetap, sekiranya saya mahu memenangi Scudetto dengan berapa banyak saya perlu laburkan pon saya akan tetap laburkan,”
“Bahkan saya sanggup berhutang biarlah sehingga 300 ke 400 juta janji saya dapat apa yang saya benar-benar mahukan.”
Liverpool have reportedly offered Napoli £54million for Kalidou Koulibaly.
Italian publication Corriere dello Sport claims that Liverpool are interested in the Senegalese defender who has also been linked with @ChelseaFC and Manchester United. #thesportsconnect pic.twitter.com/Dw0C4ZnabW— T2-1 SPOTON (@1_spoton) June 22, 2020
“Saya pandang sekeliling dan melihat syarikat yang bernilai €500 ke €600 juta, hampir mencecah billion. Saya tidak berhutang dengan sesiapa pon walau satu sen.”
Pengarah sukan Napoli, Cristiano Giuntoli baru-baru ini turut menyatakan bahawa:
“Kalidou merupakan seorang pemain yang hebat, beliau mempunyai baki kontrak yang masih panjang bersama kami.”
“Sekiranya kami berniat untuk menjual, kelab sudah tentunya akan meminta jumlah yang besar. Pemain seperti ini nilainya tidak ana turun dalam situasi seperti sekarang, jadi kami tidak akan menurunkan harganya.”
Berbalik kepada calon Juara premier league musim ini, Liverpool sekadar mencatatkan keputusan seri tanpa jarintan ketika berhadapan dengan Everton di Goodison Park kemarin.
Perlawanan Merseyside Derby pada kali ini tidak sehangat sebelum-sebelum ini dan Klopp sendiri mengakui anak buahnya masih belum mendapatkan rentak selepas berehat hampir tiga bulan.
Liverpool 'above all' in race for Kalidou Koulibaly, according to reports in Italy.
Latest here ⬇️https://t.co/GUIgYzSw9J
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) June 20, 2020
“Selepas empat minggu sesi latihan saya berasa gembira dengan tahap persembahan mereka.”
Jelas Klopp kepada iNews.
“Hari ini merupakan perlawanan penting. Secara fizikalnya kami sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan. Secara pertahanannya kami siap. Saya suka dengan gaya serangan pasukan tetapi sesekali kita kena ubah rentak, ia sesuatu yang kami tidak miliki dan ianya tidak berlaku.”
Kalidou Koulibaly’s agent, Fali Ramadini, has informed the defender about interest from a number of clubs, including Liverpool.
Manchester United, PSG, Manchester City, and Newcastle are also keen, with Napoli wanting €90m. [Il Matino] pic.twitter.com/A2ZlUSs4AS
— Anfield Edition (@AnfieldEdition) June 15, 2020
“Saya sedar dan saya tahu kami boleh beraksi lebih baik, tetapi prestasi yang mereka persembahankan bagi saya sudah cukup bagus.”
Liverpool sudah kecundang dalam perebutan mendapatkan Timo Werner dan sudah pastinya mereka akan berusaha untuk mendapatkan pemain sasaran mereka pada kali ini.