Lovren Perli Ramos Selepas Bantu Croatia Tewaskan Sepanyol

Pemain pertahanan Liverpool, Dejan Lovren berkata kemenangan 3-2 Croatia ke atas Sepanyol kelmarin telah berjaya menutup mulut sesetengah pihak yang ragu dengan keupayaan pasukan tersebut.

Lovren dilihat menujukan kenyataan tersebut kepada kapten Sepanyol, Sergio Ramos yang mana mereka berdua saling berbalas kenyataan sejak Liverpoo tewas kepada Real Madrid dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lepas.

Lovren tidak dapat menahan kegembiraannya apabila berjaya menyiku Ramos. Terus buat live instagram lepas game.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadion Maksimir, Croatia turun dengan misi untuk membalas dendam atas kekalahan memalukan 6-0 di tangan Sepanyol bulan lalu. Tim Jedvaj muncul wira buat Croatia apabila menjaringkan gol pada waktu kecederaan untuk memastikan 3 mata berharga disamping peluang untuk menampatkan saingan UEFA Nations League di kedudukan teratas dalam kumpulan 4.

Lovren turut menuduh beberapa pemain Sepanyol tidak menunjukkan rasa hormat terhadap Croatia selepas mereka tewas dalam perlawanan tersebut.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan kelakuan pemain Sepanyol, tetapi mereka agak kurang ajar di atas padang tadi. Mereka sering kali jatuh tanpa sebab yang munasabah.”

“Mereka juga sepatutnya menunjukkan kelakuan yang lebih hormat dalam perlawanan tadi, kerana ketika kami tewas 6-0 kepada mereka tidak lama dahulu, kami hormat kepada mereka.”

Lovren juga dilaporkan mengutuk Ramos menerusi ‘Live’ Instagram dalam bilik persalinan sejurus selepas Croatia menang ke atas Sepanyol.

Permusuhan antara Ramos dan Lovren bermula sejak final Liga Juara-Juara Eropah musim lalu lagi dimana Ramos memainkan peranan penting dalam kemenangan Real Madrid pada hari tersebut dengan ‘mencederakan’ Mohamed Salah selain menyiku kepala Loris Karius.

Tidak lama selepas itu, Lovren memuat naik satu gambar di Instagram yang menunjukkan beliau menyiku kepala Ramos ketika perebutan bola di udara dengan caption yang berbunyi:

“Selamat pagi Croatia.”

Kemenangan Croatia ke atas Sepanyol bermakna England dan Croatia mempunyai peluang untuk memenangi kumpulan A4 seterusnya melayakkan diri ke pusingan kalah mati. Kedua-dua pasukan akan berentap buat kali terakhir di Stadium Wembley pada Ahad nanti dengan pasukan yang kalah akan mengalami relegasi.

“Sekarang kami akan menghadapi England dalam perlawanan yang dianggap seperti final. Saya rasa kami akan bermain dengan berani, kerana kami tidak mempunyai apa-apa untuk difikirkan.”

“Kami tahu kekuatan England, dan England juga tahu kekuatan kami. Ia akan berlangsung dengan sengit, kerana itu yang peminat mahu lihat.”

“Sudah tentu kami akan pergi ke sana untuk mencari kemenangan.”

Rakan sepasukan Lovren, Luka Modric pula berkata kemenangan ke atas Sepanyol merupakan kemenangan yang agak ‘mahal’ untuk dibayar selepas beberapa pemain mengalami kecederaan.

Lovren berdendam dengan Ramos kerana Salah

“Saya berharap kami akan sempat sembuh. Kami mempunyai ramai pemain yang cergas, ada beberapa yang masuk dalam perlawanan tadi untuk memberikan dimensi baru dan juga tenaga kepada pasukan.”

“Kita akan lihat siapa yang dapat bermain dan tidak dapat bermain. Kami berharap dapat bermain dengan baik di England nanti. Kami berharap Croatia mampu mara ke pusingan kalah mati.”

BACA:  Mourinho: Lukaku Tahu Beliau Mampu 'Ayamkan' Lovren Sebelum Perlawanan