Pemain penyerang Juventus, Dusan Vlahovic teruk dihentam oleh para peminat selepas melihat beliau melakukan aksi dive yang sungguh mengaibkan ketika bertemu Inter Milan awal pagi tadi.
Dusan Vlahovic melakukan aksi dive keterlaluan dalam perlawanan tersebut dan tindakan beliau itu jelas sekali mengundang kecaman dari para peminat.
Inter Milan berjaya mencatat kemenangan pertama bertemu Juventus di Turin sejak 2012 yang lalu, dengan mereka cemerlang menundukkan The Bianconeri itu dengan keputusan 1-0.
🤨 This is possibly the worst dive of the season…
— SPORF (@Sporf) April 4, 2022
Kemenangan itu berjaya membantu Inter Milan untuk merapatkan jurang mata dengan AC Milan dan Napoli yang ketika ini mendahului Inter dengan kelebihan 3 mata.
Hakan Calhanoglu berjaya menjaringkan satu-satunya gol dalam perlawanan tersebut menerusi sepakan penalti pada hujung aksi babak pertama permainan.
Vlahovic merupakan pemain penyerang utama Juventus dengan beliau ketika ini sudah berjaya menjaringkan lima gol dari 11 penampilan untuk skuad The Old Lady sejak ditandatangani dari Fiorentina dengan yuran perpindahan bernilai £66 juta.
Ketika aksi bertemu Inter Milan hari ini, beliau bukan hanya gagal untuk menjaringkan gol, bahkan beliau turut mencetuskan sensasi internet selepas melakukan aksi dive keterlaluan.
Agak memalukan untuk melihat lakonan tak menjadi beliau itu dengan para penyokong Juventus sendiri turut mengutuk tindakan beliau itu.
Danilo D’Ambrosio secara tak sengaja tersentuh muka Vlahovic dengan pemain bernombor 7 Juventus itu kemudiannya rebah seolah-olah beliau baru sahaja ditumbuk.
La storia della Juventus in un video: pic.twitter.com/gnRPdKkLFe
— Alessandro (@90ordnasselA) April 3, 2022
Lebih menyedihkan lagi apabila melihat pemain kebangsaan Serbia itu mengambil masa yang agak lama untuk jatuh dengan beliau awalnya tak merasa apa-apa namun dengan tiba-tiba rebah memegang mukanya sambil menjerit kesakitan.
Lakonan tak menjadi beliau itu dianggap satu tindakan yang ultimate dungu kerana beliau terlupa VAR ada ketika beliau cuba mahu memastikan pemain pertahanan Inter Milan itu dilayangkan kad merah.
Shameful!!! https://t.co/Il8kg8TpYp
— Vimal Adhithan (@Vimal2777) April 4, 2022
I hope he is ok 🤣 https://t.co/4tNDUGMGxO
— Gautam Sharma 1️⃣9️⃣ (@Football_Speak) April 4, 2022
I seriously can’t stop laughing🤣😂😭 https://t.co/GrI1yPhwW8
— Sacha (@cesolointer1908) April 4, 2022
Holy cringe https://t.co/mBSN3nMg4p
— Tony Guru Roma (@LaRomanBomber) April 4, 2022
This is disgusting , tarnishes the game 🤦🏻 https://t.co/QHyQSMR3YH
— massimo g (@massimo1009) April 4, 2022
“Memalukan, sangat-sangat memalukan, saya sebagai penyokong Juventus sendiri kecewa melihat tindakan dia. Apa yang dia harapkan sebenarnya?”
“Adakah dia ok? Kecederaan dia nampak teruk, dia patut dikejarkan ke hospital.”
“Dia sepatutnya beri tumpuan untuk jaringkan gol dan bukannya buang masa lakukan hal bodoh seperti ini.”
“Dia lupa ada VAR? Dia tak sedar tindakan dia tu ada rakaman? Dia tak fikir ke dia akan nampak sangat bodoh ketika menonton rakaman ulangan?”
“Saya rasa D’Ambrosio hanya tersentuh sahaja muka dia, tapi kenapa reaksi dia macam kena penampar Will Smith?”
Vlahovic bukanlah pemain pertama Juventus yang terkantoi berlakon untuk meminta agar pengadil menghukum pemain pasukan lawan.
Rakan sepasukannya, Matthijs de Ligt juga turut melakukan hal yang sama sebelum ini dengan beliau berlakon secara berlebih-lebihan di dalam kotak penalti sendiri.
De Ligt ketika itu hanya disentuh sedikit sahaja oleh Matteo Darmian, namun reaksi yang beliau tunjukkan seolah-olah beliau baru sahaja ditumbuk.
De ligt what a clown pic.twitter.com/UYBRan5klZ
— رَغَد 🇵🇸 (@_Raventura) April 3, 2022
— Jack Frost | Celtics & Inter fan | Pinamonti lover (@JackFrostInter) April 4, 2022
Juventus sebelum ini memegang rekod 16 kemenangan secara berturut-turut, namun akhirnya mereka terpaksa akur tewas di tangan Inter Milan.
Mereka kini tujuh mata dibelakang pendahulu saingan Serie A, AC Milan dan sepertinya agak sukar untuk Juventus bersaing merebut kejuaraan liga musim ini.
Musim ini bukanlah musim pertama Max Allegri gagal untuk membawa skuadnya bersaing merebut gelaran Serie A.
“Musim depan, kami sudah bekerjasama selama satu tahun, jadi kami akan cuba untuk memenangi Scudetto. Secara dasarnya, pada musim ini kami memulakan kempen dengan sangat teruk dan perlu recover untuk banyak perlawanan. Kami juga turut terjejas dengan kesilapan individu dalam perlawanan besar.”
Sumber: SPORTbible