Aksi ‘Dives Of The Season’ Dusan Vlahovic Ketika Bertemu Atalanta

Dusan Vlahovic telah mempamerkan aksi dives paling teruk yang dianggap sebagai dives of the season ketika bertemu Atalanta.

Juventus berkunjung ke Bergamo untuk beraksi bertemu Atalanta dalam usaha merebut kedudukan keempat dalam saingan Serie A musim ini.

Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri 1-1 dengan nama Vlahovic menjadi topik perbualan hangat para peminat selepas tamat perlawanan tersebut.

Dusan Vlahovic merupakan antara pemain paling digilai oleh kebanyakan kelab di benua Eropah sebelum ini, selepas kejayaan beliau menjaringkan 17 gol dari 21 penampilan bersama Fiorentina di Itali.

Arsenal merupakan pasukan yang paling terdesak mahu menandatangani beliau, terutama selepas mereka kehilangan khidmat Pierre Emerick Aubameyang.

Dusan Vlahovic bersama ejennya walau bagaimanapun menolak untuk menjawab panggilan dari wakil Arsenal dan akhirnya mereka memutuskan untuk sertai Juventus.

Pemain berusia 22 tahun itu ke Turin, sementara dua pemain Juventus, Dejan Kulusevski dan Rodrigo Bentancur pergi menyertai seteru utama Arsenal, Tottenham Hotspur.

Kesian Arsenal kan?

Semalam, Vlahovic turun membuat penampilan ketiga beliau bersama skuad kendalian Massimiliano Allegri bertemu Atalanta di Gewiss Stadium.

Pemain penyerang itu telah dilayangkan dengan layangan kad kuning pada aksi babak pertama dan beliau sebenarnya berpotensi untuk menerima kad kuning kedua kerana melakukan aksi dungu di dalam kotak penalti lawan.

Vlahovic merebahkan badan dengan cara yang sangat memalukan dan beliau bernasib baik tindakan dungu beliau itu tidak menyebabkan dirinya dilayangkan kad merah.

Apa yang membuatkan beliau tidak dilayangkan dengan layangan kad kuning kedua adalah kerana beliau segera bangun dan memilih untuk tidak membuang masa berpura-pura cedera parah.

Melihat kepada insiden tersebut, jelas sekali tidak ada pemain Atalanta yang menyentuh beliau dan kerana itulah tak ada alasan lain untuk beliau tiba-tiba jatuh dalam kotak penalti.

Mungkin kerana sedar yang beliau boleh mendapat kad kuning kedua, Vlahovic segera bangun dan melupakan usahanya mahu memenangi sepakan penalti.

Pengadil perlawanan jelas sekali tidak terpedaya dengan lakonan awal Vlahovic dan mujur saja beliau juga masih berhati mulia tidak mahu melayangkan kad kuning kedua kepada bekas bintang Fiorentina itu.

Perlawanan yang sangat sengit dengan pasukan tuan rumah dilihat memiliki lebih banyak kesempatan berbanding Juventus untuk memenangi perlawanan tersebut.

Nyonya tua sementara itu memiliki beberapa kesempatan emas untuk menjaringkan gol dan mengubah keputusan perlawanan.

Walau bagaimanapun, pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-76 permainan, selepas pemain gantian, Ruslan Malinovskyi meledak gol padu untuk Atalanta mendahului 1-0.

Ketika Atalanta sudah merasa tenang dan percaya mereka akan pulang dengan tiga mata penuh, Juventus berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-92 menerusi Danilo.

Keputusan itu meletakkan Juventus di atas Atalanta untuk berada di kedudukan keempat, dengan kelebihan dua mata.

Walau bagaimanapun, Atalanta masih mempunyai kelebihan satu perlawanan yang masih belum dimainkan, dan ia secara tak langsung menghidupkan harapan untuk mereka mengakhiri saingan liga di kelompok empat teratas dalam carta saingan liga.

Situasi yang hampir sama berlaku dalam saingan Premier League, dengan perebutan merebut kedudukan di tempat keempat sangat sengit dalam saingan Serie A.

Jarak antara pasukan tiga teratas dengan pasukan yang berada di kedudukan keempat sebenarnya agak jauh, namun untuk kedudukan empat hingga ke-7 sangat rapat.

Tidak boleh diramal siapa yang akan mampu kekal di kedudukan keempat itu sehingga akhir musim nanti.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Ramos Berdepan Penggantungan Perlawanan Daripada UEFA Atas Tindakannya Ketika Menentang Juventus