Kapten Marvel dunia bola sepak, Harry Maguire dilaporkan bakal kehilangan lilitan ketua pasukan Manchester United di lengannya dengan kehadiran Erik Ten Hag yang hanya menanti masa diumumkan secara rasmi sebagai pengurus baharu.
Harry Maguire kini menjadi sasaran media seluruh dunia dan seakan seperti satu gerakan membunuh karakter Harry Maguire sedang dilakukan secara serius.
Berita kelakar dan buruk mengenai Harry Maguire sering terpampang di media sosial walaupun bermain baik dan tidak melakukan kesilapan dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini.
That's Harry Maguire for you.. pic.twitter.com/LkBPfSiGaf
— NK⁷ (@Natikebecr7) April 18, 2022
Sebelum ini walaupun ada pakar yang menjelaskan bukan salah Maguire apabila pemain itu menjaringkan gol sendiri namun Maguire terus dipersalahkan oleh peminat.
Bola rembatan lawan terbias Maguire yang menghasilkan gol juga diletakkan kesalahan itu kepada Maguire dan insiden libasan ekor penyu ke kepala Pogba merupakan yang terkini.
Harry Maguire masih menjadi pilihan Gareth Southgate untuk pasukan kebangsaan England untuk perlawanan persahabatan juga dipertikaikan malah diboo teruk oleh penyokong tiga singa.
Harry Maguire could be stripped of Manchester United’s captaincy by Erik ten Hag. [Samuel Luckhurst]
Who do you think is the perfect player to replace Maguire and wear the armband for us?#mufc pic.twitter.com/QULr3Xldwa
— Man Utd Fans (@United4fans) April 18, 2022
Berita gembira buat mereka yang tidak menyukai Harry Maguire yang kini sangat berpotensi tinggi untuk kehilangan jawatannya selaku Ketua Pasukan Manchester United.
Menurut laporan dari korespon Manchester United yang boleh dipercayai, Samuel Luckhurst telah melaporkan Harry Maguire tidak akan lagi menjadi kapten jika Erik Ten Hag dilantik.
Kini Erik Ten Hag hanya menunggu masa diumumkan secara rasmi apabila telah mencapai persetujuan dengan kontrak yang ditawarkan dan hanya tinggal rundingan bayaran tebus balik sebagaimana yang terdapat dalam klausa pelepasan bersama Ajax.
Perkara ini sudah boleh dijangka kerana sudah menjadi perkara biasa untuk pengurus baharu diberikan kuasa memilih kapten pasukan mengikut selera dan pandangan mereka.
Harry Maguire could be stripped of #mufc’s captaincy by Erik ten Hag #mulive [@samuelluckhurst]
— utdreport (@utdreport) April 18, 2022
Semua sudah tahu Erik Ten Hag mahukan kuasa sepenuhnya dalam pengurusan pasukan jika dilantik menjadi pengurus. Dan dia sedia untuk mengosongkan jawatan kapten bagi memilih kapten baharu.
Ini bermakna akan ada sesi temuduga ataupun sesi pemilihan khas akan dibuat oleh Ten Hag sesuai kehendaknya dan piawaian yang diperlukan.
Ia juga bukan bermakna Harry Maguire akan 100% kehilangan lilitan kaptennya. Dia masih boleh mempertahankan jawatannya jika Ten Hag merasakan dia benar benar layak.
Sebelum ini Rangnick seringkali memuji Cristiano Ronaldo sebagai pemimpin yang hebat. Di mana pemain itu seringkali terus bersemuka dengannya di pejabat apabila ada isu berbangkit.
Harry Maguire could be stripped of Manchester United captaincy: https://t.co/fa759TLD0D
— MUFC News (@MUFCNewsApp) April 18, 2022
Sebelum ini Rangnick seringkali memuji Cristiano Ronaldo sebagai pemimpin yang hebat. Di mana pemain itu seringkali terus bersemuka dengannya di pejabata apabila ada isu berbangkit.
Ketika itu Rangnick sangat kecewa dengan beberapa pemain yang menggunakan media atau ejen mereka untuk bercakap tentang isu masa depan mereka.
Kes paling popular pastinya Anthony Martial. Di mana ejen pemain itu membuat kenyataan bahawa pemain itu mahu angkat kaki. Sedangkan Martial sendiri seharusnya boleh memaklumkan terus kepada Rangnick perkara itu,
Roy Keane 'feels sorry' for Manchester United captain Harry Maguire #MUFC https://t.co/ocrOmJ8q9x
— Man United News (@ManUtdMEN) April 18, 2022
Rio Ferdinand dan Gary Neville serta Roy Keane antara pundit yang seringkali kecewa dengan sikap kepimpinan di atas padang Manchester United.
Kapten bukan sekadar ketua pasukan, mereka perlu berpengaruh dan membuatkan pemain pemain lain rasa bersemangat kerana aura kapten itu.
Ramai berpendapat bahawa Harry Maguire bukan pemain yang menepati standard kapten Man United. Jika dilihat senarai panjang kapten kapten legenda mereka dalam sejarah.
Pemain berpengaruh dan mampu membangkitkan semangat pemain yang ada di Manchester United kini hanyalah David De Gea dan juga Cristiano Ronaldo. Yang lain semua hauk dan tiada semangat bermain untuk pasukan.
Whether or not the captaincy is given to Cristiano Ronaldo doesn't bother me. Just take it off Harry Maguire.
De Gea, Ronaldo, Varane, Bruno Fernandes? No problems, but not Maguire who never should've been made Man Utd's captain.
— UtdFaithfuls (@UtdFaithfuls) February 17, 2022
Namun harus diingat bahawa David De Gea dan Cristiano Ronaldo antara pemain yang sangat tidak cocok dengan corak dan falsafah permainan yang dibawa oleh Erik Ten Hag.
Namun ini bukanlah kali pertama Harry Maguire dilaporkan berisiko tinggi kehilangan jawatan ketua pasukan selepas dipilih sebagai kapten oleh Ole Gunnar Solskjaer.
Untuk rekod Harry Maguire menyertai Manchester United pada Ogos 2019 dan dilantik sebagai ketua pasukan menggantikan Ashley Young berhijrah ke Inter Milan pada januari 2020.
An unnamed Man United player questioned the decision to give Harry Maguire the captaincy only 6 months after he joined from Leicester.
Another player criticised Ole for not dropping underperforming players and refusing to give fringe players a chance.
(Paul Hirst – The Times) pic.twitter.com/VxfCb2mrea
— Footy Accumulators (@FootyAccums) October 27, 2021
Pada ketika itu sehingga ke hari ini masih tidak berkesudahan peminat dan pengulas bola sepak mempertikaikan kenapa Harry Maguire dilantik sebagai kapten.
Dalam saga pemecatan Ole Gunnar Solskjaer tahun lalu menyaksikan pemain yang dirahsiakn identitinya telah mempersoalkan keputusan Ole Gunnar Solskjaer untuk memberikan lilitan ketua pasukan hanya selepas enam bulan selepas Maguire dibeli dari Leicester City dengan harga £80 juta.
Selepas hampir dua tahun Maguire menjadi kapten, akhirnya ada dikalangan pemain sendiri mempersoalkan keputusan itu. Dah lama sangat pendam ni.
Dan sejurus selepas Ole dipecat dan Ralf Rangnick dijadikan pengurus interim sekali lagi kedudukan Maguire selaku kapten terancam namun Rangnick mahu mengekalkan apa yang ada kerana beliau hanya sementara di kerusi pengurus.