Maguire Bersungguh-Sungguh Minta Freekick Selepas Bola Terkena Tangan Matic

Harry Maguire tidak dapat mengelak dari terus menjadi perhatian dunia apabila telah dilihat secara bersungguh-sungguh meminta sepakan percuma selepas bola terkena Nemanja Matic.

Manchester United telah melepaskan sekali lagi peluang terbaik untuk meraih tiga mata bagi terus menghidupkan peluang ke Champions League musim hadapan apabila tewas kepada Everton.

Jaringan tunggal Anthony Gordon sudah cukup untuk Everton yang kini bergelut dengan pelbagai masalah dalaman meraih tiga mata berharga dan menjarakkan diri dari zon penyingkiran.

Manchester United bermula garang dan meyakinkan memberi harapan untuk membawa pulang mata penuh dengan terus mengasak kubu Everton dari awal permainan.

Kecemerlangan Jordan Pickford telah berjaya menafikan dua percubaan berbahaya dari Marcus Rashford, satu melalui rembatan dan satu melalui satu sundulan tajam.

Everton mempamerkan aksi agak tidak meyakinkan lagi longlai namun semuanya berubah pada minit ke-27 melalui jaringan Anthony Gordon.

Bola dihantar kepada Richarlison agak meliar namun kembali dikawal pemain Brazil itu yang tidak dikawal. Aaron Wan Bissaka tiba untuk mencabar.

Richarlison memotong masuk ke dalam dan cuba menghantar bola kepada Alex Iwobi tetapi berjaya dipotong malangnya bola sampai kepada Anthony Gordon.

Bola sampai seperti satu setting yang cantik, Gordon terus mengambil langkah melepaskan satu rembatan, Bruno Fernandes datang cuba menghadang tetapi gagal.

Harry Maguire juga cuba menggunakan badan untuk menghalang malangnya bola terbias masuk ke kiri gawang menewaskan David De Gea yang sudah bersedia untuk ke kanan.

Mati langkah David De Gea yang hanya mampu untuk menyaksikan bola masuk menerjah gawang untuk gol pembukaan Everton. Gol tersebut bukannya kesilapan Harry Maguire.

Lantaran tewas maka sudah pasti nama Harry Maguire meniti dibibir peminat setan merah untuk dipersalahkan dan dijadikan kambing hitam.

Tidak lama berselang, Harry Maguire melakukan sesuatu yang telah menarik perhatian dunia bola sepak, sesuatu yang kelakar dan pelik seperti biasa.

Dalam situasi kelam kabut ketika cuba menahan asakan Everton yang memperoleh gol semangat. Bola telah terkena tangan Nemanja Matic yang jelas kelihatan di kaca televisyen.

Harry Maguire dengan begitu bersemangat dan bersungguh telah mengangkat tangan seolah-olah memberitahu pengadil bola terkena tangan dan mahukan sepakan percuma.

Pemain pertahanan England itu mungkin tidak menyedari bahawa bola telah terkena tangan rakannya sendiri dan perbuatan Maguire itu mungkin satu tindakan refleks tanpa sedar.

Sudah pasti perlakuan Harry Maguire diterima baik oleh semua orang sebagai satu perkara yang menghiburkan kecuali peminat Manchester United.

Aksi Maguire ini mengingatkan kembali insiden Anthony Elanga menerjah Marcus Rashford ketika mahu menjaringkan gol ketika menentang Leicester City menyaksikan Bruno Fernandes beriya sangat meminta penalti.

Namun Bruno Fernandes bukanlah Harry Maguire maka insiden itu menjadi kurang kelakar walaupun masih lagi satu hiburan.

Isu Maguire membabitkan Maguire sentiasa panas dan ketika liga berehat untuk perlawanan antarabangsa nama Maguire menjadi sebutan kerana masih lagi menjadi pilihan Gareth Southgate.

Kapten Red Devils itu diejek semasa kemenangan 3-0 Three Lions ke atas Ivory Coast, dengan kumpulan penyokong tertentu berniat untuk memberitahu bahawa Maguire tidak sepatutnya berada dalam pasukan berdasarkan prestasinya di kelab.

Bagaimanapun, Gareth Southgate tetap dengan keputusannya dan menekankan bahawa pemain berusia 29 tahun itu secara konsisten menunjukkan prestasi yang baik bersama England.

Bekas pemain tengah Manchester United, Roy Keane telah menyelar keputusan Gareth Southgate untuk mengkritik penyokong England kerana mengejek dan boo Harry Maguire dan menganggap pengurus England itu hanya memperbesarkan cerita.

Pengurus England itu melabelkan ejekan sekumpulan penyokong itu sebagai “mengarut” dan mempersoalkan bagaimana perlakuan seperti itu boleh memberi manfaat kepada Maguire atau rakan sepasukannya dan akan memikirkan bagaimana mereka boleh menamatkan reaksi seperti itu tepat pada masanya.

Isu ini menjadi panas pada ketika itu dan apabila liga bersambung kembali, Msguire terus menjadi bahan keceman ekorang aksi pelik-peliknya.

BACA:  Komen Pertama Paul Merson Tentang Nilai £80 Juta Maguire Kembali Tular