Manchester United Bakal Kehilangan Harry Maguire

Manchester United semakin hampir dan bakal kehilangan pemain pertahanan termahal dunia dan bekas kapten marvel mereka, Harry Maguire.

Sebelum ini sudah ada tanda bahawa Harry Maguire bakal dilepaskan apabila Erik Ten Hag telah melucutkan jawatan kapten yng disandangnya selama 3 tahun dan Bruno Fernandes menjadi kapten baharu.

Peniup khabat angin perpindahan pemain bole sepak tersohor, Fabrizio Romano telah melaporkan West Ham United dan Manchester United sudah mencapai kata sepakat.

Harga perpindahan sebanyak £30 juta juga telah dipersetujui antara dua kelab ini untuk Harry Maguire dan perbincangan masih berlangsung termasuklah terma peribadi.

“West Ham telah mencapai persetujuan secara prinsip dengan Manchester United untuk Harry Maguire dengan bayaran £30 juta.”

“Perjanjian lisan adalah tertakluk kepada perkara muktamad, perkara penting mengenai struktur perjanjian masih dalam perbincangan tetapi yuran kini dipersetujui, seperti menurut Sky.”

“Terma peribadi, akan dibincangkan tidak lama lagi.”

Fabrizio Romano juga telah menamakan tiga calon dalam pertimbangan Manchester United iaitu Benjamin Pavard, Jean Clair Todibo dan Edmond Tapsoba sebagai pengganti Harry Maguire.

“Manchester United mempunyai tiga pilihan dalam senarai untuk bek tengah baharu 🔴 #MUFC”

“Benjamin Pavard, Jean Clair Todibo dan Edmond Tapsoba sedang dipertimbangkan sebagai nama yang mungkin untuk menggantikan Maguire.”

“Rundingan telah pun berlaku dengan Todibo seperti yang didedahkan di sini; Pavard, berminat untuk bergerak.”

Pada tahun 2019, Manchester United telah memecahkan rekod perpindahan apabila membayar £80 juta untuk menjadikan Harry Maguire sebagai pemain pertahanan termahal di dunia dari Leicester City.

Sandaran tinggi diletakkan kepada Maguire dan sering dibandingkan dengan pemain pertahanan terbaik dunia Liverpool, Virgil Van Dijk yang memberi impak besar.

Sejujurnya ku tak bisa, hidup tanpa kamu aku gila. Maaf ternyanyi pulak. Sejujurnya prestasi Maguire tidaklah teruk namun pabila dibandingkan dengan harganya maka terus jadi satu pembelian tidak berbaloi.

Lebih malang lagi apabila Maguire telah menampilkan aksi kelakar dengan punchline tidak masuk akal sehingga memudaratkan pasukan sendiri terutamanya pada 2,3 musim terakhir. Drama bersiri yang tidak seperti mempunyai episode penamat.

Maguire dilaporkan telah bekerja keras dan menjalani latihan menuntut dengn sifu-sifu dipergunungan termasuklah dengan sifu media sosial. Hasilnya adalah sama.

Lantaran kesilapan demi kesilapan berprofil tinggi, keluarga Maguire pernah menerima ancaman bom. Paling padu
dn ajaib adalah Maguire tersangat luar biasa ketika bermain bersama England.

Diperlawanan jelajah pramusim, Maguire meneruskan aksi kelakarnya yang tidak mempunyai obat itu. Kemuncaknya dia telah dimaki oleh pengganto De Gea, Onana kerana kesilapannya itu.

Sementara masih berharga dan mempunyai nilai serta masih ada kelab yang mahukan khidmat Maguire maka jalan perpisahan adalah yang terbaik bagi semua pihak.

BACA:  Maguire Beri Amaran Dan Ancam Tinggalkan Man Utd Selepas Prestasi Cemerlang Menentang Brentford