Manchester United Belasan Southampton Dan Himpit Rapat Pendahulu Liga

Manchester United kembali merapatkan jurang mata dengan pendahulu liga setelah kemenangan menentang Southampton.

Manchester United kini hanya 3 mata di belakang pendahulu Manchester City dan juga Liverpool yang berkongsi mata dengan Manchester City. Keputusan di Vitality ini sekaligus memberikan tekanan yang kuat kepada pendahulu liga tersebut.

United bangkit daripada kekalahan tidak disangka sangka di tangan Liverpool sebelum ini. Liverpool menang nasib 3-0 ke atas United di Old Trafford sebelum minggu rehat antarabangsa.

Kini Red Devils kembali ke landasan persaingan kejuaraan. 3 gol oleh Matthijs de Ligt dan penerima darjah kebesaran, Marcus Rashford, serta Alejandro Garnacho sudah cukup untuk United pulang dengan 3 mata berharga.

Manchester United menguasai lebih 55% perlawanan ke atas bekas kelab Van Dijk itu. Dengan melakukan 20 percubaan ke arah gol dan 10 percubaan tepat.

Andre Onana turut berjaya menyelamatkan penalti. Di kala VAR cuba sedaya upaya mahu melihat United keciciran mata. Kehebatan Man United jelas membuatkan teknologi VAR pun tak berdaya untuk menafikan 3 mata mereka.

De Ligt membuka tirai jaringan pada minit ke-35 selepas menerima hantaran oleh Bruno Fernandes. Lebih manis apabila gol itu terhasil hanya 2 minit selepas Southampthon dihadiahkan sepakan penalti. Di mana Onana melakukan penyelamatan berkelas dunia menafikan penalti oleh Cameron Archer.

Man United menambah 1 lagi gol sebelum rehat menerusi Marcus Rashford pada minit ke-41. Pemain itu membalas kepercayaan daripada Erik Ten Hag yang sentiasa percaya dengan kemampuannya. Walaupun dia banyak menerima ejekan daripada peminat sendiri dan dituduh ada menyimpan gambar Ten Hag tanpa seurat benang.

Man United melakukan serangan bertali arus yang menghiburkan. Ianya aksi terbaik mereka musim ini.

Ketika Soton kelihatan sudah redha dengan kekalahan 2-0, Garnacho menambah satu lagi gol pada masa kecederaan minit ke-90+6.

Tamat perlawanan Southampton 0 Manchester United 3.

United kembali ke landasan kemenangan selepas permulaan 3 perlawanan yang kurang meyakinkan sebelum ini. Kemenangan kali ini benar benar amaran kepada pasukan lain bahawa pasukan Man united kian serasi dan bakal sukar untuk dikekang oleh mana mana musuh mereka.

BACA:  Gandingan McFred Berjaya Bantu United Singkirkan Aston Villa Dari Saingan FA Cup