Manchester United Berjaya Dapat 3 Mata

Manchester United sekali  lagi keciciran mata dalam kempen Eropah mereka. Kali ini United diikat 1-1 oleh kelab Turki, Fenerbahce bimbingan Jose Mourinho.

Dengan kejayaan seri dengan kelab tersebut, Man United kini berjaya mendapat 3 mata mereka dalam kempen UEL setakat ini.

United di hadapan pada minit ke-15 menerusi Christian Eriksen. Namun pada awal separuh masa kedua, Youssef En Neysri menyamakan kedudukan.

Perlawanan kedua dua pasukan adalah seimbang. Dengan masing masing memiliki hanya 5 percubaan tepat.

Ten Hag mempertahankan keputusannya untuk meletakkan Noussair Mazraoui di posisi no.10. Ini kerana dia kenal pemain dia, yang pernah bermain di posisi itu ketika di Ajax.

“Saya kenal dia sejak dari Ajax sebelum ini, dan saya mainkan dia di posisi itu, dan juga sebagai pemain full back serta bermain di half spaces. Jadi dia berkemampuan untuk melakukan tugasannya.”

Man United yang terdesak mencari kemenangan pertama mereka dalam kempen Eropah musim ini, gagal untuk menewaskan Fenerbahce. United malah harus berterima kasih kepada Andre Onana yang melakukan double saves menyelamatkan pasukannya daripada kalah.

United akhirnya seri 1-1 dengan Fenerbahce. Lalu keputusan ini pastinya kurang menggembirakan peminat Man United yang malu melihat kedudukan Manchester United dalam carta liga  mereka kini berada di tangga ke-21. Sementara Fenerbahce kini berada di tangga ke-14.

Rekod buruk Man United dalam pertandingan  Eropah dilanjutkan lagi. Man United hanya meraih 3 mata daripada 3 perlawanan UEL musim ini. Menjaringkan 5 dan bolos 5 kali dengan perbezaan jaringan 0.

Man United hanya menang sekali dalam 11 perlawanan eropah terakhir mereka. Dan hanya menang sekali dalam 7 perlawanan dalam semua pertandingan musim ini.

Manchester United layak ke UEL musim ini setelah bergelar juara Piala FA musim lalu. Satu lagi pasukan dari England, Tottenham juga menjadi salah satu daripada 3 pasukan yang memulakan kempen musim ini dengan kemenangan 100% selepas 3 perlawanan.

Sebelum perlawanan, Jose Mourinho melabel Man United dan Spurs sebagai 2 calon juara UEL yang jelas untuk musim ini. Dan dia memuji Man United yangg semakin stabil.

BACA:  Maguire Jalani Latihan Berintensiti Tinggi 3 Sesi Sehari, Nekad Kekalkan Tempat Bersama MU